Lelaki, fahamilah isterimu apabila kamu telah berkongsi hampir segala-galanya dengan dia. Jangan disebabkan kamu terpikat dek silaun gadis muda, kamu fikir cinta baru telah muncul. Kamu mudah mengucapkn madah cinta. Kamu mengambil jalan mudah dengan mengeluarkn satu lagi tulang rusuk adam kamu untuk hawa yang baru.
Mungkin gadis zaman sekarang ........menjadi idaman hati kamu, jamuan mata halusinasi kamu tapi mampukah dia mengorbankam dirinya andai kamu gatal ingin mengeluarkan satu lagi tulang rusuk adam kamu untuk seorang lagi tambahan hawa dalam hidup kamu? Erti kata lain, isteri yang ketiga.
Tiada yang semulia isterimu yang bersama ketika susah. Bukan hanya ketika senang sahaja. Fahamilah wanita yang diambil daripada rusukmu, adam.