Kenapa Sistem Murid Sekolah Kebangsaan Tak Teratur?

Gambar di ambil dari omaQ.org » 2009 » October » 07

Saya ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan untuk urusan kerja yang memerlukan saya mencari senarai nama pelajar yang tergolong dalam golongan anak yatim, OKU, miskin tegar. Tiada masalah untuk urusan ini di Sekolah Menengah kerana mereka mempunyai Sistem Maklumat Murid yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Urusan jadi mudah dan saya menunggu kira-kira 30minit yang saya rasa amat berbaloi dengan hasil yang saya dapat. Terima kasih, cikgu.

Yang saya hairan, Sekolah Kebangsaan menggunakan kaedah manual di mana fail yang saya nak berada di bangunan lain. Bukankah sepatutnya Kementerian Pelajaran melaksanakan perisian Sistem Maklumat Murid seperti ini di Sekolah Kebangsaan jugak? Atau Sekolah Kebangsaan di tempat lain menggunakan perisian ini tapi bukan di sini?

info : Sistem Maklumat Murid Berkomputer

6 comments:

  1. eh, rasanya sek keb pun guna sistem kom gak.

    ReplyDelete
  2. ye mmg sgt hairan. sbb pengasas software ni cikgu Sek. Keb. jugak..

    ReplyDelete
  3. mungkin itu bukan kawasan BN..so, xde budget dari kementrian utk sekolah tu..hahahaha

    ReplyDelete
  4. nak kena selaras balik tu...rugi tak gunakan kemudahan ICT yg dah ada sekarang ni..

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan