Saya tidak bosan dengan hidup saya

Saya ini sudah tidak mengetahui saya ingin membuat apakah, melaksanakan apakah untuk mengelakkan saya menjadi bosan! Kerana pada waktu sekarang, saya sungguh merasa bosan dengan keadaan yang tiada kerja di tempat kerja. Bosan sungguh, maka dengan itu saya telah mencari sesuatu untuk dikaitkan dengan terma bosan ini dan saya telah menemuikisah hidup seseorang yang sanggup membunuh orang ramai akibat bosan dengan hidupnya. Kisah ini telah menggemparkan Jepun bulan lepas. Beliau yang bernama Tomohiro Kato telah menikam dan membunuh sehingga 17 orang. Walaupun saya kadang-kadang bosan dengan hidup saya, namun saya tidak mahu menamatkan hidup orang lain dengan sesuka hati saya. Lagi pula, saya yang menentukan hidup saya, siapa saya yang sebenarnya walaupun anda-anda diluar sana ada yang ingin melenturkan saya seperti tali getah di dalam iklan Digi Business itu yang sungguh fleksibel keadaanya.


Hasil Hafiz Rahman portfolio

Maka demikian, janganlah anda terkejut seperti hah di atas ini dengan kenyataan saya itu. Anda hanya harus menjadi suami saya, maka dapat lah mengubah saya sedikit demi sedikit dengan cinta dan kasih sayang yang seadanya.

Berbalik kepada panduan asalnya, saya sangsi juga mengapa kita harus merasa bosan dengan kehidupan kita sendiri. Andai ditakdirkan ianya berwarna kelam kelabu taik anjing, maka tidak salah andainya kita mewarnakannya kembali kepada warna-warna ceria seperti mana iklan cat Nippon Paint, andainya saya tidak silap mengingati, di mana warna ceria semuanya bertaburan bersuka suki ria di kawasan sub-bandar.

Kesimpulannya, kita harus menghargai kehidupan yang kita jalani. Usahlah kita dipengaruhi oleh mental kita yang asyik menekan melenyek-lenyek kentang otak kita dengan pemikiran yang banyak disokong oleh syaitan. InsyaAllah


0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan