[Re-Post] Marilah putera Kacak!




Aku gadis bertudung. Mungkin isu ini agak sensitif mengenai aurat tapi bukan itu yang aku ingin panjangkan dan utarakan. Gadis bertudung perlukan perhatian yang lebih rapi terhadap rambut mereka. Mungkin kerana dalam sehari agak lama rambut terperuk tanpa bebas di udara membuatkan kaedah penjagaannya juga harus lebih teliti.

Aku juga membeli syampoo ibarat gadis-gadis lain. Namun aku kurang berminat pada syampoo untuk gadis bertudung seperti yang di dalam iklan kerana apabila aku menggunakannya, kepala aku gatal dan kelumur masih wujud. Rambutku takkan berubah menjadi lurus seperti teknik rebonding kerana rambut aku tebal. Ramai yang sudi bertukar rambut dengan aku dan aku pun nak juga. Rambut nipis yang menawan. Tapi, boleh ke???

Aku agak hairan kerana setelah sekian lama aku membeli syampoo ini, yang sebenarnya........ taklah lama sangat pun. Sabtu minggu lepas ja, tapi setelah sekali menggunakannya, aku jadi sayang untuk terus menggunakannya. Syampoo ni takda la mahal sangat. Yang pasti wangiannya memang memikat hati. Mengandungi Rose.



Aku mula hairan kenapakah aku membeli syampoo ini. Adakah disebabkan iklannya yang membuatkan aku boleh membayangkan aku menjadi seperti puteri dimana aku berada di suatu tempat yang dilayan oleh strawberi yang kelihatan amat enak untuk ditelan dan juga keputihan awan yang rasanya seperti awan berperisa vanilla?

Ataupun suasana dimana putera katak kacak mendepangkan tangannya ketika ingin menggapai aku ke dalam pelukannya dari tawanan strawberi comel itu?

Seringkali aku berimaginasi ketika terpandang botol syampoo Clairol Herbal Essense itu di dalam kamar mandi aku.

1 Pemberi Komen:

Premium Services Bagaimana Artikel Ini?Sila Berikan Komen Anda Dibawah!
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!
Monkey D Luffy said...

wah iklan ni

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Convert by Bloganol dot com Edit by Arieyblog

top