Lelaki berpayung, Perempuan berbaju hujan

Dulu Eida pernah buat entri mengenai Lelaki berpayung ini diblognya. Aku tak kisah sangat bila lelaki gunakan payung. Normal la tu. Seperti mana sekarang dah ramai lelaki yang pakai t-shirt berwarna pink. Bagi aku, tu boleh diterima selagi warna pink yang dipakai tu adalah warna pink lembut. Sangat maskulin.

Ok, itu kisah lelaki dan payung. Macam mana pula dengan kisah perempuan dan baju hujan? Korang pernah tau yang ada sesetengah perempuan ni rela basah masa diaorang naik motosikal daripada diaorang kena pakai baju hujan? Jadi mana satu yang pelik?

Aku rasa heran jugak. Dah dicipta baju hujan untuk kesenangan bersama, sepatutnya gunakanlah. Memang la warna baju hujan yang kuning tu agak menarik perhatian ala-ala kostum DiGi tapi itu lebih baik daripada basah teruk. Takkan nak lepak lama-lama bawah jambatan.

Lain la kalau ada kereta, memang tak payah nak risau pasal basah-basah kena air hujan ni.

21 Pemberi Komen:

  1. perempuan tak suka pakai hujan eh? x tahu la plak.. takde la pelik pun kalau perempuan nak pakai baju hujan..

    ReplyDelete
  2. bro jgn kate payung...baju hujan pun x?? selalu redah je nk g kat kereta

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  3. Aku suka hujan-hujan rasanya segar dan nikmat, maklum masa kecil selalu dilarang hujan-hujan ketika teman kecil saya bermain menikmati hujan!

    ReplyDelete
  4. isk2.. kalau pakai baju putih kena ujan camne la ek.. hehe..

    ReplyDelete
  5. hehe mase skola2 dlu nek beskal g skola, pakai baju hujan mcm comel je :P

    ReplyDelete
  6. haha
    aku penah pakai payung
    tetapi kaler biru bukan pink
    tu pun ada manusia bodoh gelakkan dan kutuk2 aku
    aku nak pergi kuliah xkan nak basah2 kut
    pastu xkan nak demam kan
    orang cipta payung untuk guna waktu hujan

    ReplyDelete
  7. Perempuan dgn baju hujan agak x ngamlah. Payung lebih sesuai..

    Mngkn pandangan masyrakat kita kot. Kat negara lain mngkn berbeza.

    ReplyDelete
  8. saiz dan kesusah nak bawa baju ujan tu pon faktor sebab xpopular

    ReplyDelete
  9. maybe kebanyakannya berbaju kurung bila nak pakai baju hujan jadi leceh...

    ReplyDelete
  10. kalau i pakai jer payung. nk wat per kisah psl aper org lain nk fikir. xkan nk sanggup basah lenjun semata2 xnk diketawakan. bodo namanyer tuh. janji rambut (yg distyle kan hampir 1/2 jam) dan baju kesygn i xbasah. haha.

    sian kengkadang wkt drivin tgh hujan tgk bikers terpaksa teduh bwh jambatan.

    p/s: payung i kaler itam. br jantan. haha. siap pack dlm bag pi kolej lg. sediakan payung sblm hujan. ;P

    ReplyDelete
  11. xde payung, xde baju hujan..main redah je...=)

    ReplyDelete
  12. hoho yeke?a`ah la x ramai girl pakai bju hujan

    ReplyDelete
  13. Hmmm pompuan tak suka baju hujan ek..
    bahaya tuh..kena pakai..

    tapi suka gak tengok bila pompuan kena hujan pakai t-shirt putih..haha..

    ReplyDelete
  14. Pink utk laki yg berkulit cerah ok laa.... klu kulit gelap, mmg tak sesuwaiiiiiii! Hmmm, baju ujan klu naik motor mmg akan rasa nak terbang kebelakang angkara libasan angin. Kesimpulan, cariklah baju hujan mahal yg fitted ghitu :)

    ReplyDelete
  15. tak terpk nak beli baju hujan.selalu terpk nak beli payung aje. betul jugak ek? hoho! satu idea baru. fakta baru. hoho.

    ReplyDelete
  16. selalu pakai baju hujan yg hoodie tu. klau pakai payung pun, time jalan dgn pompuan je. =D

    ReplyDelete
  17. pink = maskulin?

    ohh, dunia zaman skang.

    aku pon taknah dgr org pompuan tak suke baju hujan. tapi aku mmg pnah dgr yg dorang suke basah. erk...

    utk si pembawak motor, aku memahami kalo rase cam nyampah nak pakai baju hujan. ye laa. 1st thing nak kene pasang box dulu utk simpan baju. kalo simpan kat raga mmg penuh laa. pastu mcm2 lagi laa kelecehan yg lain. agak2 kalo dah dpt sorok henset ngan dompet kat bawah seat moto (mcm moto aku) time tu dah tak kisah dah kalo nak redah hujan kot.

    tapi aku laki, bukan pompuan. cam mana tu?

    ReplyDelete
  18. eh..betul ke perempuan tak suka pakai baju hujan..?

    bahaya ni..melekap2 bagai tu

    ReplyDelete
  19. Biasa la zmn dh trbalik ni...pompuan nk jd llaki...llaki nk jd pompuan..

    ReplyDelete
  20. Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
    Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan