Saya sedang sangap!




Ye kenapa? Tak percaya? Atau saja buat-buat tak percaya? Ala generasi malaysia sekarang kan dah berfikiran moden, bijaksana. Pasti memahami ayat aku itu. Selain itu, zaman sudah berubah, memetik iklan sebuah akhbar.



........Kembali pada kenyataan berani mati aku tu. Pasti korang anggap aku dah buang tebiat ke. Padahal tebiat yang buruk harus dibuang. Atau korang anggap aku ini ingin menjadi si ratu kontroversi? Atau aku sedang mencari publisiti murahan di satu landasan dan platform yang dinamakan blog? Aku nasihatkan korang jangan mudah terpengaruh. Apatah lagi dengan kenyataan aku tu.

OK aku dah sesat.....

Pendek kata, untuk menjadi seorang insan yang dikatakn penulis blog itu bukan mudah. Rela berhempas pulas mencari idea baru untuk entri-entrinya. Harapan yang menggunung agar nanti di setiap entrinya akan ada kritikan yang dapat membina atau memusnahkan semangat penulisannya kerana suatu komen itu umpama sabun pencuci badan ketika sedang mandi.

Menarik semula perhatian korang pada kenyataan sangap aku itu,aku sebenarnya sedang sangap untuk berblog. Entir aku ini pun aku curi-curi masa untuk menaip dan di schedule kan. Sebabnya aku ada 21 mukasurat report yang umpama tesis yang aku harus taip semula. Sudah la PDF converter tak dapat nak convert dengan sempurna. Mentang-mentanglah page 1-26 adalah gambar, habis semua report tu dikenalpasti sebagai gambar. Pedajal aku ja file suruh aku menaip dan mengingatkan aku ke zaman tesis degree aku di thun 2007 dulu.

p/s entri ni aku taip kt handset dan make it as a draft. Tapi rasa kasihan pada kedua ibu jariku itu. Penat memicit-micit key handset.

9 Pemberi Komen:

Premium Services Bagaimana Artikel Ini?Sila Berikan Komen Anda Dibawah!
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!
beliamuda said...

memang ada semangat blogger sejati la

inspirasiizra said...

sungguh kasihan,,
lalalala

-WaN- said...

teruskan kesangapan anda..hehe

Monkey D Luffy said...

kasihan

tp canggih henset ;p

pijah@hakuna said...

naz..,taip la repot pakai anset lak.

Nazra~ said...

heh enset biasa ja. gile r enset mahal2 ^_^

Ariey said...

Ini dah kira penagih blog tegar ni..pi la mandi bunga haha.

Nazra~ said...

ariey - udah mandi bunga la ^_^

naqiubex said...

oh.. Rupanya itu maksud sangap, sy kurang pandai bm ni.. hehe

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Convert by Bloganol dot com Edit by Arieyblog

top