Sudah 2 tahun dia pergi.

Selepas gembira kelmarin (sambut hari tua), hari ini sebenarnya ada sejarah yang tersendiri pada aku. Pejam celik, pejam celik tak sedar rupanya sudah 2 tahun memori peninggalan terpahat di dalam ingatan. Dulunya sukar untuk diterima tapi demi takdir yang sudah tercipta, aku rasa keredhaan itu penting untuk meneruskan hidup. Hadirnya cuma seketika dalam perjalanan hidup aku.

Sebagai sahabat mahu pun teman atau pun kawan, kenangan yang terjalin sepanjang pengajian selama 4 tahun di Kolej Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor tak mungkin untuk dilupakan. Aku masih ingat panggilan pada pukul 3 pagi yang membuatkan tidur terus tak dapat nak disambung lagi.

Semua housemate aku pun terkejut. Siapa sangka dalam keseronokan untuk persiapan dinner night, ujian yang diberikan oleh Allah memang sangat berat untuk diterima. Namun, ketentuan Illahi tiada siapa yang mampu untuk menghalang. Kini setelah 2 tahun, sedikit pun memori pengajian di Batu Pahat tak akan pernah terpadam malah akan terus diingati.

 

Buat Harris a.k.a Macha, semoga ditempatkan dikalangan insan yang disayangi Allah..Al-Fatihah

10 comments:

  1. salam.
    hm.cik naz pon ade kisah ke.
    insyAllah.same2 kita mendoakannya.

    hope cik naz truskan idup dgn penuh
    semangat okeh~ :)

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..smoge ko kuat truskan idup..=)

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..

    ayah aku pn dh lm meningal.. so boleh ah sama2 sedekah.. al-fatihah

    :)

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

    ReplyDelete
  5. al-fatihah.. semoga beliau dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  6. hmm...pu3 pun same..dlm mase 6 thn ni..dr blajar smpai dh keje kat ito a.k.a uthm ni..dh brape ramai shbt2 yg meninggal..sebab sakit, kemalangan..n yg xde sebab pun ade..mmg kenangan bersama mereka yg dh tiada ni xdpt kita lupakn smpai bile2..cume kita hanya mampu doakn mereka shj..kn??..buat arwah2 shbt2 pu3..selama perkenalan kami dari 2003-2009 di UTHM..yg telah pergi ..n utk kwn nazra jugak...al-fatihah...

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan