Geng Bas Sekolah ke?



Sungguh pelik bila aku mimpi menaiki bas sekolah. Sepanjang persekolahan aku samada di sekolah rendah atau menengah, aku tak pernah jejakkan kaki naik bas sekolah. Ayah aku la yang jadi drebar bawa aku ke sekolah dari kecil sampai la ke sekolah menengah. Dulu keluarga aku tak sesenang seperti sekarang, jadi ayah hanya hantar aku ke sekolah dengan basikal. Bila aku belajar di sekolah menengah, keluarga aku sudah mampu untuk beli motor. Jadi ayah hantar aku ke sekolah pun dengan motor. Nampak sangat kan aku anak manja.

Berbalik kepada cerita asal, makanya aku yang tak punya pengalaman naik bas sekolah ni, tetiba di dalam mimpi naik bas sekolah, perasaan teruja tu wujud. Yang aku hairan adalah aku naik bas sekolah bertolak dari Alor Star hingga ke Bandar Bharu. Jauh sungguh. Terasa macam tak sepatutnya bas sekolah travel sejauh itu kalau di alam nyata.

Mungkin kerana tiap-tiap hari aku asyik melihat bas sekolah jiran kat rumah sewa aku yang di parking di hadapan rumah.

I dont know

8 comments:

  1. kira ok ayah ko nak hantar gi sekolah dlu.. dia cakap " bz la.. gi sekolah naik bas je la".

    ReplyDelete
  2. Naz dok dekat ja ngan sekolah, dlm 1.5km :P

    ReplyDelete
  3. ko bakal jadi pemandu bas kot? ;p

    ReplyDelete
  4. Orait jgk kan, kena g amek lesen bas lak ni +.+

    ReplyDelete
  5. tkda yg pelik dlm hdup...apa tah lagi dlm mimpi

    ReplyDelete
  6. Salam.. ater semalam bagi entry tntg bas, dapat la mimpi naik bas sekolah :)

    ReplyDelete
  7. hi, just drop by.
    Ok la ayah sanggup hantar gi sekolah.
    You are soo lucky...

    ReplyDelete
  8. a.b geldofg - yeah!

    zaidon - wsalam, tu lah mgkin sbb tringin nk naik bas :P

    kimi - lucky kah?

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan