Saya ada 24 jam sehari

Semalam saya menaiki kereta Kancil buatan Perodua Malaysia kepunyaan sepupu saya untuk pulang ke Kulim dari Kuala Ketil. Ketika dalam perjalanan tersebut, saya melihat reaksi, tingkah laku, ragam, aktiviti para makhluk Allah ini. Saya sungguh hairan dengan pemandu-pemandu kenderaan berpacuan 4 roda atau juga dipanggil motokar dan juga dikenali sebagai kereta. Tidak terkecuali pula kepada kenderaan 2 roda ataupun motosikal. Mengapakah pemandu-pemandu dan juga penunggang-penunggang ini menyukai untukmembawa kenderaan mereka samada yang besar, yang kecil ataupun yang sederhana dengan penuh kelajuan. Apakah yang dikejar oleh mereka? Adakah mereka mengejar masa. Tidakkah mereka mengetahui setiap orang mempunyai masa sebanyak 24jam yang sangat panjang. Dan apabila terdapat pemandu kenderaan yang tersilap salah membawa kenderaan mereka dengan kadar yang lambat namun tidak selambat kura-kura emas, maka akan terdengarlah hon-hon yang bunyinya mengalahkan bunyi loceng kereta lembu yang lebih sangat sedap untuk didengari oleh halwa telinga manusia. Adakah pemandu dan pembonceng di Malaysia ini hanya mempunyai semangat sopan santunnya di luar kenderaan mereka sahaja. Ini belumlah lagi melibatkan perasaan para pemandu dan pembonceng apabila berada di atas jalanraya. Lagilah mereka menjadi hantu raya yang sentiasa menginginkan untuk memecut kenderaan mereka sehinggalah ke kadar kelajuan 200 km/j andainya kelajuan tersebut diizinkan. Ini ditambah perasa-perisi dengan suasana Aidilfitri yang akan menjelang di mana bakal menyaksikan semua rakyat jelata akan pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan mereka. Seperti mana meriahnya suasana bazar Ramadhan, meriahlah lagi suasana pulang ke kampung dengan kebanjiran kenderaan yang bakal menyaksikan datuk nenek mak ayah cucu cicit syaitan akan bergembira bersorakan seandainya para pemandu di Malaysia akan segera menyemburkan kata-kata cacian makian perkelahian kepada pemandu dan pembonceng yang lain. Semoga Ramadhan akan segera menginsafkan mereka dan membawa mereka kembali ke alam yang nyata dan seterusnya akan menghangitkan syaitan-syaitan yang bermahajaralela di dalam fikiran para pemandu di Malaysia ini. Amin.


4 comments:

  1. Pemandu-pemandu kat Malaysia ni dalam keadaan desperate kot..hehehe

    ReplyDelete
  2. nih nk kena buka cita "desperate driver", ala2 cita "desperate housewives" :P

    ReplyDelete
  3. mereka memandu laju hanya semata-mata menujukkan kelajuan kenderaan kepunyaan mereka saja.

    huhu~

    ataupun tak kisah tentang harga minyak pasaran kot, tu yang laju semacam jer bila memandu =P

    ReplyDelete
  4. cehhh cik hafidz yg dark mmberikan komen mcm pakar sprt yg diceritakan shaja :P

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan