Liga Remaja Kreatif

Jangan ingat pada Liga Inggeris ja tau. Mentang-mentang lah sekarang musim bola sepak yang sedang meletup, asyik bola aja. Makan bola, minum bola, tengok bola, mimpi bola, dating bola. Ini kisah liga yang lain daripada yang lain.

Tapi kali ni saya nak bercerita mengenai liga yang melibatkan remaja dan sedikit idea yang kreatif. Maka hasillah Liga Remaja Kreatif. Pertandingan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Memetik dari laman web SKMM, pertandingan ini

Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut: 1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan 2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan 3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan

Durasi Penyertaan : 3-7 Minit Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010 Tarikh Tutup Penyertaan : 1 Ogos 2010

Senarai hadiah yang diberikan memang sangatlah lumayan. Tengoklah jumlahnya..

Peringkat Negeri Hadiah tempat pertama: RM3000 Hadiah tempat kedua: RM2000 Hadiah tempat ketiga: RM1000 Hadiah saguhati : RM500 x 7.

Peringkat Kebangsaan Hadiah tempat pertama: RM5000 Hadiah tempat kedua: RM3000 Hadiah tempat ketiga: RM2000

Liga-Remaja-Kreatif

7 comments:

  1. bile nak buat peringkat u plak?
    haiishhh

    ReplyDelete
  2. emm..bdk skolah je..
    xnk ajk blogger2 ke..haha

    ReplyDelete
  3. aku remaja skolah lg, boleh ler aku join... yihuuuuuuuu...

    ReplyDelete
  4. lol..skolah menengah je? :(

    ReplyDelete
  5. haha..semua frust yer..sbb terbuka utk pelajar sek. men. ja..kena sruh SKMM luaskan skop penyertaan kan?

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan