Aku menanti kamu.
Tatkala bintang tenggelam di mamah awan hitam,
dengan niat kamu sedar aku di sini.
Biar tanah mendap ke tengah,
kaki masih mahu teguh berpesak tinggi.
Lantas sayup menghembus angin malam itu,
hati tersedar mengapa biar diri ini menyepi.
Walaupun bukan aku menyenduk mimpi-mimpi,
sedang minda bebas berlari ke sana ke mari,
menggamit memori yang semoga abadi.
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan