Saya pada hari ini

Saya mendapati rupanya terdapat begitu banyak cairan-cairan di dalam bahagian atas saya iaitu kepala saya yang dilindungi dengan perisai keras iaitu tengkorak. Cairan fungus yang keluar umpama air paip tersimbah mencurah daripada kepala paip getah yang menggantikan kepala paip besi sejak berkurun yang lalu. Sejak itu, sudah berbelas bekas tisu muka telah dihabiskan oleh saya. Saya ada juga memikirkan adakah ini akan menyumbangkan kepada peningkatan penebangan pokok-pokok pulpa untuk dijadikan tisu muka. Ataupun saya telah menyumbangkan suatu industri itu sendiri, iaitu industri penggunaan semula kertas-kertas terbuang untuk dijadikan tisu muka yang baunya mengikut taburan normal jenama akan meningkat kadar ketengitan tisu itu dan ini turut mempengaruhi kadar tekstur permukaan tisu tersebut yang akan semakin menghakis sel-sel permukaan hidung saya. Puas sudah difikirkan dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk turut jua mengeluarkan cairan-cairan putih jernih di dalam seleblum dan serebrum ke atas tisu muka yang lembut, kasar, wangi ataupun sebaliknya. Ini lebih baik daripada cairan-cairan tersebut mengalami graviti dan menurun bukit daripada hidung saya.

Dan inilah rupa virus selsema tersebut. Sekali pandang umpama sebijik kelapa yang berserabut bahagian urat-urat diluarnya namun air kelapa sangat manis diminum pada waktu panas.




3 comments:

  1. huhu~ geli pulak tgk virus2 ni :P

    ReplyDelete
  2. haha, lg geli yg mnghidapi itu skarang. trpaksa lah sabar mnempuh dugaan =]

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan