Ahad, September 06, 2009

Bila bergaduh time raya

Entri ini adalah respons kepada Bergaduh time raya - nak balik mana ni?




Walaupun masih jauh lagi perjalanan untuk sambut raya tapi rasanya kalau mengenai isu nak balik kampung yang mana, mesti isu tu dah suam-suam kuku kan. Tambah-tambah lagi kalau lagi seminggu nak balik beraya, mesti ada pertandingan 1 2 Jus!! antara si suami dan si isteri. Entah-entah ada peraduan baling barangan dapur mahupun perabot yang ada kat dalam rumah tu.

Kalau ada pertandingan tu, rakyat Malaysia dah tak payah nak risau. Alat ni mampu menolong individu yang terlibat bagi membolehkan pertandingan tu ada pemenang yang mutlak.

Jadi aku dengan segala hormatnya memperkenalkan "Throwing Knife Block"


knife block kitchen gadget
Image Credit



Pasti ada pasangan suami isteri yang tertarik kan...tapi nanti jangan baling kat pasangan memasing guna pisau dah la..mati kang pasangan korang, beraya dalam lokap la korang

17 Bizarre and Wacky Kitchen Gadgets To Spice Up Your Kitchen

Baca Selanjutnya - Bila bergaduh time raya
Sabtu, September 05, 2009

Lagu Raya 2009



Alkisahnya lagu raya dah berkumandang ye tak. Baru 15 hari puasa. Aku pun semalam ada jugak lepas gian dengar mp3 lagu raya tapi sekejap saja pun. Bila lama-lama dengar, aku rasa lain macam, bosan pulak.

Tu kisah kat radio. Padahal sehari sebelum puasa, aku rasa pasaraya kat Pekan Kulim dah pasang lagu raya. Berdentum-dentum. Ish ish puasa pun belum, lagu raya dah ada.

Kalau zaman dahulu kala,

nak dengar lagu raya ja mesti kena dengar kat radio dengan TV ja. Tapi sekarang, bersepah-sepah lagu yang ada. Macam-macam jenis genre.

Sampaikan aku rasa lagu di zaman batu baru sekarang ni dah tak macam lagu raya. Kalau nak dibandingkan lagu zaman sekarang yang moden ni dengan lagu zaman dahulu kala, lagu yang evergreen zaman dulu la yang berjaya memikat hati aku untuk dengar. Mana boleh lawan lagu raya yang menusuk perasaan hingga ke kalbu..

Sama juga dengan kes lagu Merdeka. Aku lebih suka lagu Sudirman yang tiap-tiap tahun wajib untuk didengar. Patriotik aku jadinya....lagu yang baru seperti ke arah genre pop ja, dengar pun macam biasa-biasa ja rasa..
Baca Selanjutnya - Lagu Raya 2009
Jumaat, September 04, 2009

Oh Pakcik Google ku Sayang



Gambar daripada extraketchup

Siapa yang tak kenal dengan Pakcik Google kan. (Tapi lelaki kat atas tu bukan Pakcik Google pun, itu pekerja kat company Pakcik Google). Melainkan korang guna search engine yang lain.

Kalau korang rasa Pakcik Google tu sekadar suatu tempat untuk korang search Websites berdasarkan pada satu perkataan yang spesifik sahaja, korang akan terperanjat apabila dapat tau rupanya Pakcik Google boleh buat perkara lain yang lebih menarik.

Meh godek-godek Pakcik Google ni....


If you think Google is simply about searching for Websites based on specific words, you’ll be amazed at what this top search engine is capable of. Here are some nifty tips and tricks:

#Go to "Preferences" at the menu bar and change the default display to 20, 30, 50 or 100 results instead of the usual 10 so you don't need to keep clicking "Next"- just scroll down

#Whatever the topic, search and you'll find tons of related passages (highlighted in yellow!) from books. If you’re composing an email or making a presentation, you can quote from these passages - and appear smart!

#If you don't already know this fundamental technique, it's about time you did! "AND" (all caps) between search terms to return results that only contain both words; "OR" for results that contain one word or the other; while putting a search in quotes (e.g. "Gadgets, Tech, Digital Stuff") will only present ... .­results that include that exact phrase.

#Use the Google Calculator. Type in math equations or conversions in the Google search box for instant results. E.g. search Google for "50 degrees Celsius in Fahrenheit" to get the answer: 122 degrees Fahrenheit.

#Start a search for definition of words with "define: (insert word here)" and get instant results! No need to get into dictionary.com!
Baca Selanjutnya - Oh Pakcik Google ku Sayang
Khamis, September 03, 2009

Lelaki : Kenapa malas nak puasa?

Apa cerita dengan rakyat 1 Malaysia kita, orang negara lain boleh berpuasa malah melakukan perkara yang lebih baik, tapi kat sini khususnya lelaki, malas pula nak berpuasa.
Bunyinya seperti aku anti-lelaki kah?

Rata-rata yang dicekup "bersarapan" di gerai-gerai makan adalah lelaki. Bukannya takda perempuan, tapi lebih ramai lelaki yang tidak berpuasa. Termasuk dalam surat khabar Kosmo semalam.

"Semasa ditahan, seorang lelaki memberi alasan terlupa membaca niat puasa," ujar Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi, Zainul Abidin Mat Noor.


Dah la tu,
bagi alasan terlupa niat. Aduhai...

Rakyat kat Pakistan sana sanggup tak keluar berparti atau bersuka ria tetapi mereka beralih buat banyak amal ibadat.

Mungkin agak pelik bila ada lagi yang seolah-olah terjebak dengan agenda syaitan sedangkan syaitan sudah diikat dan dibelenggu sepertimana kita faham dan dengar sejak kecil lagi. Tapi adakah itu benar?



Seperti catatan di Maksiat Di Bulan Ramadan. Benarkah Syaitan Dibelenggu?"

Untuk merungkai kemusykilan ini, huraian para ulama’ perlulah dirujuk.Terdapat beberapa pandangan ulama’ yang menghuraikan makna pembelengguan syaitan ini.Ringkasnya, terdapat dua pendapat seperti berikut(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, jld.4, hlm.141-142) :

1.Pendapat pertama mengatakan, “pembelengguan syaitan pada bulanRamadhan” sebenarnya hanyalah satu kiasan. Ertinya, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu ataupun diikat. Ungkapan “syaitan dibelenggu” digunakan hanya sebagai kiasan untuk merujuk kepada makna lain. Ia sama dengan ungkapan “pemandu yang tidak beretika digantung lesennya”. Perkataan “digantung” disini hanyalah sekadar kiasan. Ia tidak membawa maknanya yang sebenar iaitu lesen diikat dengan tali, kemudian digantung pada tiang. Sebaliknya, ia adalah kiasan kepada pembatalan ke“sah”an lesen tersebut.

2.Pendapat kedua mengatakan, “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” membawa maksudnya yang asal. Iaitu, syaitan benar-benar dibelenggu dengan makna diikat atau diberkas. Ertinya, ia bukan satu kiasan.

Menurut Imam Qurtubi, beliau mengatakan “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan manusia”.


Baca Selanjutnya - Lelaki : Kenapa malas nak puasa?
Rabu, September 02, 2009

Asmawi, Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Huda, Mohd Adam Azrai

Asmawi, Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Huda

Korang mesti ingat nama-nama yang disebut itu dan masih ada lagi kanak-kanak yang mengalami nasib yang serupa. Samada hilang, diculik atau menjadi mangsa bunuh. Suatu peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia.

Pasti juga ramai dah tau mengenai kisah tragedis yang menimpa adik Mohd. Adam Azrai Rosman yang dibunuh oleh bapa saudaranya yang seorang penagih dadah. Sedang "layan" atau apa?



Seorang kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman saudara sendiri.

Kalau dulu heboh dengan kes adik Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Huda dan yang dikatakan "muncul" di Johor iaitu adik Muhamad Asmawi Jalaludin, nampaknya kes yang membabitkan kanak-kanak masih belum berakhir.

Aku rasa kalau Mawi World yang AF tu hilang, mesti ramai yang sanggup bantu membantu kan....




Apa sebenarnya yang berlaku hinggakan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa?

Tempat melempiaskan nafsu? Bukankah sudah ada lorong-lorong gelap yang sedia menanti? Pilih saja. Rasanya terdapat banyak ceruk lorong di metropolitan Malaysia. Apa lagi yang mereka inginkan?

Dendam? Lalu anak-anak harapan Malaysia itu menjadi mangsa?

Baca Selanjutnya - Asmawi, Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Huda, Mohd Adam Azrai