Ini adalah kisah benar. bukan kisah palsu. atau kisah yang dipalsukan. ataupun kisah yang dipasangkan ayat-ayat palsu. kisah ini terjadinya semalam. tatkala hampir sejam sebelum pembukaan puasa berlangsung. kisah yang dinyatakan tidak akan melibatkan individu dengan nama samaran kerana saya sendiri tidak mengetahui nama-nama mereka. saya hanya mengetahui nama saya sendiri. Alkisahnya, ketika hendak membeli juadah berbuka semalam, saya teringin sekali ingin memakan nasi ulam. harap maklum nasi ulam tersebut tidak dapat digambarkan disini kerana sekarang kita berada di dalam zon bulan puasa. andainya ada yang teringin dan menelan air liur mereka membayangkan keadaan mereka sedang memakannya, pasti saya telah menyumbangkan ke arah dosa mereka itu. Berbalik kepada peristiwa di kedai pakcik penjual nasi ulam itu,
saya sudah berpeluh-peluh menunggu giliran untuk membeli nasi ulam itu disebabkan kepopularan masakan pakcik itu dan keramaiannya orang yang sedang berbaris sama itu. akhirnya, setelah ditinggalkan hanya 3 orang pembeli nasi ulam itu, pakcik B yang ingin membeli nasi ulam yang ditemani isterinya berkata "Lambatlah betoi. buat kerja dengan slow motion" kepada pakcik penjual nasi ulam. saya berpendapat pakcik B yang ingin membeli nasi ulam itu adalah seorang yang berpendidikan disebabkan pakcik B telah menggunakan perkataan Inggeris yang agak susah untuk disebutkan oleh seseorang yang tidak berpelajaran setinggi menara KLCC. Saya hanya mampu tersenyum kerana saya rasa senyuman saya sudah cukup manis untuk diberikan kepada orang lain. saya juga ada berfikiran ketika itu, tidakkah sekarang kita berada di bulan puasa. mengapakah kita tidak dapat bersabar ketika hendak membeli juadah berbuka puasa? bukankah lambat lagi waktu untuk berbuka puasa? salahkah untuk memberi sedikit waktu buat pakcik penjual nasi ulam itu untuk meyiapkan pesanan kita terhadap beliau.
Namun, saya pulang dengan nasi ulam sebungkus, roti john daging sebungkus, sup ayam sebungkus dan 3 biji buah limau beserta soalan-soalan yang tiada jawapan. mungkin kerana saya tidak pernah mengutarakan soalan itu kepada sesiapa, mahupun kepada pakcik B itu walaupun ketika ini saya berada di utara Malaysia.
Maka, saya rasanya manusiakah yang telah menjadi iblis dan syaitan terhadap diri sendiri.
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan