Siapa rasa dia terror menjawab soalan, cepat!

Soalan menguji minda ini dibawakan oleh Nazra. Hehe.

Kalau anda terror cuba ler jawab...Tapi takda hadiah lah, huhu. Belum berkemampuan lagi. Worried

"Di dalam sebuah bas ada 7 orang awek, setiap orang awek membawa 7 beg, setiap beg mempunyai 7 ekor kucing betina, setiap ekor kucing betina mempunyai 7 ekor anak kucing. Setiap ekor kucing mempunyai 4 ekor kaki."

Soalannya, berapa kaki yang terdapat di dalam bas, ini tidak termasuk kaki driver. Soalan ini bukan kelentong, tapi pasti.

Berapa jumlah kaki yang anda dapat, sila letakkan e-mel anda untuk aku hantar file excel tersebut. Jumlah kaki tersebut itulah password untuk membuka file excel tu. Kalau berjaya tu, beritahu lah juga kat komen Kiss

Selamat mencuba....

Jangan risau, aku tak akan hantar file merepek2 Kiss



13 Pemberi Komen:

  1. Kak tirana dapat jawab 9618..hehehe..betul ke? Otak dah berkarat...terpaksa guna calculator..hahaha

    ReplyDelete
  2. hehehe..Naz..nak tukar jawab..kira punya kira, kak tirana dapati ada 10790 kaki (tidak termasuk kaki driver bas)..banyaknya kaki..hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Hehe jawapan sis Tirana silap sbb file excel tu tak dapat dibuka jugak +.+

    ReplyDelete
  4. apsal anak kucing ade
    4 ekor kaki??
    pelik plak ayat 2..>>

    nway ape yg ade dlm file xcel 2??

    ReplyDelete
  5. apo bondo ado dlm file excel tu?
    mklumat peribadi cik nazra kaa?
    haha

    ReplyDelete
  6. Adoi..salah ke? Dulu kak tirana dah pernah buat soalan tapi dah tak ingat jawapan dia...Rasanya dulu tu dapat jawab..ekekekeke..

    ReplyDelete
  7. Tak tahu pula apa yang ada dalam file excel tu. Sebab naz pun belum berjaya buka. Jawapan asyik silap, haha

    ReplyDelete
  8. kaki manusia = 1 jenis
    kaki kucing = 1 jenis

    ReplyDelete
  9. Aku rasa curiga pula mengenai file excel itu dan teka teki yang merapu ini +.+

    ReplyDelete
  10. okey..gue buatkan kira2 disini

    7 awek--> 14 kaki
    1 kucing betina--> ada 7 ekor anak kucing--> 28 kaki (ini tak termasuk kaki ibu)

    1 beg ada 7 kucing betina-->28*7= 196 kaki(ini tak termasuk kaki ibu)

    1 beg--> 7 kucing betina--> 7*4=28

    total kaki untuk satu beg-->196 + 28= 224 (ini tak termasuk kaki awek)

    total kaki untuk 7 beg--> 224*7 = 1568 kaki (ini tak termasuk kaki awek)

    total semua kaki dalam bas = 1568 + 14 = 1582 kaki.

    muktamad = 1582 kaki (x termasuk kaki driver)

    ReplyDelete
  11. alahai..kena tambah kira2 lagi..

    total kaki untuk satu awek --> 1568*7= 10976 (ini tak termasuk kaki awek)

    total kaki untuk untuk 7 awek --> 10976 * 7= 76832 (ini tak termasuk kaki awek)

    total kaki dlm satu bas --> 76832 + 14 = 76846 kaki

    muktamad = 76846 kaki (tak termasuk kaki driver)

    ReplyDelete
  12. haha..akhirnya gue dapat menjawab dengan betul..

    kira2nya di tunjukkan di bawah

    kiraan untuk sebuah beg

    i ekor kucing betina, ada 7 ekor anak kucing = 28 kaki (x termasuk ibu).

    total kaki untuk 7 ekor ibu = 28*7=196 (x termasuk ibu)

    total kaki untuk satu beg = 196 + 28 = 224 kaki (ni tak termasuk kaki awek)

    sorang awek bawa 7 beg,
    total kaki untuk sorang awek = 224* 7 = 1568 (ni tak termasuk kaki awek)

    ada 7 awek,
    total kaki untuk 7 awek = 1568 * 7 = 10976 (ni tak termasuk kaki awek)

    total kaki dalam bas = 10976 + 14 = 10990 kaki

    muktamad n confirm boleh access = 10990 kaki

    ReplyDelete
  13. Haha, cik tetel purple, letakkan nama anda di excel itu. jgn lupa plak antar utk org lain :P

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan