Oh Chenta Hatiku

Setiap daripada korang mesti ada cinta monyet atau pun cinta pertama kan? Kalau takda, mungkin korang ada dengar-dengar daripada orang sekeliling. Takpun sekarang mesti korang dapat baca kat dalam blog orang lain, huhu. Apa pandangan korang mengenai cinta pertama?



Bagi aku, cinta pertama itu macam cinta monyet. Ya la, monyet kan bila dapat barang yang dia belum dapat, dia jakun atau excited sikit. Haha. Eh takda lah. Sebenarnya ada jugak cinta pertama yang berakhir dengan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bukannya semua terkandas di tengah jalan dan tinggal kenangan semata-mata.

Kisah cinta pertama aku pula berakhir dengan perpisahan. Kisah yang dah lama ni kadang-kadang kita tak ingin nak ingat tapi tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan tempat kita dok kasih (mintak duit bulanan kan?). Mesti la akan ingat. Cumanya itu sekadar ingatan yang menjengah lalu. Manis untuk diingati, seronok untuk dialami.

Aku rasa setiap orang boleh mengingati cinta pertama diaorang. Cuma harus pandai mengawal diri dan tak melebih-lebih. Ye la, kalau cinta pertama tu dah ditakdirkan untuk jadi jodoh kita, takkan lah kita nak paksa takdir agar memihak pada kita jugak kan? Kita hanya boleh berusaha dan berdoa.

:pandacloud_26::pandacloud_26::pandacloud_26::pandacloud_26::pandacloud_26:

9 Pemberi Komen:

  1. kalo ckp pasal cinta pertama, aku rase die bukan cinta monyet kot..cinta monyet tu zmn skola je..cmne kalo dabes skola br jumpe cinta pertama then putus?? itu bkn cinta monyet kan??haaaaa..

    ReplyDelete
  2. for me, 1st love is the forever love.. so, cinta prtama tu cnta yg kekal smpai akhrnya.. yg mmg suka at 1st time tu x kira la..huhu

    ReplyDelete
  3. bagi sy plak an.cinta petame tu.
    xperlu.sampai seru nnti.insyAllah trus masuk minang. he2. serius. =)

    ReplyDelete
  4. saya pun arap cinta pertama sy ni akan kekal smpai kahwin..dh knl 8 tahun dh..hehehe

    ReplyDelete
  5. yup, cinta pertama memang susah nak dilupakan...sangat indah..huhu

    tapi dah takde jodoh nak buat camne..

    ReplyDelete
  6. Cinta pertama sudah tentu dikenang kerana itulah kali pertama kita merasainya. Walaupun ia tidak berakhir dengan sesuatu yang indah, mana mungkin kita boleh melupainya cuma jangan biarkan ia menghalang kita daripada menerima cinta kedua..

    ReplyDelete
  7. cinta pertama, ataupun cinta yng lepas dijadikan sebagai pengalaman je takp perlu dikenang yang penting kita jag cinta yng sekarang.. :D

    ReplyDelete
  8. cinta paling best kot....1st time

    ReplyDelete
  9. jatuh hati pernah, bercinta tidak.. (^_~)v

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan