Baru sekarang dapat mem-post kan ini di blog saya. fuhhhh...akhirnya.
Tidak dinafikan lagi, staf yg terawal adalah 4org insan ini.
Lihatlah wajah2 gembira keempat-empat mereka ini. Sungguh ceria mengadap makanan yg telah pun dihidangkan di depan mata. inilah menu yg akan dilahapkan oleh insan2 Aeroswift.
Inilah gambar menu yg tidak dikelihatan dek dilindungi jari-jemari seseorang itu. Sungguh jeles beliau.
Setelah keempat-empat mereka menunggu sekian lamanya, tibalah Cik Din, si pengatur rancangan majlis berbuka puasa semalam.
Diikuti pula oleh si promosi parti cap ayam, iaitu cikgu Shamsol.
Insan-insan yg seterusnya tiba tidak lah dapat diambil gambar mereka kerana saya sudah kelaparan ketika itu dan telah menuangkan air sirap bandung ke dalam cawan memasing untuk diteguk.
Makanya kemudian, bermula lah aktiviti melahap. Keadaan tersebut dpt disaksikan melalui gambar-gambar dibawah ini. Tatkala ini, jurukamera telah berubah tangan di mana ditanggungjawabkan oleh Cik Izzah kita ini. sungguh seronok beliau mengambil gambar-gambar yg terlibat itu.
Dek kerana beliaulah, gambaran saya yg menghabiskan tomyam bersama-sama Cik Mas dapat diambil di dalam pelbagai pose dan sudut. Maka terbongkarlah rahsia bahawasanya kami berdua memang kuat makan. Bukan apa, kami sayangkan tomyam yg tidak dihabiskan itu. malah kami tidak mahu membazir. Serius, okay.
Inilah pula makanan yg telah dilicinkan oleh meja-meja 4 Cik. Terbukti kami semua kuat makan dan tidak sia-sia membawa kami ke majlis-majlis yg melibatkan makanan.
Turut diselitkan semalam adalah segmen kasih ibu antara Kak Ijan dan anaknya. Begitu mesra sekali mereka.
Ini pula si comel yg sungguh masam mukanya walaupun setelah gambar diambil. ish2...
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan