Pagi tadi saya telah membunuh. saya tahu saya berdosa, tapi apabila difikirkan balik, saya merasakan saya tidak berdosa. malah disunatkan lagi. ish bukan sunat berkhatan, tetapi hukumnya itu, adalah sunat. malah lagi, segala rasa kusut susut emosi saya telah dikeluarkan dengan berjayanya melalui pembunuhan itu. Umpama saya melakukan pembunuhan itu dengan penuh perasaan saya.
Pembunuhan itu sebentar cuma mengambil masa. sungguh menyenangkan kerjaya saya. saya pun tidak tahu sejak bilakah saya berminat hendak menjadi pembunuh dalam pembunuhan ini...
Walaubagaimapun, semenjak dari persekolahan rendah lagi, saya mengetahui yang membunuh cicak itu adalah sunat maka sebab itulah pagi tadi telah berlakunya pembunuhan seekor anak cicak. saya sudah menjadi pembunuh. boleh juga saya bergembira. cuma saya tidak perlulah menjadi gila seperti mana orang-orang lain yang membunuh orang lain dan seterusnya menjadi gila. alhamdulillah, saya tidak.
Daripada bicaraislam.com,
Banyak terdapat hadis tentang hukum membunuh cicak,antaranya:
1/Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruhnya membunuh cicak"
2/Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: "Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"
3/Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi S.A.W: "sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"
Boleh juga merujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam "Kitab Qatlul Haiyyat"
Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya "Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.
Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya.
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan