Sup kulat sisir yang sedap.

Sejuk betul hari ini. Hujan turun dari awal pagi lagi. Bangun tadi pun terasa malas. Kalau lah aku ni CEO tak apa lah nak bermalas-malasan lagi di atas katil. Ini aku orang biasa, kena lah masuk kerja pada waktunya. Teringat pula, kalau di kampung lepas hujan yang sejuk macam ni, mesti orang kampung dan pasti terutamanya ayah aku akan masuk kat dalam kebun getah belakang rumah cari kulat sisir. Tapi kat kampung aku, kulat ni dipanggil kulat ton. Aku pun tak pasti kenapa kulat tu dipanggil kulat ton tapi memang dari kecik, aku pun panggil nama kulat tu, kulat ton. Kalau sebut kulat sisir kat kampung aku, aku rasa mesti tak ada siapa kat sana yang faham.

kulat sisir

Kulat ni bila ayah bawa balik, mak akan bersihkan kemudian akan dibuat sup dan dicampur dengan daging, memang sangat sedap. Selain dapat memanaskan badan di waktu hujan ni, sangat sedap dimakan dihirup begitu saja. Aduh, rindunya nak hirup sup ni sambil menghayati air hujan yang turun kat luar pintu dapur.

Smile


View My House in a larger map

13 Pemberi Komen:

  1. eii..

    beshnye..

    em...

    sonok sgt ratah sup cendawan..

    hurm...

    rndu nk balik ):

    ReplyDelete
  2. Hari ni kak tirana masak mihun sup utara tapi tak letak kulat la pulak..hehehe..

    ReplyDelete
  3. cm bes je..ade resepi tak??hehe..aku plak mintak resepi ngan ko..jgn suh gugel dah..huuu

    ReplyDelete
  4. hehe.kat sini pon sejuk.
    air-cond kuat sgt. :D ngeh3~
    mungkin cik ton yg bagi name x? kih3~

    ReplyDelete
  5. bleh makan ke tu? hehe
    nmpk brkhsiat..haha

    ReplyDelete
  6. err, aku tak mkn mushroom arr. so tak dpt nak merasa efek terliur tu.

    keh keh keh...

    ReplyDelete
  7. tol kan, paling berselera makan masakan yang kita biasa makan masa kita kecik-kecik dulu, tentunya yg mak kita masak. ni pun boleh buat petua bagi yg dah berumahtangga, belajar la masakan mak suami, pasti suami anda sentiasa berselera dan mengharapkan isterinya selalu masak untuknya.

    ReplyDelete
  8. so you're not a CEO eh? why not become one in due course, it takes just some planning, some effort, some ingenuity, some luck & divine help...anybody can be a CEO & so can you...if you really want to be one!

    ReplyDelete
  9. Kulat ni nampak cam cendawan je.. Samakan?

    ReplyDelete
  10. nak makan ani sup utara.

    (tade kene mengena) :P

    ReplyDelete
  11. masih teringat kisah sup tulang yang dah dimakan....sedih...

    ReplyDelete
  12. wah.... meleleh air liur ku... owh... fresh dari ladang...

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan