Dilema Yang Bernama 'Indonesia'

Salam takhziah buat seluruh warganegara Indonesia atas segala musibah yang menimpa kalian semua.

30/9/2009 - Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Jurucakap agensi bencana Indonesia, Priyadi Kardono, menyatakan angka korban gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu kini ialah di antara 100 hingga 200 orang. Gempa bumi Indonesia

02/10/2009 - Gempa bumi dengan kekuatan 7.6 pada skala Richter berlaku jam 6.15 petang kelmarin dan melumpuhkan bandar Padang. Semalam, musibah sama dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter pula melanda kawasan sekitar Bengkulu. Indonesia Menangis Lagi

Selepas insiden Tsunami, kini gempa bumi pula yang melanda. Itu di Indonesia. Bagaimana pula dengan dilema para rakyat Indonesia yang ada di Malaysia?

Kenalan baik aku yang pernah berjiran dengan pembantu rumah, seorang warga Indonesia di KL bercerita semalam mengenai kisah hidup warga Indonesia itu yang datang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Pembantu rumah tu memberitahu kenalan aku ni yang sepanjang kontrak 2 tahun di Malaysia, dia harus memegang daging babi untuk dibuat hidangan (keluarga kaum Cina), tidak boleh sembahyang, harus memakai seluar pendek, rambut kena pendek dan sebagainya. Si pembantu rumah warga Indonesia ini sedih. Katanya di Indonesia, dia belajar di sekolah agama. Tapi bila sampai di Malaysia, lain yang jadinya.



Jadi siapa yang silap? Aku rasa orang tengah yang membawa pembantu rumah Indonesia tu yang harus dipersalahkan. Mungkin kerana duit yang diberi daripada individu yang berkehendakkan pembantu rumah, dia terus membuat marketing kepada warganegara Indonesia sana bahawa pekerjaan itu cukup lumayan buat mereka. Padahal dia tahu, pembantu rumah mungkin akan diletakkan di rumah orang bukan Islam. Didesak dengan keinginan dan kesusahan hidup, warga Indonesia mengambil risiko menjadi pembantu rumah di Malaysia walaupun selepas berhempas pulas berjuang untuk masuk ke Malaysia dengan cara yang amat payah. Hendak lari dari rumah majikan, seperti menempah nasib buruk dengan orang tengah. Perjanjian selama 2 tahun dengan jumlah duit yang banyak.

Bak kata Felo Kanan Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman di Amah : Penyelamat atau Penyengat,

Kita lihat pembantu rumah ini seakan ‘penyengat’ bukannya menyelamatkan keadaan ketika ibu bapa keluar bekerja. Justeru, majikan yang mengambil pembantu rumah perlu bijak mencari jalan mengatasi konflik yang wujud supaya amah tidak menjadi ‘penyengat’ dan memberi 1,001 masalah kepada keluarga.


Pic : Berita Harian

6 comments:

  1. byk pihak yg bole disalahkan lam isu nih...^^ snang cakap, kalo stakat perbetulkan dari segi 1 pihak je, susah nak atasi prob nih..

    ReplyDelete
  2. Indonesia, jiran kita yang satu ni, unik sungguh... banyak sangat persamaan dengan mereka, tapi mereka mahu mencipta satu benteng untuk memisahkan.

    ~kelu

    ReplyDelete
  3. Takziah kepada mereka mgkn ada hikmah disebalik trajedi yg melanda mereka itu..

    ReplyDelete
  4. takziah utk mereka,sekarang mereka perlukan bantuan kita lagi, setelah cacian yg diorg bagi.adeyh = aenaz

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan