Saya ingin memakai ini?

Saya suka sungguh melihat gadis yang memakai pakaian ini. Nampak manis. Sebenarnya saya pun ada keinginan jugak untuk memakai seperti ini. Namun terfikir juga, nanti silap haribulan saya telah mencipta fenomena baru pula di Malaysiadengan pakaian seperti ini bercampurkan tudung di kepala. Tapi tak salah rasanya mencipta fenomena baru. Selain memajukan dan mempopularkan diri sendiri, dapatlah juga membuka bidang baru umpamanya industri kain hitam dan benang hitam akan lebih maju ke hadapan. Industri topi, tali pinggang hitam juga akan maju. Sudahlah sekarang industri fesyen negara dipengaruhi oleh gaya-gaya retro terdahulu. Umpama menggamit memori buat mak-mak dan pak-pak (tak sampai hati pulak ingin memanggil makcik-makcik dan pakcik-pakcik, kang terasa pulak mereka akan kedewasaan mereka).


Berbalik kepada pakaian ini, terasa seperti pakaian ke kubur warga bukan Islam pulak. Rasanya lebih baik saya sekadar suka sahaja akan pakaian ini. Tidak usahlah saya mengamalkan pemakaiannya. Maka saya akan kembali kepada kurung Kedah dan kurung tradisional saya. Pasti lebih manis pemandangannya walaupun terkadang merasa seksi juga dihembus angin-angin di hadapan.


2 comments:

  1. betul tuh..
    baek pkai baju yg biasa anda pakai.

    ReplyDelete
  2. saya sdg mncari yg luar biasa juga =D

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan