Seorang Emak Akan Tetap Setia Menunggu Anaknya..

Saya rasa sudah 2 jam rasanya seorang emak kat luar tempat kerja saya ni menunggu anaknya. Takda pulak makcik ni hiraukan awan gelap yang semakin lama semakin mengganas di langit. Memang bila-bila masa ja hujan boleh turun.
Tapi makcik ni tetap tunggu anaknya kat motosikal dia. Dah la riak muka dia pun takda sebarang reaksi tension atau pun marah. Rasanya kalau anak yang menunggu emak, mesti anak tu dah marah-marah kan...

Hampir 5 minit sebelum hujan turun, makcik dah beredar. Harapnya dia sempat ambil anak dia sebelum kedua-duanya basah.
makcik menunggu anaknya

0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan