Raya : Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda



Mesti ramai yang dah tahu pasal lagu kolaborasi antara Hujan dan Raihan. Menghayati lagu ni, rasanya lebih baik bagi yang belum baca kisah di Harian Metro semalam iaitu

Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, Johor.


Kadang terfikir juga adakah anak-anak hanya mengejar harta semata-mata sepanjang hidupnya di dunia ni? Semestinya hasil pendapatan di dunia memang dalam genggaman tapi di akhirat? Ataupun dalam kisah ni, dalam perjuangan untuk ke alam kematian, bagaimana?

Mungkin ini nasib yang harus diterima oleh para ibu bapa (yang berada di Rumah Kenangan) yang meninggalkan anak-anak di pusat jagaan atau asuhan sebelum ke tempat kerja. Apapun alasannya, siapa lah seorang anak untuk menyakiti hati seorang ibu dan seorang ayah yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan menyara kehidupan anak?

Percayalah, pastinya roda perilaku ini akan berputar dan dibalas semula.

Buat entri ni rasa pula rindu kat mak di kampung padahal Ahad lepas dah jumpa

:pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08:

Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda Lirik

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti


9 comments:

  1. nak duir raye, hehe...

    Slmt ari raye aidilfitri... moge terus berjumpa dgn Ramadgan yg akn dtg..

    seronok tgok Hujan leh gabung nyanyi dgn Raihan.. smoge byk lg band indie yg cmni..

    ReplyDelete
  2. Salam Lebaran....
    Ada Kad Raya Untuk Kamoo....
    ;)

    ReplyDelete
  3. siyesli, bile dengar kisah ni semalam, rasa macam tak guna sangat anak tuh.. argh... tak boleh ckp banyak, rindu kat mama dan abah di kampung.. T_T

    ReplyDelete
  4. silalah blk kmpung..
    jgn men twitter je..hehe
    slmt hari raya..

    ReplyDelete
  5. lama tak dengar lagu indah dan lirik manis dari Raihan.
    Hujan yang mana ya?

    ReplyDelete
  6. hujan band yg ketuk2 drum & petik2 gitar itu ^__^

    ReplyDelete
  7. Zara~

    selamat hari raya sayang!

    ReplyDelete
  8. ahaks,jangann nazra.sangat sedih lagu tu.huu.btw selamat berbahagia di hari raya. =) <---- naz

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan