Lagu Raya 2009



Alkisahnya lagu raya dah berkumandang ye tak. Baru 15 hari puasa. Aku pun semalam ada jugak lepas gian dengar mp3 lagu raya tapi sekejap saja pun. Bila lama-lama dengar, aku rasa lain macam, bosan pulak.

Tu kisah kat radio. Padahal sehari sebelum puasa, aku rasa pasaraya kat Pekan Kulim dah pasang lagu raya. Berdentum-dentum. Ish ish puasa pun belum, lagu raya dah ada.

Kalau zaman dahulu kala,

nak dengar lagu raya ja mesti kena dengar kat radio dengan TV ja. Tapi sekarang, bersepah-sepah lagu yang ada. Macam-macam jenis genre.

Sampaikan aku rasa lagu di zaman batu baru sekarang ni dah tak macam lagu raya. Kalau nak dibandingkan lagu zaman sekarang yang moden ni dengan lagu zaman dahulu kala, lagu yang evergreen zaman dulu la yang berjaya memikat hati aku untuk dengar. Mana boleh lawan lagu raya yang menusuk perasaan hingga ke kalbu..

Sama juga dengan kes lagu Merdeka. Aku lebih suka lagu Sudirman yang tiap-tiap tahun wajib untuk didengar. Patriotik aku jadinya....lagu yang baru seperti ke arah genre pop ja, dengar pun macam biasa-biasa ja rasa..

5 Pemberi Komen:

  1. setuju sangat.. lagu evergreen memang menusuk kalbu.. malar hijau gitu.. hehe

    ReplyDelete
  2. lagu-lagu raya skang ni...tak sedap langsung...kira tak berjaya menusuk kalbu...

    sekadar sedap2 mcm gitu je..xde perasaan untuk di nyanyi..atau dihayati,,,

    ReplyDelete
  3. puasa hari pertama pun aku dah terdengar lagu raya

    ReplyDelete
  4. ntah knapa atok sgt suka dgr lagu raya skang.
    eheh

    ReplyDelete
  5. beliamuda - wah sedap sungguh ayat "malar hijau" ^__^

    dilot - setuju3 ^__^

    kapten - belum posa pn dh ada +__+

    atok - citarasa kita kn berbeza ^__^

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan