Saya yang kehabisan idea

Puas di kerah-kerah minda ini namun tiada hasil yang agak membanggakan malah mampu menerbitkan kerlipan-kerlipan ungkapan perkataan untuk menghasilkan sebuah ayat pada blog ini. Maka setelah meronda di kalangan rangkaian blog, dapatlah akhirnya sesuatu untuk sengaja di post kan jua di sini. Nasib baik lah link blog saya tersenarai di Rangkaian Kesayangan TSS, maka dapatlah jua saya menaip serantaian kata-katauntuk menjawab soalan-soalan yang ditanyakan pada blog TSS itu.

Nama2 Timangan saya di dunia Bumi, saya dipanggil umi. Di dunia Internet, saya dipanggil nazra @ naz

Saya seorang yang....suka makan, suka tido, suka tengok tv, suka dengar lagu, suka mendengar kata, suka melawan cakap

Insan Teristimewa adalah ibu bapa, seorang lelaki itu, dan sesiapa yang menganggap saya insan istimewa mereka

Lagu kesukaan saya adalah daripada Tegan and Sara yang diberikan oleh seorang lelaki itu

Makanan Kegemaran adalah laksa, laksa, laksa. Saya memang addicted terhadap laksa

Warna kegemaran saya adalah merah, cokelat

Sikap yang membuatkan saya stress adalah ketika saya mempunyai sesuatu kerja, ada orang saya suruh saya buat kerja lain dengan tergesa-gesa

3 Benda yg mesti ada dalam beg saya adalah dompet, handset, charger handset. Walaubagaimanapun, rasanya lebih daripada 3 barang terdapat dalam beg saya dan semuanya adalah penting jua. Antaranya adalah berus gigi, ubat gigi, bedak kompak, lip balm, minyak johnson&johnson, kabel handset, kad punch kerja, tisu, perfume, lipstick

Kali Terakhir saya menangis adalah beberapa hari lalu di mana saya merindui mak dan seorang lelaki itu serta menyesali beberapa tindakan saya

Tag rakan saya adalah seperti di dalam rangkaian blog saya itu. Saya malas pula hendak meletakkan link mereka di sini kerana harini sepertinya tiada tenaga pula, hukhuk

:girl_1:

2 comments:

  1. Susah nak perah idea nie...kadang tue terbuntu gak kan. Kl ada org ITU mungkin blh membuatkan Nazra tak buntu kot...HEeehheheheheee

    ReplyDelete
  2. haha, orang itu pasti nya boleh :P

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan