Rasanya Rakyat Malaysia Lebih Ramai Ulat Bulu Daripada Ulat Buku, Kan?

Setelah lama tak membaca majalah Mingguan Wanita, 2 malam lepas saya pinjam 12 buah majalah daripada makcik tuan punya rumah sewa. Agak janggal untuk kembali membaca majalah ini setelah lama saya tinggalkan. Dulu masa belajar kat UTHM, tiap-tiap minggu saya beli majalah ni dan ruangan yang saya paling suka semuanya mengenai motivasi diri terutamanya ruangan Dr. HM Tuah Iskandar. Sayang jugak memikirkan majalah ni yang bertimbun-timbun saya tinggalkan saja di pangsapuri dulu. Sedih mengenangkan ruangan motivasi yang berlambak-lambak ada untuk manfaat diri dan jiwa saya.

Tapi malam ni (malam entri ni ditulis tangan 15hb Jun), minda kembali meneroka diri. Betapa pentingnya membaca bahan ilmiah setelah lama nya saya tinggalkan minda tak terisi dengan motivasi. Dalam merenungi majalah Mingguan Wanita tu saya tertarik dengan ayat yang Dr. HM Tuah keluarkan iaitu peristiwa yang dialaminya di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 di PWTC. Menurut beliau, sekumpulan warga asing datang membeli buku beliau, meminta autograf dan mahu bergambar dengan beliau.

Mereka ini tentunya buruh kasar tetapi datang ke pesta buku serta dapat mengenali diri saya bermakna mereka juga adalah golongan yang gemar membaca meskipun hanya bekerja sebagai buruh kasar. Kehadiran mereka sesungguhnya membeduk kita semua. Kita yang selalu memandang rendah pada golongan ini sebenarnya jauh ketinggalan sebab kita tidak pernah dekat dengan buku, apalagi membeli dan membacanya meskipun mereka hanya sekadar buruh.

Pada saya sendiri, rasanya majalah ilmiah dan intelek jarang sangat untuk diterima dengan ‘mesranya’ oleh rakyat Malaysia. Lihat saja jumlah buku yang dibaca oleh rakyat kita.

Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002. Walaupun statistik terbaru belum dilakukan, namun profil kajian terdahulu itu masih relevan dengan situasi hari ini. Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia juga mengesahkan kajian profil membaca di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.

Rata-rata rakyat kita lebih suka untuk membeli majalah hiburan omongan artis padahal untungnya tak ke mana. Saya paling setuju kalau dikatakan majalah hiburan tak lain dan tak bukan telah menerapkan hukum wajib adanya adegan isu lurah dendam bukit yang ketara pada gambar artis. Oh lupa! Namanya pun sudah majalah hiburan omongan artis. Mungkin itu sebabnya lelaki lebih ke arah ulat bulu berbanding menjadi ulat buku? Susah juga ya ingin mencipta minda kelas pertama walaupun teknologi di Malaysia sudah hampir ke taraf negara kelas pertama.

Perancangannya nak menghadiahkan diri sebuah buku motivasi karya terbaru Dr. HM Tuah iaitu ‘Cipta Syurga Hati’ tapi sayangnya buku tu tak ada kat Popular Sg Petani. Tapi gembira dapat beli novel karya Ramlee Awang Murshid ‘9 Nyawa’ dan sebuah teen novel PTS bertajuk ‘Karipap Karipap Cinta’.

majalah

11 comments:

  1. lepas ni kita tunggu filem karipap-karipap cinta pula.

    ReplyDelete
  2. Naz, baru kejap tadi kak tirana dapat hadiah buku dari seorang kawan - you can heal your life...by louise hay. Buku yang memang kak tirana idamkan.

    ReplyDelete
  3. aku byk membaca sms dan email.




    kira membaca jugak kan??

    ReplyDelete
  4. nizam - haha filem karipap karipap cinta kalu ada mmg boleh pecah perut :D

    sis tirana - wah bestnya sis. teringin gak ada yg kasi buku kt saya :D

    min - wei tu kategori dh lain :P

    ReplyDelete
  5. salu gak baca novel ni..skang banykl baca blog jek..ehhe

    ReplyDelete
  6. salu gak baca novel ni..skang banykl baca blog jek..ehhe

    ReplyDelete
  7. biasala..skrg ni hiburan je minat..lagi2 majalah brkaitan artis yg tak da faedah lgsg..

    ReplyDelete
  8. yeay, dah abeh baca 9Nyawa. Tengah baca Cinta Sufi skg ni.. :)

    ReplyDelete
  9. baca bila ada masa free...masalahnya masa free saya tak berapa free huhuhu

    ReplyDelete
  10. erkk..sy sbg lelaki pon malas gak la nak baca2 buku ni. hehe...
    tapi disebut membaca tak semestinya kat buku je kan..dgn teknologi skrg ni blogging pon bleh dikira membaca (tp kdg2 blogger guna term tak brape nak tepat).hehe..

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan