Leh caya ke pada Deja Vu?

Deja Vu menurut Wikipedia adalah suatu perasaan pasti terhadap keadaan atau pengalaman yang pada pendapat individu tersebut dia telah menyaksikan atau mengalami satu situasi baru sebelumnya (seorang individu rasa seolah-olah satu acara telah pun berlaku atau telah berlaku dalam baru-baru ini lepas), padahal keadaan tersebut tidak berlaku atau belum lagi berlaku.

Saya tau mungkin ada sesetengah yang menganggap Deja Vu ni tak relevan. Mungkin ada yang kata Deja Vu boleh dikaitkan dengan mimpi. Atau pun mungkin jua kerana ketika kita tidur, roh kita keluar daripada jasad kita pergi ke sesuatu tempat yang kemudiannya di masa depan, secara kebetulan, kita ke tempat tersebut.

Apapun pendapat yang ada, saya merasakan seolah-olah ianya suatu petanda. Mungkin petanda yang membawa kebaikan yang ketika itu kita tak dapat nak faham apakah maksud yang tersirat di sebalik visual yang datang kepada kita.

Saya pernah mengalami keadaan separa sedar (mungkin juga saya bermimpi, tak tau yang mana satu lebih sesuai) mengenai keadaan orang ramai sedang menangkap ikan di hulu sungai. Selepas seketika lamanya, saya ditawarkan kerja di Lubuk Kabu, Seberang Titi, Kuala Pegang, Baling ini baru saya perasan di portal tempat saya kerja ada mempunyai penjelasan mengenai asal usul nama tempat ini.

Asal usul Seberang Titi diperolehi kerana kedudukan kampung tersebut berada di seberang titi atau jambatan yang menyambungkan kampung tersebut dengan Pekan Kuala Pegang. Kampung Seberang Titi juga dikenali sebagai Kampung Lubok Kabu. Mengikut sejarah orang kampung, nama Lubok Kabu diberi sempena sebatang pokok kabu yang telah tumbang di dalam lubok atau sungai. Pokok kabu tersebut mempunyai diameter yang sangat besar dan telah menjadi tempat orang-orang kampung menangkap ikan.

Ini yang saya jumpa bila saya cari mengenai kejadian Deja Vu kat Malaysia.

'Deja vu' accidents on Sentul Link


KUALA LUMPUR: Traffic policemen who returned to the scene to investigate an accident that occurred yesterday afternoon got involved in a similar accident there. In the first incident at 7.30am, a Proton Saga driven by a 45-year-old man was said to have broken down in the middle of a winding stretch along the Sentul Link highway.


Later in the day, Rizal said, the officer investigating the accident headed for the scene in the patrol car to take photographs. He was slowing down on the Sentul Link in the direction of Jalan Mahameru about 2.30pm when a motorcyclist on a Honda EX5 hit the police car from behind.

Walau apa pun yang terjadi, kesemuanya kuasa Yang Maha Esa. Itu yang pasti...

5 comments:

  1. kadang rasa pelik pulak bila ada feel deja vu ni.. rasa semacam je..

    ada satu lagi istilah untuk fenomena berlawanan iaitu vu jade~

    ReplyDelete
  2. penah jgk terasa deja vu..blh percaye ker??Errrmmmm

    ReplyDelete
  3. salam nazra...

    saya rasa pernah juga mengalami dejavu...

    laluan ke kampung sebelah kampung saya dipenuhi oleh hutan dan sawit serta getah. masa itu saya dan keluarga menaiki bas mahu ke bandar(mahu ke KL). saya ternampak stadium paroi di situ. lalu saya terfikir nanti senanglah nak tengok bola sepak. bila balik dari KL lalu kwsan yang sama tetapi stadium itu xada.

    sampai sekarang teringat-ingat lagi! yang pasti stadium paroi sudah tentulah di paroi bukan di kawasan hutan jauh dari bandar! haih!

    ReplyDelete
  4. saya pernah... tapi saya rasa itu perkara biasa... bila ia berlaku kita akan cakap..

    Deja vu...

    sedapkan bunyinya.. ahaha

    ReplyDelete
  5. boleh meremang bulu roma kalau cerita pasal dejavu ni..huuu

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan