Cinta..

My housemate just received a letter from someone..
and I'm touched with the poem that he created, so wonderful.
Unfortunately, I'm not managed to translate it to English because the rhytm and the meaning will be different.
So just typing the Malay language..

Cinta.

Pertama kali ku merasa cinta,
terasa indah akan segalanya,
telah ku korbankan untuknya,
terhadap insan yang ku cinta..

Aduhai kekasih yang ku cinta,
tidak kusangka dikau hanya berpura-pura,
manis kata ungkapan tak bermakna,
diriku kau tinggalkan terpinga-pinga,
keseorangan menangung derita..

Telah ku tekadkan di hati untuk tidak bercinta lagi,
namun muncul pula insan yang memberi simpati,
ku gagahi diri untuk menerima cinta lagi,
walaupun pada mulanya hatiku masih berbelah bahagi..

Hati yang terluka dilitupi bunga-bunga cinta,
terasa hilang keperitan cinta pertama,
beruntung rasanya terasa dicintai oleh wanita,
seorang yang penuh dengan senyuman dan layanan manja.

Tapi mengapa harus hati ini dilukai lagi,
setelah ku cuba berikan dikau segalanya,
ku sedar harta tiada, hina sungguh diri ini,
aku ibarat pengemis layaknya.

Airmata mengalir tanpa henti,
membuat aku membenci diri sendiri,
telah ku katakan padamu yang dicintai,
namun masih jua kau berlalu pergi.

Merana jiwa fikiran tergendala,
hatiku rungsing hilang bicara,
terkebil-kebil mengalirkan air mata,
namun bagimu itu tiada maknanya.

Katamu cinta terhadap diriku hanyalah simpati semata,
tergamam lah ku untuk sementara,
terasa diriku begitu hina bercinta,
kerana bagimu cinta bukanlah segalanya.

Kepada mu insan yang telah menghancurkan hatiku ini,
terima kasih ku mengerti,
menghancurkan cintaku yang sejati,
biarlah aku membawa pergi cintaku ini..

0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan