Adakah anda sensitif?

Apa kah itu sensitif? Adakah sensitif seperti pokok semalu? Pantang disentuh, berkucupan tutup lah tumbuhan itu? Atau sensitif itu seperti jua pancaindera yang lain? Sensitif pada hati amatlah sukar untuk dikenalpasti, melainkan individu yang sensitif tersebut akan melaksanakan beberapa kaedah terhadap anda seperti tidak bertegur sapa dengan anda, bermasam muka dengan anda walaupun anda sudah setiap hari cuba memaniskan muka di sempena Ramadhan yang mulia ini. Walaubagaimanapun, pada anda yang mempunyai kulit yang sensitif, ada banyak cara untuk mengatasinya.

* KURANGKAN pendedahan kepada bahan yang boleh menyebabkan keradangan kepada kulit seperti bahan-bahan pembersih rumah, detergen, losen selepas bercukur, sabun, gasolin, turpentin dan larutan-larutan lain.

* GUNAKAN sarung tangan untuk melindungi kulit tangan. Gunakan sarung tangan plastik atau vinil untuk kerja yang menggunakan air atau kerja yang terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan radang kulit.

* GUNAKAN pakaian yang dibuat daripada kain kapas atau campuran kapas. Kebanyakan individu dengan kulit sensitif lebih selesa dengan pakaian kain kapas atau campuran kapas memandangkan kain bulu biri-biri dan fabrik sintetik mungkin boleh menyebabkan radang kulit.

* JAGA kulit anda ketika mandi. Gunakan sabun lembut bebas bahan pembersih ketika mandi, yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air yang sejuk, suam atau pada suhu bilik tetapi tidak terlalu panas.

Merendamkan diri di dalam tab mandi untuk satu jangka masa pendek (antara 15 hingga 20 minit) mungkin baik untuk kulit memandangkan lapisan luar kulit dapat menyerap air bagi mengurangkan kekeringan.

Gunakan tuala lembut untuk mengeringkan kulit sehingga kering dan elakkan menggosok kawasan kulit dengan kuat selepas kulit kering. Gunakan krim pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit.

* GUNAKAN ubat yang diberikan doktor untuk merawat ekzema pada kulit. Ubat yang diberikan doktor selalunya adalah jenis steroid yang elok disapukan selepas mandi.

Ikut panduan penggunaan ubat oleh doktor atau mengikut label produk. Hubungi doktor anda sekiranya tiada perubahan keadaan kulit selepas tiga minggu menggunakan ubat berkenaan.

* GUNAKAN krim pelembap pada kulit anda setiap hari. Pelembap membantu mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit. Elakkan penggunaan pelembap yang mempunyai terlalu banyak bahan tambahan atau pewangi.

* ELAKKAN menggaru atau menggosok bahagian kulit yang gatal. Cuba kawal diri untuk tidak menggaru kawasan kulit radang dan gatal kerana menggaru boleh menyebabkan kulit merekah dan memburukkan keadaan kulit. Bakteria boleh masuk ke dalam badan melalui kawasan kulit yang merekah atau luka ini dan menyebabkan jangkitan sampingan.

Penggunaan pelembap atau ais mungkin dapat membantu mengurangkan kegatalan. Ibu bapa boleh meletakkan sarung tangan bayi bagi mengelakkan anak anda menggaru kawasan yang gatal.

* ELAKKAN aktiviti yang menyebabkan anda kepanasan atau berpeluh terlalu banyak. Peluh dan haba yang terlalu banyak boleh menyebabkan radang kulit semakin teruk dan lebih gatal.

* BELAJAR menguruskan tekanan (stres) dalam kehidupan seharian. Ekzema boleh menjadi lebih teruk jika anda menghadapi banyak tekanan. Belajar teknik untuk mengurangkan tekanan atau ubah aktiviti harian untuk mengurangkan stres.

* TERUSKAN penjagaan kulit walaupun jika kulit kelihatan telah pulih sepenuhnya. Kawasan yang mengalami ekzema mungkin lebih mudah radang semula, oleh itu penjagaan lebih rapi diperlukan.

Kredit di berikan kepada Utusan Malaysia Online dan ratuhati.com


0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan