Saya ada hati, perut, usus, limpa

Buat semua insan yang ada, saya ingin sekali menyatakan bahawa saya bukanlah manusia yang tidak mempunyai hati perut. Kerana andainya saya tiada hati perut, bagaimanakah saya ingin meneruskan aktiviti penghadaman makanan saya. Walaubagaimanapun, saya ingin mengakui bahawa sayaterkadang mungkin lebih mementingkan diri saya apabila keadaan mendesak saya untuk membuat keputusan. Saya boleh berada di suatu keadaan yang teruk apabila suasana yang wujud tersebut tidak mengizinkan saya untuk menghidupkan status diri saya yang sebenar. Bolehlah juga dikatakan saya seperti amoeba atau juga yis, yang hanya akan bercambahkan zuriat-zuriat mereka ketika persekitaran mengizinkan mereka untuk berbuat demikian.

4 comments:

  1. ada org yg tiada hati...tp boleh hidup.hehehe

    ReplyDelete
  2. adakah???
    bagaimanakah???
    siapakah???
    di manakah???

    ReplyDelete
  3. kesian sungguh dia. sistem penghadaman makanan dia mesti akan mengalami kegagalan untuk berfungsi dengan baik dan tidak berupaya untuk menganalisis asid amino folik.

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan