Netbook 1Malaysia

Akhirnya tahap adrenalin sudah sampai ke kemuncaknya! Tarikh pemberian Netbook 1Malaysia bagi kawasan Pusat Broadband Kg Lubuk Kabu, Seberang Titi, Kuala Pegang, Baling sudah dimaklumkan pada Khamis ini 19hb Ogos 2010. Diulangi, Khamis ini!

Sah la lepas ni percaturan hari dalam hidupku akan menjadi tak menentu. Ada masa lagi 3 hari sahaja (pada tarikh entri ini ditulis, 15hb Ogos 2010.)

Bebudak sekolah menengah di sini, gembira lah kamu. Dapat netbook percuma.

jalurlebarnetbook

Ini adalah sebahagian gambar sempena Pemberian 1000 Netbook di Kuala Nerang pada 8 Ogos yang lepas.

Continue Reading

Raya 2010 : Apa Yang Naz Rindukan?

Raya zaman moden sekarang ni ada banyak benda yang Naz rindukan. Kalau boleh tak mau lah segala benda ni ditinggalkan walaupun zaman dah jadi 2020 atau pun 2030 (macam sempat ja nak melayari 2030...huhu). Tapi itulah, zaman dah berubah. Perubahan mestilah membawa arus kehidupan yang lain daripada yang sebelumnya. Cakap banyak tak guna, mari selongkari apa yang Naz rindukan pada Raya 2010 kali ni.
  1. Mestilah air sirap! Tahun lepas tak ada rumah yang hidangkan air sirap. Semua hidangkan air oren Sunquick dengan air Ribena. Dah kaya orang-orang kita. Hehe. Air sirap dengan Raya memang sinonim..dulu-dulu lah. Zaman Naz bebudak dulu. Haha..
  2. Orang bagi duit Raya 2kupang(20 sen) dan 5kupang (50 sen)! Hehe. Memang takkan ada dah pun. Kalau bagi jugak, pasti rumah tu diboikot oleh bebudak dan dihebahkan kat dalam twitter perbincangan bebudak tatkala berjumpa di tengah jalan. Pasti!
  3. Orang gantung kad-kad raya! Mana ada kad raya yang digantung tu dalam kuantiti yang banyak. Kalau gantung pun mesti sikit. Itupun dicampur dengan kad raya yang zaman 90-an dulu-dulu. Sekarang ada jugak yang hantar kad raya guna khidmat pos tapi sikit lah sangat, Naz rasa. SMS is the Queen sekarang!
  4. Kuih-muih tradisional makin sikit! Kuih-muih sekarang didominasi oleh kuih-muih moden dan diimport seperti Biskut Almond London. Haha. Kuih-muih tradisional macam bahulu, kuih goyang Nabil loyang dan lain-lain tu jarang sangat bebudak nak makan. Makan sikit ja pastu terus tinggal. Membazir tau tak!!
  5. Dah tak ada pelita kat depan rumah! Yang ada hanyalah lampu kelip-kelip. Tambah-tambah lagi sekarang musim hujan, rugi ja kan pasang pelita. Tapi kalau ada, best jugak sebenarnya. Terasa suasana raya.

Itu sahaja lah kot. Kalau ada sesiapa yang sudi nak tambah-tambah lagi, sila lah!

raya

Gambar diambil di http://www.photomalaysia.com/
Continue Reading

Apa yang saya cari dalam hidup?

Lamanya meninggalkan blog sendiri ni hinggakan status nuff sudah diturunkan daripada Glitterati. Entah apa yang merasuk diri sampai tak ada langsung semangat nak menaip malahan untuk mencari idea yang ingin dikarangkan. Cuma terdetik pula satu persoalan selepas balik daripada Kursus Refreshment di Subang Jaya dulu. Soalan seorang teman agak menghenyak diri, minda dan akal iaitu
Apa yang kita cari dan nak dalam hidup kita ni?

Puas jugak mencari di dalam diri dan hati apakah jawapan untuk diri sendiri. Namun rasanya tak usahlah dikongsi di sini, nanti ada pulak kritikan yang merundum jiwa. Cukuplah yang diterima setakat ini...

Ah!...................
Continue Reading

Pengembaraan ke KL & Subang Jaya bermula esok.

Itu sahaja berita terkini daripada Nazra. Sehingga itu, blog ini akan dibiarkan sepi. Terima kasih pada yang meninggalkan jejak di Kotak Jerit dan juga komen. InsyaAllah harapnya semua itu akan dapat Naz balas sekembalinya daripada kursus 4 hari 3 malam tersebut.

* Membawa hati yang sedih akibat kelambatan internet di tempat kerja semenjak minggu lepas. Hari ini hari terakhir berada di atas talian pun, internet masih bengong.
Continue Reading

Cipta Syurga di Hati Sendiri.


Buku yang pertama Naz beli untuk diri sendiri karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Dah lama Naz nak kongsikan apa yang ada dalam buku ni untuk yang lain tapi tak kesampaian. Asyik terlupa. Tak semua orang beli buku ni kan, jadi tak salah rasanya Naz ungkaikan sedikit sebanyak yang terkandung untuk manfaat bersama. Walaupun ada tutur ayat dalam buku ni pernah diterbitkan dalam buku terdahulu (sedikit saja kot) dan juga Majalah Mingguan Wanita tapi membaca buku ni tiap-tiap hari pun Naz boleh. Buku ni memang membuka minda dan juga hati.


Buku ni mengandungi 5 bahagian dengan setiap satunya ada pelbagai bab yang menarik dimulakan dengan bahagian 'Wahai Diriku yang Lupa', 'Mencari Damai di Hati', 'Laut Rasa yang Amat Dalam', 'Berikan Sebutir Cintamu Itu' dan juga 'Usia yang Terus Merangkak'. Menurut Dr. HM Tuah, pengisian 'Cipta Syurga Hati' adalah memberikan kita rasa bahagia, sebagaimana ungkapan 'rumahku syurgaku'. Ia bertujuan menyenangkan serta mendamaikan jiwa untuk melalui hidup seadanya. Syurga di hati sememangnya mampu dibentuk. Mengapa tidak, kerana hati boleh menjadi apa sahaja; hati haiwan, hati iblis, hati batu, tiada hati dan pelbagai lagi keadaan hati. 'Cipta Syurga Hati' adalah satu usaha mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihati dalam bentuk benda tetapi akan terpamer kerana boleh diterjemahkan melalui peribadi dan perialku yang molek, menarik, betul, patut lagi munasabah.


Naz tak pandai untuk membuat rumusan bukan setakat buku ni malah buku-buku yang pernah Naz baca sebab nanti rasanya Naz bukan buat rumusan tapi menaip semula apa yang ada di dalam buku tu. Mesti tak menarik kan. Hehe. Apapun banyak booster yang Naz dapat di dalam buku ni antaranya madah-madah ini yang Naz dah lekatkan di dinding-dinding rumah batu untuk tatapan tiap-tiap hari.


Jiwaku bergoncang,

Bila kusebut namamu.

Mengapa TUHAN,

ENGKAU masih selamatkanku,

Member rasa syurga,

Sedang jiwa terbakar habis,

Oleh dosa tak pernah berhenti,

Tidak terhitung olehku,

Banyak dan besarnya derhaka.

Terima kasih TUHAN,

Masih sempat sujud buat-Mu.


Alhamdulillah Naz diberikan peluang untuk beli dan baca sendiri buku ni. Manfaatnya pada diri Naz memang sangat berbaloi. Untuk Umi Nazrah, memetik kata-kata Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah, "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa bertaubat'

Continue Reading

Jom Cari Kerja Kosong!

Kompleks Rakan Muda2 Berduyun-duyun kereta berderet di luar Kompleks Rakan Muda di Baling hari ni. Dari lepas simpang nak masuk ke Billion Baling hinggalah ke perumahan berdekatan Kompleks tu. Baru teringat rupanya ada Penempatan Pekerjaan di situ hari ni. Bila Naz tengok berduyun-duyun orang tu, terdetik kat dalam hati rupanya ada ramai lagi orang yang memerlukan pekerjaan. Terus rasa bersyukur menyelinap kat dalam hati ni.


View Larger Map

Masa tu dok sengih juga fikir, kalaulah Naz jual air botol RM 2.00 tadi, mesti laku yang amat. Dengan tengahari panas terik, mesti ramai yang terliur tengok air botol yang Naz jual kat situ. Adeh!

Paling seronok tengok lelaki-lelaki berpakaian kemas kemeja lengan panjang. Kamu semua chomel!

Continue Reading

Tak Sabar Nak Dengar Bunyi Lawan Meriam Kabat/Meriam Kabait!

Kalau musim puasa dan dekat-dekat nak raya, selalu orang pesan 'jangan main mercun'. Setuju tak? Tapi tu mercun. Takda pulak orang pesan ‘jangan main meriam kabat’ atau pun ‘jangan main meriam kabait’. Haha. Korang tau tak, inilah penyeri suasana kat kampung Naz masa malam. Sampaikan ada kampung yang berperang meriam kabat ni! Paling meriah mestilah 5 hari menjelang raya. Boleh pecah telinga rasanya.

View Kg Charok Kudung, Sik, Kedah in a larger map

Dah tu pulak, takdanya bebudak kat kampung ni nak main meriam buluh. Kalau rasa nak digelakkan oleh pemain-pemain bola sepak pihak lawan di kampung seberang, boleh la cuba main meriam buluh kat belakang rumah. Lepas tu pasukan kampung lain mesti akan berdesup-desup belasah bunyi meriam ni banyak kali. Tu tandanya ‘P balik lah. Tok sah dok main kalau takat meriam buluh’

Kalau sebelum ni pakcik-pakcik polis jarang nak melawat kampung, musim bulan puasa ni lah depa akan rajin melawat. Waktu malam pulak tu. Awat bukan siang hari? Sebab bebudak dan jugak bapak budak ni main meriam kabat ni di malam hari. Paling kesian mestilah kat jemaah Semayang Terawih. Naya sungguh kalau kena kat tok-tok yang dok melatah. Mesti lagi haru biru.

Kreatif jugak kan orang kampung ni. Dah guna carbide dalam meriam tu, depa pun sebutlah meriam kabat atau meriam karbait.

Gambar diambil di http://malaysianbikers.com.my/forum/

Update : Haha, tak sangka lak ada komen psl gambar rumah. Naz letak gambar tu untuk menerangkan mengenai kampung Naz ja. Perasan tak ada sungai. Jadi medan peperangan tu adalah kat area sungai tu lah. Ok, silap pin kan tempat. Adeh!
Continue Reading

Seorang Emak Doakan Anak Kandungnya Sendiri Diculik Orang!

Itulah realiti yang berlaku kat depan mata Naz dan mak Naz sendiri. Semua orang tau doa seorang mak yang paling mujarab. Kebaikan yang dia doakan, kebaikan lah yang Allah S.W.T berikan kepada seorang anak. Tapi kalau dalam kes ni, seorang mak doakan anaknya diculik orang, apa lagi kesimpulan yang kita boleh buat? Tak ada sifat kasihkah seorang mak tu pada anak yang dikandungnya selama 9 bulan dengan susah payah?

budakcinaditinggalkan

Kisah ni terjadi masa Naz dan mak ada kat dalam Nagoya untuk menyelesaikan misi mencari kain pasang nak buat baju raya. Dalam dok sibuk-sibuk belek kain pasang sampai terkuntang bijik mata, ada lah sorang mak ni tak habis-habis dok marah kat anak kecik dia yang selalu dok kacau si mak nak memilih kain pasang. Budak kecik ni Naz rasa belajar kat Tadika berpandukan pada baju seragam dia tu. Dalam banyak-banyak bebelan si mak ni, terkeluarlah ayat yang lebih kurangnya macam ni

“Kalut sangat adik ni. Mama tinggal adik kat sini nanti biaq ada orang mai amek adik, culik adik. Padan muka.”

Naz tak berniat nak malukan si mak tapi sampai hati dia sanggup keluarkan ayat macam tu untuk anak dia sendiri. Mungkin dia ingat kalau anak dia kena culik, anak dia tu akan rasa bahagia. Bayangkan kalau anak dia diculik lepas tu badan dibedah dan organ dalaman semuanya dijual. Dia mau macam tu???

Gambar di ambil di http://syazhar.fotopages.com/.

Continue Reading

Blogger Pandai vs Blogger Bijak

Menurut Dr. Azhar Hj Sarip, Perunding Emosi Spiritual N.L.P Training,
Orang pandai sebenarnya belum tentu bijak manakala orang bijak boleh menjadi orang pandai. Orang pandai akan membaca buku dengan rajin dan akan menjawab soalan peperiksaan dengan baik asalkan soalan yang diberikan itu menuju terus kepada apa yang mereka baca manakala orang bijak pula menjawab soalan mengikut kefahaman mereka dan bukan mengikut ayat buku. Orang bijak adalah orang yang tidak tahu akan kemahiran diri lalu dia menggunakan sepenuhnya kemahiran yang diberi oleh Allah S.W.T untuk menjalani kehidupan. Orang yang bijak terus menerus mencari kemahiran diri tetapi orang yang pandai hanya tahu berdiam diri kerana bagi mereka ilmu mereka sudah tinggi tidak terperi lalu duduklah mereka dalam zon yang selesa.
Anda semua dah jelas antara perbezaan orang bijak dan orang pandai? Atau masih pening pada istilah orang pandai dan orang bijak? Sila baca dengan perlahan-lahan sebab Naz tau anda semua akan pening (Naz dulu pun pening jugak pertama kali baca, hehe)
Oleh sebab Naz blogger (walaupun kadang-kadang keliru pada istilah blogger), awak blogger, dia dan dia blogger, jom kita bicara isu ini dalam konteks blogger. Blogger pandai dan blogger bijak. Bilangan blogger semakin ramai. Kerana apa? Kerana blogger percaya, dengan berblog nilai populariti diri meningkat, nilai mempunyai blog boleh dihebah-hebahkan, nilai duit di atas talian akan masuk dalam saku. Tetapi ada blogger yang kemudiannya rasa berblog tidak menguntungkan. Entri yang dipostkannya tak diterima oleh orang. Mana mungkin orang nak memberi komen/pendapat/kritikan kalau entrinya adalah daripada forwarded e-mail. (Naz bercakap begini atas pengalaman sendiri, Naz pernah buat dulu, jujurnya…serius)
blog board Kita tengok Irfan Khairi dapat duit dengan bisnes internet, kita nak buat jugak. Kalau tak diklon sebijik-sebijak, kita klon samar-samar. Pelik kan? Padahal minat dan kemahiran kita tak sama. Emak Naz si tukang jahit, tapi Naz sebagai anaknya yang dulu 24jam duduk sebumbung belum tentu mampu menjahit dan menyiapkan sepasang kurung biru. Kerana apa? Kerana Naz tak punya minat dan kemahiran untuk menjahit. Minat dan kemahiran Naz ke arah lain.
Jadi para blogger, marilah kita melihat kemahiran diri dan tahu teknik untuk mengupas perjalanan kemahiran kita agar kita bergelar blogger bijak pandai. Mungkin kita tak bijak tapi apabila kita sudi belajar mengenali diri sendiri, kita sudah selangkah ke alam misteri menjadi pandai. (Sebenarnya semua orang dah dilahirkan pandai. Setuju?)
Pada Naz, blogger bijak adalah blogger yang menulis dan membuat entri yang peka pada isu semasa dan keywords manakala blogger pandai adalah blogger yang tau menulis. Tu pandangan Naz. Pandangan anda semua? Kalau ada, jangan lah segan untuk dikongsikan!
Continue Reading

Mentor 4 Tertinggal Seorang Mentor!

Ye betoi tu. Mentor 4 ni sebenarnya tertinggal seorang lagi Mentor yang berbakat besar untuk digilap. Bukan setakat Protege ja yang berbakat besar. Mentor ni pun sama jugak. Pihak TV3 rugi besar tak menyedari mengenai sorang Mentor ni.
mohdWinnerNaz dapat tau mengenai ni pun sebab semalam tengok lintas langsung video yang didownload dari http://www.tv3.com.my/mentor4/. Dah lama Mentor 4 akhir tapi baru semalam dapat download videonya. Terlupa nak download minggu lepas! Sebelum tu ucapan tahniah mestilah diucapkan kepada Mohd Izwan Mohd Nor, anak didikan Ziana Zain.

Okay, berbalik semula pada sorang Mentor tu. Korang nak tau siapa? Check it out, babeh! Tengok lah akak baju kuning kat belakang Ziana tu. Haha, dia memang layan habis! Buat akak ni, jangan marah ye! Akak memang sporting habis lah layan lagu Maria Mariana kat belakang Ziana Zain. Hehe. Penuh penghayatan gitu. Dressing pun sebijik macam Ziana Zain. Cayalah.

perasan Ziana Zain Mentor

Teringat nak buat entri ni lepas baca entri kat http://kulanzsalleh.com/mohd-juara-mentor-tv3-musim-ke-4/
Continue Reading

Cosplay di Malaysia. Jom join Remaja TV3 Nips Crazy Challenge!

Pada yang familiar dengan segala benda mengenai Jepun dan keghairahan mereka menikmati hidup, manga, drama dan bermacam-macam lagi, mesti korang familiar dengan COSPLAY. Apa itu Cosplay? Jangan salah sangka dengan Coleslaw pulak. Naz dulu ada jugak terkeliru dan salah penggunaan antara Cosplay dan Coleslaw. Haha. (Korang tak digelakkan gelak!)
Cosplay berasal dari gabungan kata “costume” (kostum) dan “play” (bermain). Cosplay bererti hobi mengenakan pakaian beserta aksesori dan rias wajah seperti yang dikenakan tokoh-tokoh dalam anime, manga, manhwa, dongeng, video game, penyanyi dan musisi idola. Si Cosplay disebut cosplayer,( terkadang para penggemar menyingkat cosplayer sebagai layer)
Di Jepun, peserta Cosplay bisa dijumpai dalam acara yang diadakan perkumpulan sesama penggemar (dōjin circle), seperti Comic Market, atau menghadiri konser dari grup musik yang bergenre visual kei. Penggemar cosplay termasuk cosplayer maupun bukan cosplayer sudah tersebar di seluruh penjuru dunia, yaitu Amerika, RRC, Eropa, Filipina, maupun Malaysia. Sumber : http://incredibleangga.com/
Kenapa Naz cerita pasal Cosplay? Pasal tadi perasan kat Remaja TV3 mengenai Cosplay ni. Events tu pun dah tak lama lagi nak dianjurkan dan check it out lah hadiah-hadiah tu!
 remaja cosplayremaja cosplay 2Sumber : http://www.tv3.com.my/remaja/
Kalau Naz masuk, Naz nak pilih watak mana ye? Naz suka si Haruhi Suzumiya. Macam betoi-betoi nak cuba ja Naz ni!
haruhi suzumiya edit
Sumber Gambar : The Melancholy of Haruhi Suzumiya, The_Cosplay_Album
Continue Reading

Hilal : Maggi Cukup Rasa dan Knorr Pasti Sedap Pun Kalah!

Naz tak pasti sama ada korang perasan (kalau lelaki, mesti la tak perasan sebab ini bahan yang digunakan dalam masakan, hehe) atau tak, sebelum munculnya penambah perasa Maggi Cukup Rasa dan juga Knorr Pasti Sedap, ada satu penambah perasa yang dah lama melekat kat dalam belanga hati para wanita kat kampung-kampung ini iaitu Hilal. Penambah perasa ni yang naz tengok menggunakan lada sulah, bawang, garam dan sebagainya (dah lupa pulak nak ambil gambar kandungan si Hilal ni).
Photo 0296 Yang Naz tengok kat situ, Hilal ni buatan Malaysia. Tapi tak pasti pulak buatan Muslim atau tak. Cumanya Naz rasa lebih baik tak digunakan sangat penambah perasa kat dalam makanan. MSG terkenal dengan keraguannya di dalam memberikan penyakit kepada penggunanya.

Menurut Wikipedia Melayu,
Bagaimanapun, sebuah laporan yang ditempah oleh FDA pada tahun 1995 mengakui bahawa "sebahagian penduduk yang jumlahnya tidak diketahui mungkin boleh terjejas oleh MSG dan mengembangkan kompleks gejala MSG, suatu keadaan yang dicirikan oleh satu atau lebih gejala yang berikut:
  • kederiaan panas pada tengkuk, lengan, dan dada
  • kederiaan kebas pada tengkuk yang terpancar ke lengan dan bahagian belakang
  • kederian-kederiaan sesemut, panas, dan kelemahan pada muka, pelipis, bahagian belakang atas, leher, dan lengan
  • tekanan atau ketegangan otot muka
  • sakit dada
  • sakit kepala
  • rasa loya
  • denyutan jantung yang cepat
  • bronkospasma (kesulitan bernafas)
  • mengantuk
  • kelemahan."
Continue Reading

Lelaki Simpan Kuku Panjang Tu Cool Ke?

Naz tak pasti samada korang semua perasan atau tak tapi ada sesetengah lelaki (tak terkecuali dan perempuan) yang suka simpan kuku panjang. Cumanya skop entri ni sekarang adalah LELAKI. (Peace! Kerana Naz perempuan, mestilah suka buat entri pasal LELAKI kan, kan, kan?)

Lelaki-lelaki yang simpan kuku panjang ni ada sesetengahnya semua kukunya panjang. Kiranya 10 per 10 jari dia lah. Tapi ini yang menarik perhatian Naz. Lelaki yang simpan kuku panjang kat jari kelingking dorang ja!
Kalau mengikut ayah angkat Naz, fungsi jari kelingking tu untuk korek hidung. Mungkin macam jurulatih Jerman tu. Wekkkk…

Jadi kalau jari-jari lain yang berkuku panjang tu, nak buat apa????

Haish. Bawak-bawak la potong kuku tu! Terutama untuk lelaki. Perempuan pun tak terkecuali. Hodoh sangatlah.
kuku panjang edit
Gambar di ambil di http://blogs.myspace.com/patchiness
Ini video si Jurulatih Jerman Joachim Löw tu tengah sedap korek hidung. Korang rasa jari dia ada kuku panjang macam kat atas tak? Mana tau, senang nak korek hidung…(wekkkk geli Naz dok imagine masa menaip ni)
Sumber dari cilipedas.com
Continue Reading

Perempuan : Ibu Jari Pendek : Queen Control?

Pernah dengar perumpamaan di atas? Faham tak? Maksudnya macam ni
Kalau ibu jari perempuan tu pendek berbanding jari keduanya, dia tu seorang yang Queen Control kepada suaminya.
Naz nak tau jugak betoi ka tak perumpamaan itu. Jadi kepada para perempuan (yang sebenarnya difokuskan lebih kepada yang dah berkahwin), sila tengok ibu jari anda sekarang!
edit kaki 1
Kalau macam jari kaki Naz ni (yang kontot!) katanya inilah contoh seorang Queen Control. Ibu jari pendek berbanding jari yang kedua tu…ada sesiapa yang seangkatan kaki dengan Naz?
Continue Reading

Apabila Si Anak Malu Dengan Ayahnya Sendiri....

Ini kisah mengenai seorang anak yang tak sanggup untuk keluar bersama-sama dengan ayah dia. Naz sungguh sedih bila dapat tau pasal cerita daripada mak bila Naz balik cuti hari Ahad dan Isnin lepas. Rasa sebak waktu dengar mak cerita. Alhamdulillah mak ada nasihatkan si anak tu. Dia tu tak lain tak bukan, adik-beradik naz jugak. Asal-usul kejadian ni adalah bila si anak, si emak dan si ayah tu dengan kebetulannya saja jalan-jalan p rumah Naz dengan 2 buah motor. Kemudiannya bila dah lama tiga beranak ni duduk sembang dengan mak Naz, si anak ni bagitau lah dia nak ke suatu tempat untuk satu tujuan (lebih baik naz tak huraikan, kita ambil aktibar cerita ni sahaja, yang selebihnya biarlah rahsia) pada suatu tarikh. Si ayah ni pun pelawalah dirinya nak bawak si anak ke tempat tu sebab dia tau tempat tu dan kebetulan hari tu dia free. Tapi lain pulak balasan si anak ni. Dia boleh pulak membalas yang dia tak sanggup nak keluar dengan ayah dia, dia rela pergi sendiri ke tempat tu. Dia suruh si ayah tak payah susah-susah, dia tak mau pergi dengan si ayah. Dia malu.

Tersentak semua orang. Naz yang dengar dari mulut mak pun terkejut. Rasa macam nak berhenti ja jantung. Kalau anak sendiri malu dengan ayahnya, habis siapa lagi yang si ayah tu nak harapkan bila dia perlukan bantuan, perlukan kasih sayang? Kalau haiwan pun tau sayangkan anak dan emak ayah dia, takkan manusia tak boleh?

hadis akhir zaman
Continue Reading

Agak Janggal Untuk Gunakan Awak Kepada Awak, Perempuan

Saya lebih suka menggunakan kata ganti nama anda kepada perempuan atau pun sebutkan terus namanya kerana pada saya, agak janggal untuk saya gunakan kata nama awak kepada perempuan. Saya rasa macam..errr..luar biasa nak sebut
Terima kasih, awak.
kepada perempuan.
Dulu pernah ada seorang lelaki yang marah pada saya sebab saya gunakan ganti nama
ang
waktu berchatting dengan dia. Katanya saya tak sopan dan bahasa saya kasaq. Eh kat Kedah ok ja. Oh ok, kat Kedah sahaja kot orang lelaki bagi saya guna perkataan
ang
tu. Tapi saya akui, memang kasaq pun kalau gunakan ganti nama tu untuk orang yang pertama kali kita chatting. Atau mungkin lelaki tu yang lebih sensitif. Atau pun ketika tu saya yang terlebih sensitif. Atau pun ketika tu saya tak matang sampaikan panggil si lelaki itu dengan kata ganti nama tersebut. Eh terlajak tajuk pulak..
Pada pandangan saya, kalau saya sebut
awak.
kepada si perempuan, saya rasa seolah-olah saya jadi macam terlebih lembut. Weiiiii, Umi Nazrah. Apa ni?????!!!!
Ok baik, kembali ke pangkal jalan. Cuba bayangkan macam ni. Seorang lelaki (kategori lembut) berjumpa dengan seorang lelaki (yang juga kategori lembut) dan menyapa
Hai awak!!!!
Macam tu lah perasaan saya kalau saya menggunakan
awak.
kepada perempuan.
Umi Nazrah saya dah merepek. Sila ke blog lain yang memberikan ilmu bermanfaat. Terima kasih kalau anda sudi baca sampai habis.

Nak guna I You macam pompuan omputeh pun saya rasa pelik jugak. Arghhh..entri merepek lagi. Sudah la. Setakat ni ja lah. Kang saya lagi merepek.

Gambar di ambil dari http://galaxieblog.com.my/blog/

Pepatah baru dalam situasi yang seandainya kata saya menggunakan kata ganti nama 'awak' untuk bercakap dengan perempuan : Seperti Fasha Sandha bercakap secara empat pasang mata dengan Nora Danish.

Mesti korang dapat bayangkan macam mana keadaannya kan?
Continue Reading

Bagi budak-budak, apakah maksud mainan dan bermain?

Zaman sekarang rasanya setiap kanak-kanak ada barang permainan yang tersendiri kan? Dengan alat permainan Ben10, Power Rangers yang pelbagai warna topengnya (dulu-dulu ada jugak tapi saya rasa tak sedahsyat yang sekarang punya), gadget yang moden-moden lagi. Zaman 1980-an dulu mana lah nak ada kesemua tu. Dulu kat sekolah saya main batu seremban, zero point (yang lompat getah panjang tu) dan sewaktu dengannya yang saya pasti mencabar minda jugak. Ye la, nak kena gunakan tenaga nak melompat, nak kena lari bila dibaling dengan kasut dan macam-macam lagi lah. Selain tu, saya setuju mengatakan memang zaman berubah, kanak-kanak sekarang pun makin advance peralatan dan pemikirannya. Malah ada pelbagai gadget yang kanak-kanak sekarang dah pandai menggunakannya padahal saya sendiri masih terkial-kial tak pandai nak guna.

