Selasa, Oktober 06, 2009

Jika aku seorang lelaki...



Aku akan :

  1. mengayat-ayat pompuan kerana pompuan mudah cair dengan kata-kata yang manis tip top.
  2. usik-usik dan usik dia untuk seminggu, lepas tu aku akan diamkan diri. Lepas tu pasti dia akan cari aku.
  3. (atau pun) aku akan kutuk-kutuk dan kutud dia dan lepas tu diamkan diri. Confirm dia akan cari aku.
  4. main tarik tali dengan dia yang mana confirm aku akan menang. Kejap aku bagi hint aku suka dia, kejap tak. Mesti hati pompuan dia serabut giler.
  5. edit gambar aku sampai jadi superb dan chomel giler (walau pun aku tak chomel).


Ada mana-mana lelaki nak tambah lagi? Sile...

*aku memang suka lelaki berkaca mata

:pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08:

pic : Alexumar
Baca Selanjutnya - Jika aku seorang lelaki...
Isnin, Oktober 05, 2009

Pengantin itu bukan aku..



Ye itu bukan jari aku dan bukan aku juga yang jadi pengantin baru semalam. Ex aku yang jadi pengantin baru semalam. Aku dijemput ke majlis dia tapi secara jujurnya sejak hari pertama dia bagitau tarikh kenduri dia pada 4hb Oktober 2009, tarikh semalam aku rasa terus tak wujud dalam kalendar.

Apa perasaan aku? Aku rasa seolah-olah tak ada perasaan. Blur...



Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru untuk si pemuda TUDM ini. Semoga berbahagia hingga akhir hayat dengan isteri....

Mungkin bukan jodoh kita.



Pic :
Fatin Zuaini
Hikayat Cinta
Md Shah
Baca Selanjutnya - Pengantin itu bukan aku..
Jumaat, Oktober 02, 2009

Dilema Yang Bernama 'Indonesia'

Salam takhziah buat seluruh warganegara Indonesia atas segala musibah yang menimpa kalian semua.

30/9/2009 - Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Jurucakap agensi bencana Indonesia, Priyadi Kardono, menyatakan angka korban gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu kini ialah di antara 100 hingga 200 orang. Gempa bumi Indonesia

02/10/2009 - Gempa bumi dengan kekuatan 7.6 pada skala Richter berlaku jam 6.15 petang kelmarin dan melumpuhkan bandar Padang. Semalam, musibah sama dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter pula melanda kawasan sekitar Bengkulu. Indonesia Menangis Lagi

Selepas insiden Tsunami, kini gempa bumi pula yang melanda. Itu di Indonesia. Bagaimana pula dengan dilema para rakyat Indonesia yang ada di Malaysia?

Kenalan baik aku yang pernah berjiran dengan pembantu rumah, seorang warga Indonesia di KL bercerita semalam mengenai kisah hidup warga Indonesia itu yang datang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Pembantu rumah tu memberitahu kenalan aku ni yang sepanjang kontrak 2 tahun di Malaysia, dia harus memegang daging babi untuk dibuat hidangan (keluarga kaum Cina), tidak boleh sembahyang, harus memakai seluar pendek, rambut kena pendek dan sebagainya. Si pembantu rumah warga Indonesia ini sedih. Katanya di Indonesia, dia belajar di sekolah agama. Tapi bila sampai di Malaysia, lain yang jadinya.



Jadi siapa yang silap? Aku rasa orang tengah yang membawa pembantu rumah Indonesia tu yang harus dipersalahkan. Mungkin kerana duit yang diberi daripada individu yang berkehendakkan pembantu rumah, dia terus membuat marketing kepada warganegara Indonesia sana bahawa pekerjaan itu cukup lumayan buat mereka. Padahal dia tahu, pembantu rumah mungkin akan diletakkan di rumah orang bukan Islam. Didesak dengan keinginan dan kesusahan hidup, warga Indonesia mengambil risiko menjadi pembantu rumah di Malaysia walaupun selepas berhempas pulas berjuang untuk masuk ke Malaysia dengan cara yang amat payah. Hendak lari dari rumah majikan, seperti menempah nasib buruk dengan orang tengah. Perjanjian selama 2 tahun dengan jumlah duit yang banyak.

Bak kata Felo Kanan Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman di Amah : Penyelamat atau Penyengat,

Kita lihat pembantu rumah ini seakan ‘penyengat’ bukannya menyelamatkan keadaan ketika ibu bapa keluar bekerja. Justeru, majikan yang mengambil pembantu rumah perlu bijak mencari jalan mengatasi konflik yang wujud supaya amah tidak menjadi ‘penyengat’ dan memberi 1,001 masalah kepada keluarga.


Pic : Berita Harian
Baca Selanjutnya - Dilema Yang Bernama 'Indonesia'
Khamis, Oktober 01, 2009

Surrogates (CAM)

Baca Selanjutnya - Surrogates (CAM)