Korang reti ke masak kulat sisir?

Kebanyakan blogger akan letak gambar apa yang diaorang makan. Hari ni aku makan..bla..bla..bla..Aku dulu pun ada letak jugak gambar apa yg aku makan. Sekarang aku rasa entri dulu-dulu tak membawa satu makna yang tepat pada blog aku ni. Kebanyakan entri aku dulu pasal makanan makanan makan makanan makanan. Tak habis-habis dengan makan dan makanan. Terbukti aku ni memang suka makan dan suka akan makanan.

Tapi apa yang akan aku tunjuk ni, mesti korang tak pernah masak atau makan. Aku pun tak suka sangat nak masak menu ni cuma aku suka makan ja. Nak masak malas. Aku pernah publish kan entri pasal Kulat Sisir kan? Sebenarnya tajuk yang aku tulis tu silap. Kulat sisir tu bukan dibuat sup sebaliknya digoreng kunyit. Korang ingat daging ja yang boleh dibuat goreng kunyit..

Tajuk entri tu silap sebab aku dah tertukar menu. Sepatutnya kulat lain yang dibuat sup. Kalau orang utara, kulat tu dipanggil kulat ton. Jangan tanya aku nama baku bahasa 1Malaysia dia, aku tak tau.

Berbalik kepada resepi kulat sisir goreng kunyi tu, mesti korang tak pernah menu ni. Jadi meh aku tunjukkan cara-cara nak membuatnya. Tapi maafla gambar kulat sisir yang original tak sempat nak ambil sebab excited sangat nak makan kulat sisir goreng kunyit ni.

DSC01806 DSC01808 DSC01807 DSC01809 DSC01810

Korang faham la kot ye cara-cara nak menghasilkan kulat sisir goreng kunyit tu. Senang ja. Lelaki pemalas pun boleh buat...lalalala

Kulat sisir satu ja yang aku malas, masa nak asingkan bendasing dan kulat sisir. Kulat sisir ni kebanyakkannya dijumpai di batang pokok getah yang dah ala-ala reput macam tu. Jadi kena la asingkan bendasing seperti pasir, kulit pokok dan sebagainya. Bahagian tu ja yang aku malas. Kalau bahagian makan, aku rajin la. Eleh korang pun sama jugak kan......

17 Pemberi Komen:

  1. ooo...
    kulat tu boleh makan yer?
    igtkan takleh..
    hahahaha...
    tak berkulat ker perut nanti?

    ReplyDelete
  2. cedAp keP. . . Aaie~. . .xpenA mAmam . .ingAt An kulat nEh cpEsis ikAn jAws. .wAwAwa~

    ReplyDelete
  3. Naz..kak tirana ni suka cuba resepi tapi tak pernah lagi masak kulat sisir..hehehe

    ReplyDelete
  4. Hmm, sy x biasa sgt makan kulat. Tp kalau dicampur dgn daging or ayam tu dptlah sy makan.

    Hmm, buat gravy kulat sisir mcm sedap ja..

    ReplyDelete
  5. bro suke if buat mask lemak cili api he..23x erm terangkat sih

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  6. klo tambah telur sebiji masa goreng tu lg sedap.. hoho

    ReplyDelete
  7. tak pernah dengar pun..makan pun tak pernah...

    ReplyDelete
  8. xsusah pun nak masak dia tapi memang leceh nak bersihkan dia
    haha

    ReplyDelete
  9. nak sikit.. haha.. makan kulat best jugak..

    ReplyDelete
  10. selalu je makan ni benda camni dlu, ibu masak lemak dgn benda ni.skunk dah jrg.eheh.msk sndri je =D

    ReplyDelete
  11. errrr..tak pena mkn pon kulat ne..huhu...nmpk cmbes je..=)

    ReplyDelete
  12. aku tao aku penah makan. sedap duk!. nak sikit!. da tayang makan sensorang. giler jahat.. tapi yg pasti aku malas nak masak.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Sedap plak bunyinya.Tapi memang tak pernah masak kulat sisir ni.Zaman2 bujang dulu pernah gak makan mak masakkan.hehe.dulu2 je la biasa.Sekarang tak biasa sbb tak reti masak kot...hehe

    ReplyDelete
  14. fav i tuh. hehe. nmpk cam kulat tp actually satu family ngan cendawan. not harm to take. ishh.. teringin plak nk mkn lg. kat tmpt i ssh nk jmp tp kengkdg kat pasaraya ader jual. ;)

    ReplyDelete
  15. ni lah makanan kegemaranku...waktu kecik2 dulu mak slalu masak..sedapppppp...

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan