Bila cuti Raya, bos?

Bos, bila nak cuti?
Bos, bagitau lah cepat2
Bos, saya plan nk buat kuih raya lagi nih.
Bos, saya plan nk buat samperit, kek batik, kek coklat, jejari samperit.
Bos, harap sempatlah nak buat semua tu.
Itupun kalau bos bagi cuti awal.
Sudahlah buku resepi saya telah dibakar oleh emak saya.
Alasan dia, dia sedang membersihkan rumah,
entah2 dia rasa dia sudah membakarkan buku resepi saya.

Bos....

dengarlah rintihan saya.
Saya nak cuti Raya awal.
Saya nak kena buat macam-macam.
Emak saya sibuk buat baju.
Adik saya lagi lah malas.
Ayah saya pun join korum adik saya.
Nasib baik saya tak reti buat ketupat kedah,
kalau tidak mahu terbalik saya kena buat
sampai 1kilo beras pulut.

Bos....
beritahulah secepat mungkin,
okay?

Saya mengharap sangat.
Saya pasti, teman-teman sepejabat juga begitu.
Bos....
:cinonet_05:

0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan