Syukur ft. Alhamdulillah

Eh tak, bukan. Tajuk di atas bukan judul lagu terbaru encik @altimet atau pun encik Malique. Sebaliknya tajuk di atas adalah mengenai betapa gembiranya apabila aku dapat dengar lagu Syukur yang ditunggu-tunggu di radio (sebab feeling dengar lagu kat radio ni lain daripada yang dengar kat mp3 player) Xfresh FM dan dapat jumpa kembali handphone aku yang dah hilang selama 6 bulan bila mana lagu tu sedang berkemundang. Jadi sangatlah syukur di dalam alhamdulillah nya. Ye 6 bulan handphone ilang. Sila terkejut. SMS terakhir dalam hp merah ni adalah bertarikh 24hb Mei 2009. Lama sungguh....k660i edit

Pertamanya aku announced kat twitter di mana tweet tersebut adalah seperti di bawah tweet hp hilang Saat tu memang aku sangat terkejut bercampur aduk dengan gembira. Setelah 6 bulan hilang, akhirnya handphone ditemui kat dalam office sendiri. Dah tu terletak elok ja kat dalam fail tebal di kabinet fail. Patut la bila miscall takdanya nak dapat. Kabinet fail punyalah penuh dengan fail.

almari edit

Yang sedihnya, simkad lama yang dibeli tahun 2003 dah tak boleh nak digunakan lagi. Boleh buat kenangan ja la simkad tu.

Photo 0144

Tapi kan....dah jumpa hp lama ni, timbul pula satu masalah. Hp baru yang dibeli bulan puasa lepas, terasa sayang pula kalau tak nak guna. Bak kata tweet aku, tweet hp hilang 2

Tak boleh bagitau kat mak ni kata hp merah yang hilang dulu tu dah dijumpai, kang dia membebel sehari suntuk sebab punca hilang tu atas kelalaian sendiri...isk isk

14 comments:

  1. Uih, tertinggal hp dalam kabinet.. Hp tu main aci sembunyi tu.. hahaha Nanti dah kahwin jgn tertinggal anak plak dalam kabinet tu.. kuikui jgn marah yer nazra.. gurau di petang hari.. hehe

    ReplyDelete
  2. Mak aih..lama tu hilang!
    Alhamdulillah..syukur..len kali kene letak ringtone habis kuat..so that bila misscall tau la katne hp tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau dah rezeki tu..takkan kemana..hehehe.. Jangan susahkan diri nak memilih mana satu nak guna. Guna aje kedua-dua sekali..maknanya kena beli lagi satu simcard la..

    ReplyDelete
  4. tu bukn ilang cik naz oiii.. tu terlupa letk kt mne.. bleh plak ilang kt dlm kabinet fail.. siap simpan dlm fail lg.. ahaahaha

    bgs la klu jumpa.. ^_^

    ReplyDelete
  5. cmne leh smpi masok lam almari fail tu kak oi??huhu

    congrates neway..=)

    ReplyDelete
  6. los n faun.. mesti rasa hepi sangat bile jpe hp lama tuh.. wah, 6 bulan, mmg dah lupa terus, sekali jpe di tempat yang tak diduga...

    ReplyDelete
  7. nk salahkan siapa ni sbnrnya...? hehe...guna la sim dua-dua..xpun bg ke adik beradik...

    ReplyDelete
  8. wah! siap jumpa balik plak tu, 6 bulan kemudian plaks.

    betul2 syukur feat alhamdulillah niiii =)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. guna jer dua2.. hehe.. satu utk en boyfren..

    ReplyDelete
  10. wah bestnye hp lame da jumpe,,gune je due2 haha :P

    ReplyDelete
  11. hah! syukur alhamdulillah. er.. ko ade baca doa pape ke naz. aku ada ilang gelang kat kubur. nak carik balik!

    psst.. giler lama 6 bulan! aku rs kan.. ada org guna pahtuh dia letak balik setelah 6bulan dia pkai. haha (sengaja nak jdik batu api)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. kalau gitu, apakata hadiahkan hp baru kat mak naz.. hehe

    ReplyDelete
  13. adeh,,
    smenarnye phone tu yang nyorok,,
    nak lari dari Nazra...

    Nazra jek yang x tau ...

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan