Hari Sabtu yang Lepas

Tatkala kebosanan pada sabtu yang lepas, hadirnya seorang kanak-kanak ini yang menggembirakan keadaan di ofis yang kusam. erm sebenarnya tidaklah sebegitu kusam kerana warna-warni pada dinding ofis ini adalah bertemakan warna-warna garang iaitu oren, kuning dan merah. oleh sebab itulah semangat waja, perdana, satria dan perodua akan jelas terpancar setiap kali datang untuk bekerja disini. Benar!

Berbalik kepada kanak-kanak ini, rupanya sungguh comel hinggakan saya mengabadikan wajahnya di dalam telefon bimbit saya dan juga di dalam blog saya ini. Anak kepada tukang peguam ini yang rupanya yang menyerupai perempuan itu tidak dapat dibayangkan dengan namanya itu, Reza. Nyanyiannya pada lagu "Ketahuan" pula hanya mengambil bait-bait ayat terakhir. Penatnya sudah melayan kanak-kanak.
:girl05:

Inilah gambar-gambar si Reza,










0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan