Dia tidak diminta lahir sebegitu rupa.
Dia juga tidak meminta-minta untuk mendapatkan lebih daripada apa yang dia inginkan.
Tapi dia tidak berupaya untuk menolak perasaan yang melodak di dalam dirinya yang ingin menikmati pelbagai jenis makanan yang pelbagai di Malaysia ini.
Jadi siapa yang harus dipersalahkan?
Dia atau tukang masak yang memasak makanan yang sedap-sedap?
Atau resepi Malaysia yang mengandungi minyak, kolestrol yang tinggi?
Apapun perasaan rendah diri pada dirinya tidak dapat dibendung lagi apabila terdapat ........ mulut-mulut yang menyatakan bahawa dirinya sudah bertambah "saiz
Sesungguhnya kehidupan seorang Chubby memerlukan tahap keyakinan diri yang tinggi juga tahap keazaman untuk berubah yang konsisten. Serta sedikit duit untuk dibuat pelaburan.
p/s : InsyaAllah berjumpa lagi kita Isnin ini ^_^