Tika zaman kuliah menggamit diri...

Tajuk entri macam pasrah ja kan. Sebenarnya bukan pasrah, cuma aku merasa rindu ja dengan zaman belajar. Lagipun sekarang dok dengar adik-adik tweet dan buat entri pasal final exam, aku pun kembalilah merindu zaman kuliah dulu.

Sebenarnya idea ni datang sebab sekarang aku bergelumang dengan paper agreement dan kotak-kotak A4. Itulah yang mengembalikan aku ke zaman kuliah dulu. Zaman dulu kan bergelumang dengan paper jugak. Tambahan lagi ketika sedang buat Final Year Project, lagi la terasa bergelumang dengan paper A4 tu. Kertas pulak guna kertas Double A lagi...

Ada banyak alasan yang selalunya diberikan bila assignment atau pun task yang tak dapat nak disiapkan oleh student kan. Mesti korang pun perasan. Aku rasa kan kalau alasan yang aku fikirkan ni diberikan kepada pensyarah, mau diketuk kepala student tu. Atau pun mau dipotong carry mark yang sangat penting tu.

Bayangkan kalau student kasi alasan

HP saya jatuh kat dalam mangkuk tandas la. Tak dapat la saya nak call atau pun SMS tanya member-member saya pasal due date nak hantar assignment ni.

atau pun

Saya guna portable MS Office la. Pendrive saya hilang jadi tak dapat la saya nak sambung buat assignment saya.

Aku rasa kalau aku jadi lecturer, mau nya aku suruh dia berenti tak payah belajar. Kasi alasan yang tak munasabah tapi nasib baik jugak aku takda jadi lecturer, kalau tak mau nya aku ketuk kepala student macam tu. Susah jugak kan kehidupan lecturer, bila bergelumang dengan kertas yang berkotak-kotak ni mula la aku rasa kesian kat lecturer.

Sudah dua hari aku bergelumang dengan kertas agreement dan kotak A4 tapi rasa bersalah sebab tak update blog ni tetap terbit dalam hati. Macam mana pun, waktu lunch satu jam harus dipergunakan dengan berkesannya pada waktu puncak ni. Kalau tidak, sunyi sepi lah blog ni tanpa post. Jadi dengan semangat yang kental, aku korbankan seketika waktu rehat yang sangat padat ni dengan memaksa semua kesepuluh jari jemari aku meniti papan keyboard dan menaip dengan pantas. Aku patut ambil ujian kepantasan menaip, aku nak tahu jugak berapa masa yang dicatat apabila aku menaip.

Inilah entri yang dibuat dengan hati yang tak tenang. Tergopoh-gopoh nak siapkan dalam masa sejam rehat ini.

Pic : phwit

12 Pemberi Komen:

  1. Biasalah tu, itukan lumrah bagi mereka yang stdy.. alasan tu mcm pengalaman je.. ekekek hehe Kesian tngok mata katak tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. sbar jer laa mmg cm 2la ble bkerja nie..
    stakat nie xpnah xsiap assngment g..haha..syukur..

    ReplyDelete
  3. wohoo... jasa anda untuk peminat setia anda seperti aku amatlah dihargai.

    but, kalo ko betol2 kesempitan waktu, sebenarnya aku sgt memahami. sbb kita2 yg bloggers neh pon selalu ditimpa perkara luar jangka. jadi tak boleh nak dijadikan blog ini sebagai kewajipan utama kita.

    aku tak terasa sgt topik ko neh sbb aku dulu blaja sampai spm je. so takde kuliah.

    tapi aku teringat mase zaman sekolah dulu, aku pernah bagi alasan kat cikgu : "saya tak dpt dtg semalam sbb pg semalam saya sembelit, jadi saya tertinggal bas sekolah dan takde org nak antar saye pegi sekolah"

    bile dikenang balik mmg lucu, tapi lebih lucu bile aku sedar yg ketika itu aku sebenarnya mmg tak reti menipu.

    ReplyDelete
  4. hurmmm..memang begitu besenye..da keje, nak blaja...blaja nak keje..haish

    ReplyDelete
  5. kalau dah nama student tu pandai2 la kasi alasan kan.. tp kdg2 lecturer ni sng jer dia jwp.. that's not my problem..!

    ReplyDelete
  6. kelakar je ouh alasan tu haah :DD

    ReplyDelete
  7. student memang kreatif dalam hal bagi alasan...
    ibarat engineer...

    ReplyDelete
  8. aku rindu jugak! dan nak sambung setadi balik. janji xnak memain lagi. xnak bagi alasan lagi. huhuu..

    ReplyDelete
  9. dah keje nak belajar..dah belajar nak keje..

    sebab tu aku buat keje sambil belajar..belajar sambil keje...

    last2 kepale ting tong...byk mende nak disiapkan..haha...

    ReplyDelete
  10. alasan lansung tak boleh blah.. maunya tak kena ketuk kan? haha~

    ReplyDelete
  11. Semester ni dah abis...abis cuti, stat balik belajar.

    Klu jd lecturer, memang tough kehidupan...

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan