Jalur Lebar dan masyarakat pedalaman.

Semalam genap sebulan saya bekerja di Pusat Jalur Lebar Komuniti merangkap cyber cafe penuh peraturan; kata bebudak yang mai guna internet kat sini. Apa nak buat adik-adik, kalau tak dilaksanakan sangat peraturan, makan gaji buta lah pulak akak korang sorang ni.

Selama sebulan saya kerja dalam bidang ni, saya rasa penduduk pedalaman ni amat susah untuk mendekati bidang internet dan serba sedikit mengenai teknologi. Mungkin cara pendekatan yang saya gunakan untuk pendedahan mengenai internet apatah lagi jalur lebar yang bagi mereka sangatlah asing. Jangankan kata kelas untuk belajar Word, Excel mahu pun Power Point, saya suruh isi borang kaji selidik untuk mengetahui samada mereka berminat untuk mengetahui mengenai jalur lebar pun agak susah.

Saya bukan bermaksud nak menjatuhkan air muka penduduk pedalaman. Saya sendiri berasal dari pedalaman. Cuma bezanya zaman saya dulu, internet dan komputer ni sangatlah asing sekali. Sekarang amat mudah nak dapatkan komputer dan internet apatah lagi laptop. Sayangnya kalau ada kemudahan tapi tak ramai yang nak mencuba malahan untuk mendekati pun payah sekali. Tapi penduduk kat sini, nak kata pedalaman pun macam tak layak ja. Ya lah, Kuala Pegang dekat ja dengan bandaraya Baling.

Apapun saya akan terus mencuba kerana kerjaya ini yang boleh buat saya tweeting dan blogging serta tak lupa facebooking adalah kerjaya yang saya dapat setelah 5 bulan mengganggur. Tak nak lepaskan peluang yang saya dapat sekarang. Gambate ne Umi Nazrah!

pakcik berbasikal 3

Gambar diambil daripada Phalinn Oii sebelum diedit.

10 comments:

  1. sya nak belajar gak..org kuala pegang sibuk dengan bendang kot..

    ReplyDelete
  2. boleh sy jawab soklan kaji selidik tuu..? plss.. :D

    ReplyDelete
  3. salam,
    1st time singgah ni..

    Kirenye mmg benarlah bagai dikate..jurang celik IT sungguh besar..

    teruskan berjuang yer..

    ReplyDelete
  4. aku tak sure tempat aku ada ka tak? if tak de, aku nk mintak kerajaan pusat tlg provide kt tmpt aku. yela, aku kan org pedalaman. untungnya aku berpeluang utk belajar lebih dr mereka2 yg masih menetap d kg.


    jurang antara rural dgn urban area makin ketara, in term of technology, education, ekonomi, sosial, bla bla bla.

    alamak, macam esei plk. mintak maaf ye kak.

    ReplyDelete
  5. pusat jalur lebar ni mcm mane ye.?..penah dgr tp x tau cmne operasinye..

    ReplyDelete
  6. sesekali bila balik kampung singgah jugak di cyber cafe kat kampung...budak2 ramai,tapi semuanya main game dan layan video aje...adoilah huhu

    ReplyDelete
  7. Kat pedalaman ni mmg susah ckit nak suh org guna internet. Diorang x alert tau apakah gunanya internet sebenar selain drpd main game, isi borang dan dapatkan info...

    Lgpun internet bg orang kampung x penting sgt. Mgkn environment di kg tak didedahkan sgt dgn kepentingan teknologi maklumat ni..

    ReplyDelete
  8. o0o. patut la naz sudah tiba2 hilang suatu ketika dahulu

    ReplyDelete
  9. wahhh..bagusnya semangat cik Nazra..
    tak putus asa walaupun keja kat pedalaman..hehe ye la kan bleh online sambil bekerja..sape xnak..=p
    gud luck on your work ye.. :)

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan