Selasa, April 07, 2009

Pilihanraya = pilih dan raya.



Apa perasaan korang pada sesuatu perkara yang pertama kali korang buat? Pertama kali korang dating? Pertama kali berjauhan daripada keluarga dan berdikari? Semuanyalah yang melibatkan kali pertama. Ini aku nak bercerita mengenai perasaan aku buat pertama kali nya aku mengundi. Ini pilihanraya umum tahun lepas. Mak aku yang memang excited nak mengundi (memang macam tu dia tiap-tiap kali pilihanraya), bersiap punyalah awal. Aku pun disuruh bersiap awal juga.

Pertama kali nak mengundi, memang best lah perasaan. Tapi satu yang tak best. Aku menggigil masa nak pangkah undi. Haha. Poyo ja. Macam nak amek final exam pula.

Baca Selanjutnya - Pilihanraya = pilih dan raya.
Isnin, April 06, 2009

Aku saksi penting!



Dulu aku dan member sekerja aku, Mas pernah mengalami kes RAGUT, petang tadi ketika aku dan member sekerja aku iaitu Fana balik ke rumah untuk rehat selama satu jam, kejadian merompak pula berlaku. Aku tak sangka siang-siang pun ada orang boleh masuk merompak. Mentang-mentang Tmn KTC 1 depan Hospital Kulim tu sunyi-sepi. Kesian member aku yang kehilangan telefon bimbit dia yang sangat penting.

Sudah la kejadian tu berlaku masa kami masuk bilik untuk bersiap nak mai pejabat untuk kerja. Aku tak perasan yang budak sorang atas motor kat depan rumah tu rupanya si perompak yang kedua. Aku sempat selak tirai kat bilik dan terlihat sorang budak lelaki. Ingatkan sesat atau sedang mencari-cari rumah orang. Rupanya...dia lah perompak kedua. Yang pertama tu lah yang masuk dalam rumah kami tu.

Kalau aku dengan Fana tak keluar lepas sudah bersiap, entah apa lagi yang bebudak tu nak angkut. Celaka sungguh!

Striaght Face

Baca Selanjutnya - Aku saksi penting!
Sabtu, April 04, 2009

Happy Meal!

Yeah
Yeay
Hooooray
Hatiku agak bergembira sekarang
kerana
esok cuti!



Baca Selanjutnya - Happy Meal!
Sabtu, April 04, 2009

Geng Bas Sekolah ke?



Sungguh pelik bila aku mimpi menaiki bas sekolah. Sepanjang persekolahan aku samada di sekolah rendah atau menengah, aku tak pernah jejakkan kaki naik bas sekolah. Ayah aku la yang jadi drebar bawa aku ke sekolah dari kecil sampai la ke sekolah menengah. Dulu keluarga aku tak sesenang seperti sekarang, jadi ayah hanya hantar aku ke sekolah dengan basikal. Bila aku belajar di sekolah menengah, keluarga aku sudah mampu untuk beli motor. Jadi ayah hantar aku ke sekolah pun dengan motor. Nampak sangat kan aku anak manja.

Berbalik kepada cerita asal, makanya aku yang tak punya pengalaman naik bas sekolah ni, tetiba di dalam mimpi naik bas sekolah, perasaan teruja tu wujud. Yang aku hairan adalah aku naik bas sekolah bertolak dari Alor Star hingga ke Bandar Bharu. Jauh sungguh. Terasa macam tak sepatutnya bas sekolah travel sejauh itu kalau di alam nyata.

Mungkin kerana tiap-tiap hari aku asyik melihat bas sekolah jiran kat rumah sewa aku yang di parking di hadapan rumah.

I dont know

Baca Selanjutnya - Geng Bas Sekolah ke?
Jumaat, April 03, 2009

Siapa rasa dia terror menjawab soalan, cepat!

Soalan menguji minda ini dibawakan oleh Nazra. Hehe.

Kalau anda terror cuba ler jawab...Tapi takda hadiah lah, huhu. Belum berkemampuan lagi. Worried

"Di dalam sebuah bas ada 7 orang awek, setiap orang awek membawa 7 beg, setiap beg mempunyai 7 ekor kucing betina, setiap ekor kucing betina mempunyai 7 ekor anak kucing. Setiap ekor kucing mempunyai 4 ekor kaki."

Soalannya, berapa kaki yang terdapat di dalam bas, ini tidak termasuk kaki driver. Soalan ini bukan kelentong, tapi pasti.

Berapa jumlah kaki yang anda dapat, sila letakkan e-mel anda untuk aku hantar file excel tersebut. Jumlah kaki tersebut itulah password untuk membuka file excel tu. Kalau berjaya tu, beritahu lah juga kat komen Kiss

Selamat mencuba....

Jangan risau, aku tak akan hantar file merepek2 Kiss



Baca Selanjutnya - Siapa rasa dia terror menjawab soalan, cepat!
Khamis, April 02, 2009

Bawang Merah Bawang Putih

Esok big bos dan bos ada di pejabat. Dalam masa 2,3 hari ni asyik ada ja staf-staf yang kena marah dengan big bos. Harap-harap aku nanti tak la kena marah dengan big bos.

Tapi bila difikirkan balik, dia tak marah aku kot. Aku kan kerja sebagai Cleaner ja. Tapi susah juga. Aku kan 'anak tiri' dalam pejabat ni. Nanti kalau aku kena marah, pasti teruk.

Ya Tuhan, selamatkanlah aku.

Umi Nazrah, jangan buat sebarang kesilapan!

 Crying

Baca Selanjutnya - Bawang Merah Bawang Putih
Khamis, April 02, 2009

Gatalkah aku atau hormon estrogen sedang berkembang?

Aku pandang cermin. Dalam sehari entah berapa kali aku pandang cermin. Kamu semua pun entah-entah dalam sehari pandang cermin sampai 100 kali. Tambah-tambah lagi kalau kamu tu hensem atau lawa. Aku yang memang tak lawa ni pun pandang cermin dalam 20 kali.

Rasa macam tak sampai 20 kali ja dalam sehari Thinking tapi tak kisahlah.

Bukan cerita mengenai cermin yang aku ingin kongsikan. Dahulu kala ketika hormon estrogen sedang mula bercambah di dalam badan (zaman muda remaja la tu), bila terlihat saja jerawat di wajah kita ni, pasti ada orang akan kata kita sedang mengalami zaman kegemilangan dengan umur kita yang akan mengundang perhatian para jantina yang berlawanan (remaja lelaki la tu). Jerawat yang muncul itu menandakan kita dalam proses mengalami kematangan. Kalau tidak pun, kita akan diusik dengan perkataan bahawa ketika tu kita memang sedang gatal. (Aku pun tak paham ayat ni. Mungkinkah jerawat itu hadir tatkala kegatalan individu itu dengan individu lain yang berlainan jantina?) smile_sarcastic

Berbalik kepada kisah aku, sejak akhir-akhir ni banyak pula jerawat yang muncul. Maka adakah aku sedang gatal sekarang atau hormon estrogen aku sedang berkembang lagi. Atau salah penggunaan krim muka. Ish susah juga jadi perempuan.

Baca Selanjutnya - Gatalkah aku atau hormon estrogen sedang berkembang?
Rabu, April 01, 2009

Mengantuk punya pasal.



Tahun 2007 lepas, aku praktikal di sebuah kilang di Bakar Arang, Sungai Petani. Sebuah kilang yang terlibat dalam manufacturing, elektronik dan juga sebagai vendor automatif. Aku diletakkan di bahagian Automatif dengan tempoh praktikal selama 2 bulan. Tugas aku hanya melibatkan bahagian ISO untuk automatif iaitu TS 16946. Dek kerana mengadap fail-fail yang bertimbun(aku la rasa bertimbun) dan agak banyak, aku mudah mengantuk.

Sampai sekarang aku masih tak percaya yang aku hanya ke tandas untuk terlelap selama 7 minit. Nasib baik lah tandas kat situ bersih dan tak berbau busuk. Kalau tak, terpaksa la aku bersengkang mata menahan rasa mengantuk tu.

Baca Selanjutnya - Mengantuk punya pasal.