I like the blog owner instead.

Sesetengah orang mempunyai perilaku mahu pun pemikiran yang kadang-kadang kita fikir sangat mustahil untuk wujud tapi ia ada wujud pada diri orang tersebut. Pernahkah korang terserempak atau pun terjumpa dengan individu yang hanya hang out, memberi komen dan segalanya dengan penuh minat di blog tu hanya kerana meminati tuan punya blog?

Kalau ada wujud, tak sangka minda cetek masih ada pada rakyat 1 Malaysia. Hanya semata-mata kerana minat, suka dan sebagainya pada seseorang, lain pula yang jadinya. Entah-entah ada yang sanggup berusaha nak dapatkan blogger tu.

Pada Naz, apa yang boleh disukai hanyalah tulisan seseorang blogger, cara penyampaian isinya dengan idea yang tersendiri dan bagaimana dia menghargai pembaca, stalker mahu pun pelawat blognya. Itu baru boleh disukai. Tapi itu bukan syarat untuk menyukai tuan punya blog. Tapi lagi kalau sudah jodoh, itu kuasa Yang Maha Esa. Boleh jemput para blogger Malaysia ke kenduri kahwin. Meriah suasana kenduri kahwin nanti, huhuhu...

Blog - Tempat untuk mendapatkan pujian mahu pun cacian.



Haha rasa macam tak boleh blah pulak slogan yang aku buat tu.

7 comments:

  1. salaam sdr nazra,

    seorang pujangga bermadah:
    Aku melalui tembok-tembok bandar Laila,
    Aku mencium tembok ini dan mencium tembok itu,
    Bukan cinta bandar itu yang mengasyikkan hatiku,
    Tetapi cinta si dia yang mendiami di bandar itu.

    Prinsip cinta ialah, sesiapa yang dicintai, maka rumahnya, dinding-dindingnya, halamannya, tamannya, haiwan peliharaannya, malah blog dan tweetsnya pun turut dicintai.

    Pada pandangan saya, nazra mempunyai wajah yang 'terbuka'. maksudnya, apa yang ada dihati, terpancar di wajah anda. saya melihat nur Illahi pada wajah anda dan kerana itu juga saya merasa kasih dan sayang terhadap anda. aneh tapi inilah kali pertama saya menziarahi blog anda dan pertama kali saya melihat wajah anda.

    kepada siapa yang anda tujukan penulisan anda kali ini, mungkin dia juga merasakan perasaan yang sama seperti saya rasakan.

    mudah2an diizinkan Allah kita dapat bertemu, dan kalau ada rezeki, sudilah apa kiranya dapat saya jadikan anda sebagai... menantu saya :))

    salaam

    ReplyDelete
  2. Haa...kak tirana tak pernah terfikir pulak, orang-orang yang bagi komen kat blog kak tirana tu suka apa? Suka pada kak tirana atau suka pada tulisan kak tirana atau suka pada layout blog... Anyway kak tirana berterimakasih kepada semua yang mengunjungi blog kak tirana tak kiralah apa yang dia suka sekalipun..

    ReplyDelete
  3. Ada org suka sy ke? Haha.

    Kene rahsiakan identiti la mcmni..=p

    ReplyDelete
  4. uish..bahaye gak..melalui blog pon leh tangkap cintan??herrrrmmm...kalo aku, aku tak caya cinta maya ne..huhu

    ReplyDelete
  5. klau tak salah ada blogger nurulism.com suami dia sekarang dulu suka dengan penulisan blog dia.. last-last khwin dan bahagia dua tu..hehe

    ReplyDelete
  6. hm.bagi sy la.
    alam maya ni hanya tuk tambah
    kenalan.and betukar2 pendapat.
    mungkin dari situ.jodoh tu dtg.

    and jodoh tu perkara no.2 dlm alam
    maya nih~ :)

    ReplyDelete
  7. ada yang datang komen sebegitu ke di sini? hehe..

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan