Apabila ilmu hitam menjadi penyelesaian.

Mungkin ada yang menyangka di zaman yang moden sekarang ilmu hitam atau pun sebarang bentuk sihir sudah tidak digunakan lagi. Namun cuti hari Ahad yang lepas bila aku balik ke kampung dan mendengar sendiri cerita daripada mulut emak, aku pun terkejut. Rupa-rupanya selama ni bila aku telefon emak, dia tak nak cerita hal sebenar yang berlaku kat rumah.

Cerita ni berkisarkan kepada keluarga adik-beradik mak. Akibat dengki dan juga busuk hati, keluarga maksu dan cucunya yang menerima nasib. Sudahlah dikacau tiap-tiap malam, siang hari pun diganggu dengan bayangan di rumah mereka. Aku dapat terima kalau yang melakukan kerja hitam ni adalah orang asing tapi apabila melibatkan sepupu aku sendiri, memang itu sudah tak boleh diterima akal.

Hanya kerana tanah yang sekangkang kera, perebutan nama berleretan hingga ada yang sanggup membuang saka dan benda peliharaan mereka di rumah maksu menyebabkan 3 hari 3 malam maksu tak dapat nak tidur. Termasuklah cucu maksu yang umurnya baru 1 tahun yang semestinya dapat nampak apa yang maksu tak dapat nak nampak.

Hari raya ketiga dulu aku, mak dan adik ada balik beraya di rumah maksu. Waktu tu rupanya 'hantaran ilmu hitam' sepupu aku dilonggok-longgok dihantar ke rumah maksu. Patutla emak tak larat sangat sampaikan nak pergi beraya pun lemah ja badan dia. Tempias 'hantaran ilmu hitam' terkena pada mak sikit. Bila mak balik ke Sik, ada yang menegur mak nampak tak sihat sangat jadi bila mak dapatkan bantuan, tahulah keseluruhan ceritanya. Aku pun hanya berani balik ke rumah mak kat Sik ja, nak balik ke rumah maksu kat Kuala Ketil aku pun tak berani.

Tak faham aku dengan masyarakat Melayu dan adik-beradik sepupu aku ni, macam la tak ada jalan penyelesaian yang boleh di ambil.

18 comments:

  1. isk2.. ikutkan hati sgt la tu.. tamak.. dengki.. iri hati.. sume ade la.. kat sedare sendiri pun sanggup buat camtu.. org camtu tak patut dianggap sedare..

    ReplyDelete
  2. biasa lah tu manusia ni, ynn slalu juga tgk org dtg jumpa apak ynn sbb nak buang santau, mcm2 keluar dr bdn org tu, nanah jarum smua ada. kesian gila :(

    ReplyDelete
  3. harta mengelapkan mata..kerana harta saudara putus..bunuh pun sanggup

    ReplyDelete
  4. sy pon ada jgk..tp xde la smpai ilmu hitam..kdg2 sedara sndri lbh trk klu da jelz

    ReplyDelete
  5. mintak2 dijauhkan benda2 camni
    ishhh

    ReplyDelete
  6. wah, mcm tu sekali.

    zaman lalu, zaman sekarang dan zaman akan datang akan ada jer manusia yang amalkan benda-benda ni.

    Memang tak faham orang kita, kalau berniaga makanan, pun macam tu juga. Pesaing letak macam2.

    bUKAN naik bersaing dengan cara sihat.

    hari tu customer datang siap tak nampak gerai dan orang walhal orang ada.

    Cuba amalkan ayat ruqiah, boleh ajer simpan di dalam hp. dalam bentuk real media. Bagus untuk elakkan ganguan jin :)

    ReplyDelete
  7. manusia sggup buat ape jer asalkan matlamat trcapai..ilmu hitm nie antra cara plg mudh la knon..

    ReplyDelete
  8. yg tak tahan pulak tu, most of the pengamal dan mereka yg suke menggunakan taktik ini somehow masih mengaku berpaksikan Islam. tapi mereka nak gunakan agama sebagai alat untuk menunjukkan kekuasaan mereka konon2 mereka berada di pihak yg benar.

    yg buat aku tak paham, kalo Islam itu sendiri bermaksud salam, damai, sejahtera bla bla bla... ape relevannya ilmu yg mereka dakwa sebagai menegakkan keadilan ini, cuma berkesan untuk menganiaya semata-mata? apakah mereka dapat kepuasan batin melihat saudara seagama mereka ditimpa penyakit tak masuk akal?

    sori kalo aku emosi sikit. keluarga mak tih aku dah berbelas tahun disiksa dengan ketulahan ini. aku tak berdendam apa-apa dengan sesiapa, cuma aku bingung untuk cuba memahami niat sebenar dan apa yang ada dalam kepala otak golongan mereka2 ini...

    ReplyDelete
  9. biasalah klau dah benda libatkan harta logic akal manusia hilang entah kemana dah.. biar ah sampai buat yang boleh kena laknat ni... rosak2

    ReplyDelete
  10. ilmu hitam ni mmg bhy kan..
    orang xbersalah pon terkena tempiasnyer..nak2 kalo yg lemah..
    family eiyda pon der kes cam ni..kes berdengki..uish...

    ReplyDelete
  11. cm same je kte..ne lagi ah...mati ok org tu..dasat tak??nati ah aku pos sal menda tu..siyes..

    ReplyDelete
  12. aku pun pelik bab2 ni..ada sorg tu aku kenal ...die ada guna2 mende ni gak..tp masalahnya ada title dr' tu...

    tp tula kerana harta..busuk hati..semua sanggup lakukan...

    ReplyDelete
  13. Dari zaman kesultanan melaka lagi phd ni dah merosakan kesatuan dan kasih sayang org melayu sesama melayu. Sebahagian dari hobby gak nye. Kebenaran dari cerita tukang ubat pulak memang ada lah cuma kalau kita tak sakit pun kita gi jumpa tok moh, cakap kita ada orang kacau, sure tok moh tu akan bagi gambaran tentang seseorang yg kebetulan kita pulak kenal. Kita doa kan semoga pulih seperti sedia kala. cuma hati-2 lah dgn tok moh kerana setiap tilik itu ada dosanya.wallahualam.

    ReplyDelete
  14. Kerana dengki dan busuk hati, orang sanggup berbuat apa saja tak kira adik beradik ke orang lain.. Ada yang guna cara keras dan ada yang guna cara halus.. Yang guna cara halus tu sebenarnya penakut..hehehe.. Kalau berani sangat..mai sini, kita lawan cara berdepan..ewahhh..jadi batu api pulak kak tirana ni.. Banyak2kan baca Quran dan berdo'a..Buat solat sunat sebagai pelindung. Yang pentingnya dengki jangan dibalas dengan dengki..Dan untuk mereka yang dengki itu, pasti ada pembalasan dari Allah.

    ReplyDelete
  15. memang betul masih ada lagi yang mengamalkan ilmu hitam ni.. ini adalah salah satu sisi gelap masyarakat kita yang masih lagi melekat dalam kehidupan kita.. rasanya, benda ni akan terus ada sampailah ke hari akhirat.. benda ni kan menggunakan benda2 ghaib, so, mmg akan terus ada la...

    ReplyDelete
  16. Setiap perbuatan....
    ade pembalasan.... :)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Nazra. Banyakkan amalan kuatkan diri mudah-mudahan Nazra juga tidak terkena perbuatan sihir begini.

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan