Blogger sudah keliru dengan title blogger..

Saya ingatkan saya seorang saja yang mengalami sindrom ni. Tapi dua tiga hari lepas, saya perasan ramai jugak yang posting mengenai kekeliruan identiti blogger. Ada yang posting entri sebegini dah lama cuma saya ja yang baru kesempatan untuk meneroka. Kalau dulunya title blogger seolah-olah

Pelangi yang muncul selepas hujan

tapi sekarang lain pulak jadinya. Bertepatan dengan pepatah

Cendawan yang muncul selepas hujan

Saya akhirnya rasa ada 3 sifat yang wajib ada pada sorang blogger;

  1. Identiti diri – Tak semestinya korang kena jadi orang popular, baru korang kena ada identiti korang yang tersendiri. Pada saya, tak kiralah samada blog korang picisan (macam blog saya) atau blog yang top hebat, korang amat sangat tak digalakkan untuk copy paste / plagiat entri blog orang lain. Melainkan korang buat credit link untuk si beliau itu. Kalau masa di zaman sekolah / universiti dulu, cikgu / pensyarah boleh la nak baling-baling buku sebab korang ciplak / plagiat karya orang lain tapi di zaman blogger sekarang ni, orang pandang jelek dan close ja terus blog korang. Yang penting idea korang, entri setulus hati minyak murni dan korang beri komen yang membina keluarga bahagia.

  2. Perasaan rendah diri – Letakkan diri korang di tempat pembaca. Blog memang menjadi tempat luahan peribadi korang tapi kalau dah sampai keluar tagline ‘blog aku, aku punya suka’, rasa lebih baik korang tak usah nak publish kan blog korang tu. Buat ja hidden daripada orang ramai. Yang penting kurangkan widget, tingkat mutu berblog.

  3. Sifat friendship – Kalau korang tak rasa nak meluaskan jaringan persahabatan alamaya dengan blogger lain, korang gantilah tempat katak kat bawah tempurung tu. Para blogger, lawatilah dan komenlah blog orang lain mengikut pilihan masing-masing. Blogger punya hak memilih…..Janganlah terikat semata-mata dengan tagline

    I Follow U, U Follow I

    Seolah-olah memaksa pulak...

    Mungkin berblog sudah hilang arahnya..

Blog Addict 2

10 comments:

  1. ramai yang keliru sebab susah nak cari identiti sendiri. untuk cari identiti sendiri, kena ambil masa dan sedar apa diri kita sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. hehehe..kak tirana tergelak sorang-sorang tengok gambar kartun tu... Aduhai..macam2 dunia blog ni ye.. Boleh gaduh2 pulak di alam maya...padahal tak kenal rupa pun.

    ReplyDelete
  3. cik belia - sebetulnya, mahu sedar diri ke tak..tu ja naz rasa :)

    cukulet - yeah zaman remaja mmg zaman mencari diri sendiri :D

    sis tirana - haha tu kalau copy paste yg takda buat link back kt source

    apiiih - ni nk kena baling ni..tp baling pe eh..laptop ke :P

    ReplyDelete
  4. sy manusia..bkn blogger..hehe
    kne buat 1 kempen ni
    kempen mencegah entri dicopy paste..blog spe copy paste entri org kte baling dgn err..err
    xtau nk bling ngn pe..haha

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah =)
    1. Plagiat meningkatkan permusuhan. Sy pernh baca entri seorng hmba Allah yg marah2 akibat entrinya diplagiat sewenang2nya. Siap letak link n nama pesalah tu lg. Kan memberi imej buruk tu
    2.X ksh nak buat entri yg ikut suka dia tp lebih baik kalau diselitkan unsur yg bermanfaat =)
    3. Haha..ramai yg bergini. Seolah2 mencari populariti pula

    ReplyDelete
  6. aku rasa bangga kalau entri aku di plagiat org lain. maknanya, aku buat entri yg bagus sampai ada org sudi memplagiat. haha.

    biar je la dia di puji. itu hak dia. biar je dia hepi dgn attitude dia tu.

    aku tak kisah. ;p

    ReplyDelete
  7. aku setuju dengan entri ni..dunia blogging dah x macam 2-3 tahun lepas..sekarang ramai orang nak blogging sebab kejarkan trafik dan duit semata2..memang tak salah, tapi kalau boleh biar dia datang seiring dengan usaha kita..jangan terlalu fokus glamer,duit,trafik semata2

    *just my 2cent*

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan