Bunyinya seperti aku anti-lelaki kah?
Rata-rata yang dicekup "bersarapan" di gerai-gerai makan adalah lelaki. Bukannya takda perempuan, tapi lebih ramai lelaki yang tidak berpuasa. Termasuk dalam surat khabar Kosmo semalam.
"Semasa ditahan, seorang lelaki memberi alasan terlupa membaca niat puasa," ujar Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi, Zainul Abidin Mat Noor.
Dah la tu,
bagi alasan terlupa niat. Aduhai...
Rakyat kat Pakistan sana sanggup tak keluar berparti atau bersuka ria tetapi mereka beralih buat banyak amal ibadat.
Mungkin agak pelik bila ada lagi yang seolah-olah terjebak dengan agenda syaitan sedangkan syaitan sudah diikat dan dibelenggu sepertimana kita faham dan dengar sejak kecil lagi. Tapi adakah itu benar?
Seperti catatan di Maksiat Di Bulan Ramadan. Benarkah Syaitan Dibelenggu?"
Untuk merungkai kemusykilan ini, huraian para ulama’ perlulah dirujuk.Terdapat beberapa pandangan ulama’ yang menghuraikan makna pembelengguan syaitan ini.Ringkasnya, terdapat dua pendapat seperti berikut(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, jld.4, hlm.141-142) :
1.Pendapat pertama mengatakan, “pembelengguan syaitan pada bulanRamadhan” sebenarnya hanyalah satu kiasan. Ertinya, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu ataupun diikat. Ungkapan “syaitan dibelenggu” digunakan hanya sebagai kiasan untuk merujuk kepada makna lain. Ia sama dengan ungkapan “pemandu yang tidak beretika digantung lesennya”. Perkataan “digantung” disini hanyalah sekadar kiasan. Ia tidak membawa maknanya yang sebenar iaitu lesen diikat dengan tali, kemudian digantung pada tiang. Sebaliknya, ia adalah kiasan kepada pembatalan ke“sah”an lesen tersebut.
2.Pendapat kedua mengatakan, “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” membawa maksudnya yang asal. Iaitu, syaitan benar-benar dibelenggu dengan makna diikat atau diberkas. Ertinya, ia bukan satu kiasan.
Menurut Imam Qurtubi, beliau mengatakan “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan manusia”.
saya lelaki tp tidak malaz berpuasa kok
ReplyDeletesaya pon sama macam ali ok
ReplyDeletetp mmg btol
budaya tgal pose ni da jadi budaya tak pelik da
dunia nak kiamat
saya pun sokong....
ReplyDeletesyaitan xde..
ReplyDeletetapi nafsu berjaya
memerintah 'hati' manusia.
alasan tak logik.. cakap je la kan malas nak pose.. huhu...
ReplyDeletebkn lupa tu.. ntah2 baca niat pose pun tak reti..
ReplyDeleteAlahai, bukannya susah nak posa.
ReplyDeletemungkin nafsu dah bermaharajalela ..
ReplyDeleteati pun dah itam...
tu yg ada je kes mcm ni...macam salah satu entri dilot...kes mencuri dalam bulan puasa..pulak tu dalam masjid...
puasa yg yok. eheh
ReplyDeleteTapi saye puase jerr..
ReplyDeleteRegard'
Adney
http://www.oneadney.com
sye pose k..
ReplyDeletewe're fast becoming a 'sesat'/lost society
ReplyDelete