ibu di bulan puasa

Para ibu semestinya adalah insan yang paling sibuk di bulan Ramadhan ini dengan aktiviti mereka memasak, mengemas, membasuh pakaian anak-anak dan suami mereka. Para ibu juga harus bangun awal untuk memasak makanan sahur atau untuk menghangatkan makanan tersebut. Pernahkah kita terfikir,dari manakah para ibu ini mendapat tenaga yang luar biasa untuk melakukan semua aktiviti-aktiviti mereka tanpa mengira penat? Sudahlah bangun awal, kemudian menghidangkan makanan untuk seisi keluarga, mengemas rumah, memasak untuk berbuka puasa. Pastinya ini adalah rutin harian buat suri rumah sepenuh masa. Pada kaum ibu yang bekerja, pasti terasa penat jua. Dua hari yang lepas daku sempat menolong ibu di rumah pada bulan Ramadhan ini. Betapa kuatnya semangat ibu menyediakan juadah berbuka tanpa mengira penat. Padahal sudah banyak perkara kami lakukan tapi daku yang remaja dewasa ini pula yang lebih-lebih terasa penatnya. Sedangkan daku melihat ibu begitu tenang melakukan aktiviti memasaknya itu. Terdetik di hati betapa kasihnya seorang ibu terhadap anak-anaknya dan cinta seorang ibu terhadap suaminya...



5 comments:

  1. Syurga terletak di telapak kaki ibu. Selamat berpuasa ya =)

    ReplyDelete
  2. betul2...dari dulu sampai sekarang rase kagum dekat ibu tak pernah hilang time ramadhan nih...

    puasa + masak berbuka + bangun awal + prepare sahur + TAK PERNAH MNGELUH..

    kuat betul semangat ibu2 nih kan..? hurmmm...

    ReplyDelete
  3. bolan pose mcm ni rindu masakan ibu.. tahun ni macam sde peluang nk bebuka sesama.. balik kg malam raya....huhu!!

    ReplyDelete
  4. itu lah. semangat mereka mmg mmbanggakan. apakah nnti bila kita, kaum perempuan mnjadi para ibu, semangat kita juga akn sama sperti mereka...

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan