Bukan Cerita Kedai Kopi...

Eh tidak. Ini bukan lagu Cerita Kedai Kopi oleh Encik Altimet

Sila klik Play bagi sesiapa yang belum tau mengenai lagu Encik Altimet ini. Rasanya semua orang dah tau..



Entri saya juga bukan pasal melepak di kedai kopi karya Mohd Hafizuddin.

Tapi entri saya kali ini adalah mengenai cara-cara nak buat kopi kampung. Nak tau? Macam ni lah cara-caranya.


1 : Pada mana-mana yang tak kenal biji kopi, sila lihat dengan menggunakan kanta pembesar. Itu biji kopi kampung. Asli gitu..hehe

2 : Kopi mestilah dibasuh dengan air bersih dan dikeringkan sebelum digoreng.

3 : Ni orang Kedah panggil "tungku tiga" yang kegunaannya nanti untuk menggoreng biji kopi.

4 : Campaklah biji kopi kat dalam belanga besar. Goreng sampai kering air.....

5 : Masukkan gula kasar mengikut sukatan biji kopi. 100gram biji kopi, 100gram gula kasar.

6 : Masukkan gula merah. 100gram biji kopi, 50gram gula merah.

7 : Goreng sampai biji kopi nampak macam melekat-lekat cantum dengan gula.

8. Ini lah hasilnya. Lepas ni kena p bawak ke kedai, mesin sampai jadi halus dan hancur. Baru boleh diminum. Kopi kampung asli..hehe..
*Susahnya nak buat tutorial makanan macam ni......Terima kasih kepada Pn. Siti Aminah merangkap emak saya ^___^

Mangai...takda gambar yang kluar...

8 comments:

  1. pos kt melaka kopi kampung tu..
    nmpk pekat dan melekat..hehe

    ReplyDelete
  2. Perghh.. Memang best kalau kopi buat sendiri ni :D

    ReplyDelete
  3. kak, mak sedara aku buat pesyen lain sket. dia masak dlu gula dgn gula merah. dah sebati campuran td, baru masukkan bijik kopi yg dah di goreng.

    bijik kopi tu kena jemur bg kering kaw2.

    sekian, pengerusi laksa kedah corporation. hehe.

    ReplyDelete
  4. mcm best je buat kopi ni..kalau buat ilo cmne pulak ye??hehe

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.

    Saya amat tetarik dengan gambar dan Cerita Kedai Kopi.
    So bolehkah saya dapatkan no phone untuk menanya detail 
    cara-cara memasak kopi. Heheheeee.
    Atau mungkin awak boleh sms saya di talian 019-3932209.
    Terima kasih seandainya sudi berkongsi penggalaman.

    wassalam.

    Din KL

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan