Sabtu, Februari 07, 2009

Apabila Bible muncul....

Bible muncul di blog aku. Bukan secara aku sengajakan tetapi secara tidak sengajanya. Adik Asyhraf yang telah menemukan kejadian ini.

Aku pun sebenarnya tak tau bagaimana perkara sebegini boleh berlaku tapi apabila diberitahu oleh Asyhraf ini, terkejut sungguh. Mungkin juga disebabkan kesilapan ejaan iaitu www.rainazra.blogpsot.com



Untuk gambaran yang lebih jelas, sila klik gambar.
Baca Selanjutnya - Apabila Bible muncul....
Sabtu, Februari 07, 2009

Wujudkah Akta Pekerja Sosial?

Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : 'Kita nak kemana nie?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..'
Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan. . Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

'Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial'.

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..

Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : 'Maafkan saya'
Rosni : 'Tak apa'


Lalu mereka pulang...

Di rumah..Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

'...Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja'


LipsareSealedLipsareSealedLipsareSealedLipsareSealedLipsareSealed
Baca Selanjutnya - Wujudkah Akta Pekerja Sosial?
Khamis, Februari 05, 2009

Tensen sungguh...

Aku sign in Google Account, namun bila ingin memberikan komen di blog orang lain, profil Google aku tak dikenalpasti oleh Google. Kalau guna Name & URL pula, agak menyusahkan aku pulak.

AngryFaceAngryFaceAngryFaceAngryFaceAngryFace
Baca Selanjutnya - Tensen sungguh...
Khamis, Februari 05, 2009

Susahnya nak sebut...

Hindari Chikungunya - Anda mengalami demam panas, sakit-sakit sendi, ruam pada badan, atau sakit kepala? Segeralah berjumpa doktor.

Itulah iklan yang selalu ada mengenai penyakit ni. Kat kampung aku 2 minggu lepas, ramai jugak yang kena penyakit ni. Memang penghidap penyakit ni akan rasa sakit sendi yang sangat teruk. Tokwan aku dapat penyakit ni dan asyik berbaring ja sampai hampir seminggu. Mak ayah aku pun hampir nak dapat penyakit

Terbukti nyamuk ni turut sama moden dan kebal walaupun dah disembur asap dengan tujuan untuk mengatasinya.

Ermmmm...

Baca Selanjutnya - Susahnya nak sebut...
Khamis, Februari 05, 2009

Tip Top Pemberi Komen

Kat sana sini agak laris mengenai pemberian cenderahati kepada top commentors. Takpun penganjuran pertandingan melibatkan entri. Aku lebih berminat pada top commentors. Lagipun tanpa mereka sebagai pengkritik ayat-ayat aku, siapalah aku untuk melihat penulisan aku yang memang tak seberapa tu. Agak-agak apa yang sesuai sebagai tanda ikhlas aku pada top commentors ye..

Kalau hantar laksa Kedah bungkus kat diaorang, orait tak?

LargeGaspLargeGaspLargeGaspLargeGaspLargeGasp
Baca Selanjutnya - Tip Top Pemberi Komen
Khamis, Februari 05, 2009

Benar Atau Tak Ini Penyanyi Kumpulan Saujana?



Kalau tidak silap aku,dia ini salah seorang bekas penyanyi nasyid kumpulan Saujana. Adakah beliau juga mahu mengikut jejak langkah 'Superman Malaysia' iaitu Faizal Tahir(dari nasyid ke artis). Semasa aku melihat rancangan OIAM aku ingat beliau adalah seorang perempuan,tetapi ternyata aku salah. Semasa beliau menyanyi dalam kumpulannya, sedap tetapi semasa di OIAM tidak sedap mungkin suara macam dibuat-buat. Shafinaz(juri OIAM) juga keliru dan bertanyakan kepada beliau"Are you really a good doctor?"

Adakah beliau ini juga seorang doktor? Mungkin ya. Apa-apapun mari kita doakan dia agar dia menjadi doktor yang berjaya dan beriman

Mengikut sumber dari forumer tempatan,beliau memang lembut sejak dari kecil. Perhatikan gambar dibawah(sila klik untuk besarkan)



Ahli-ahli Kumpulan Saujana (mengikut turutan abjad)

1. Aza (Azalinor Abdul Rahman)
2. Idzu (Khairul Idzwan Baharin)
3. Kimi (Mohd Hakimi Haji Harun)
4. Ley (Faizul Hizal Ghazali)
5. Pyan (Mohd Suffian Amrin)


Aku copy paste dari e-mel yang diterima. Benar atau tak apa yang aku baca ni, aku pun tak kisah sangat kot. Aku rasa lebih baik aku urus hidup aku dulu sebelum aku judge orang lain.

LipsareSealedLipsareSealedLipsareSealedLipsareSealedLipsareSealed
Baca Selanjutnya - Benar Atau Tak Ini Penyanyi Kumpulan Saujana?
Rabu, Februari 04, 2009

Rasa macam nak guna breast firming

Untuk isteri-isteri aku rasa alasan untuk meggunakannya dapat diterima pakai. Demi kebahagian suami. Tapi untuk remaja yang belum berkahwin, takda suami? Untuk apa? Agar terlaris di pasaran pandangan lelaki kah?

Atau untuk mengelak fitnah menjadi awek kepada pengkid kerana dada trlalu rata, takda 'gunung' langsung?

Aku masih memikirkan kenapa. Sementara godaan untuk meggunaknnya juga agak tebal. Tapi kenapa aku ingin meggunakannya pulak? Adakah kerana aku rasa rendah diri bila melibatkan persoalan sebegitu?

Ya,jawapan kepada soalan tu masih membuat akal pada otak aku berputar memikirknnya.

Rasa macam guna nak breast firming
Apalah tajuk entri aku semalam tu.
Baca Selanjutnya - Rasa macam nak guna breast firming
Rabu, Februari 04, 2009

Apabila aku memakai...

Dulu ketika aku menjadi sebahagian antara penghuni asrama pangsapuri KUiTTHO atau pun sekarang dikenali sebagai Asrama Perwira UTHM, rumah aku bersama dengan 9 orang lagi student adalah di tingkat tu berhampiran dengan kawasan kelapa sawit. Dek kerana aku agak kemaruk dengan air RO, aku rela mengisi air RO yang letaknya kat depan pejabat iaitu selang 8 bilik di tingkat 1 dari rumah asrama aku tu.

Ada skali aku dengan perasaan budjet nya konon-konon takda orang kat asrama lelaki yg bertentangan dengan asrama pompuan aku tu sebab time tu petang yang sungguh dingin dan aku pasti semua orang mesti akan tergoda untuk tidur, aku pun keluar la pegi ambik air RO dengan memakai t-shirt, tudung dan kain batik. Punya la orait semua, pada aku la. Turun-turun ke tingkat 1, aku memang sure takda orang ni tapi bila sudah selesai ambik air dan nak return semula ke rumah asrama aku tu, entah ada ja kaum adam terjengol kepala kat tingkat. Bertentangan dengan arah perjalanan aku, sure punya aku perasan kepala terjengol tu. Alang-alang aku pegi amek air RO dan dah on the way nak balik rumah,aku jalan jugak konon-konon macam takda orang pun.

Yang aku pelik, time org lelaki pkai kain pelikat takda plak org pmpuan akan tengok. Ataupun memang ada?

Ataupun kaum adam tu semua terkejut tengok tetiba ada sorang pompuan pakai kain batik keluar daripada rumah dan sanggup ke depan pejabat?

FrownFrownFrownFrownFrown
Baca Selanjutnya - Apabila aku memakai...
Selasa, Februari 03, 2009

Aku nampak sesuatu yang..........................

Kenapa ni?
Kenapa tangan aku terketar-ketar?

Aku rasa aku makan tengahari td. Makan kat Nasi Ayam Periuk Besar, Kulim. Habis kalau dah makan, apa masalah aku ni. Asyik terketar-ketar tangan dengan jari-jemari aku ni. Menaip ayat-ayat ni pun aku masih terketar lagi.

Aku ada nampak hantu ka sampai terketar macam ni. Rasanya tak ada pun.

Ish kenapa dengan aku ni. Naik risau aku.

Erm..fikir..
Fikir..
Fikir..
Fikir..


Oh, rupa-rupanya tadi...

Aku nampak sesuatu. Aku nampak seorang pakcik bank in kan duit not RM 50.00 beratus-ratus keping dalam sampul surat A4 kat Bank Muamalat depan ofis aku ni. Berapa ratus ribu RM lah dia bank in tu. Berpuluh-puluh ikat duit RM 50.00 atas meja akak Bank Muamalat tu sampai penuh meja dia. Aku hanya mampu bank in RM 200.00 ja. Alhamdulillah ada duit jugak untuk bank in walaupun tak banyak mana pun, haha.

Entah berapa banyak lah duit pakcik tu tadi. Kalau aku rompak pun mesti aku jadi best. Haha..

Patut la aku terketar-ketar. Aku dok bayangkan duit tu duit aku rupanya bila aku nampak duit tu. Isk2..

CryingCryingCryingCryingCrying

----------------
Now playing: South Jordan - Fatal Flaw
via FoxyTunes
Baca Selanjutnya - Aku nampak sesuatu yang..........................
Selasa, Februari 03, 2009

Pembaharuan terkini

Sekarang aku sudah berpindah ke admin yang baru iaitu Nazra~
Dulunya berkongsi dengan Rain. Jadi sekarang terciptalah 2orang admin di blog ini. Sebelum ini post dihidangkan oleh Rain (iaitu aku pada masa dulu), sekarang post dihidangkan oleh Nazra~

Apakah yang aku ingin sampaikan ini?
Berbelit-belit pula ayat aku..


FootInMouthFootInMouthFootInMouthFootInMouthFootInMouth



----------------
Now playing: Tegan And Sara - Underwater
via FoxyTunes
Baca Selanjutnya - Pembaharuan terkini
Selasa, Februari 03, 2009

Hoooooray!

Berjaya sudah tukar template blogspot ini. Senada pulak dengan cik Pijah. Ngeh3

HaloHaloHaloHaloHalo

----------------
Now playing: Coco - Kasih, Nafas Dan Diri
via FoxyTunes
Baca Selanjutnya - Hoooooray!
Isnin, Februari 02, 2009

Tempalate berubah..

Bila ye nak ubah template. Bosan sungguh..

UndecidedUndecidedUndecidedUndecidedUndecided
Baca Selanjutnya - Tempalate berubah..