Tapi setakat ni menurut pemerhatian saya, di kawasan tempat saya kerja sekarang ni, kebanyakan masa bebudak kat sini banyak dihabiskan dengan main game yang tak membina kat Tagged dan juga Facebook sahaja. Ada ketikanya saya jadi geram dan mintak bebudak (yang berumur 5 tahun ke 7 tahun) main game yang berbentuk educational. Saya sampaikan p taipkan link lagi kat dorang. Masalahnya hanya 5 minit atau pun tak sampai pun dorang main game yang berilmiah tu. Lepas tu, terus main semula game cuci akuarium, game kutip buah. Tak salah pun nak main game macam tu. Kadang-kadang (bukan kadang-kadang, selalu kot) kita jadi addicted. Tapi bila ada yang ponteng sekolah hanya kerana semata-mata nak bermain game sahaja, saya dan penolong jadi bengang jugak. Dah banyak kali tegur, kami jadi malas jugak. Iya lah, emak ayah dorang pun mungkin tak kesah kan. Kami yang orang asing lak dok bagi nasihat lebih-lebih. Alahai...

Gambar ni menarik jugak untuk dilayan. Sila klik untuk darjah penglihatan yang lebih besar.

313951.zoom

Continue Reading

Jom Peluk-Peluk, Nak?

harun-salim-bachik-peluk-liyana-jasmayPerhatian! Ini entri merepek di kala tak ada mood.

Menurut Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Tapi tu hanya untuk orang yang dah berkahwin. Habis kita yang bujang macam mana? Boleh buat macam si Harun Salim Bachik dan Liyana Jasmay kat atas tu ke? Jangan risau, ada kaedahnya yang tersendiri tau. Nak tau ke?
Sebelum tu, saya sarankan anda menikmati entri ini di dalam suasana panas dan bukan suhu suam-suam kuku mahu pun ketika waktu hujan turun atau suhu sedang sejuk. Saya tak bertanggungjawab dan terlibat dengan sebarang kesan dan akibat yang berlaku kepada diri anda yang boleh mendatangkan mudarat dan bahaya. Sekian. Dah bersedia untuk pelajari tekniknya? Jom!headercrusherheightskisslongoverman
Gambar diambil di http://theoatmeal.com/comics/hugs
peluk2
Jadi anda dah pilih kaedah mana yang anda suka? Kalau takda calon tu, sila lah peluk emak anda.
Gambar diambil di http://www.habibjewels.com sebelum diedit

Gambar diambil di http://zackzukhairi.blogspot.com/

Untuk orang bujang seperti kita, mungkin boleh beli bantal macam orang Jepun kat atas. Tapi rasanya tak ada dijual kat Malaysia, jadi jomlah kita peluk bantal. Bak kata entri si wazy84 dalam entri Rahsia Bantalnya.
Continue Reading

Jun Yang Memberangsangkan!

Semestinya ramai orang mengalu-alukan bulan Julai. Ada yang mengucapkan

Selamat datang Julai.

Lepas tu ada pulak yang konon-konon nak sambut Julai tapi cover dengan maksud tersirat hari lahir, haha. Entah sapa. Tak mau letak link dia. Haha. Errr tapi dah letak……mangai

Apapun syukur yang amat kerana Jun dah selesai saya lalui. Memang satu kegembiraan yang amat sangat melalui bulan Jun. Salah satu sebabnya adalah pekerjaan terbaru saya. Saya seolah-olah menjadi seorang budak kecik yang dapat hadiah yang sangat-sangat dia inginkan. Perasaan tu tak tercipta untuk ditulis…huhuhu.

anak-anak gembira

Setelah 5 bulan berada dalam zaman kesedihan, zaman kejatuhan, zaman kemiskinan, akhirnya pada penghujungnya ada sinar.fm harapan yang menjelma. Biar pun ada kasih yang terputus, alhamdulillah kasih Illahi terjalin dengan nilai yang baru malah kesedaran terhadap kasih Nya yang Maha Kuasa makin menumbuh dalam diri. Biasalah, saya sedar diri sendiri. Tapi perkara yang terjadi sekurang-kurangnya isi tersiratnya mampu diterjemah oleh saya. Alhamdulillah.

Namun, kata orang bila dah berada di tempat tinggi, jangan lupa memandang yang di bawah. Cumanya mungkin saya tidak akan memandang orang yang pernah memandang rendah saya sebelum ini. Hukum Karma mungkin.

Ingin menambah bahawa sekarang saya lebih terbuka menerima kritikan. Mungkin apabila kita dah merasa jatuh dan kemudian ada peluang untuk bangun, kita menjadi lebih bersedia dan terbuka minda. Barangkali. Namun, ada perbezaan antara kritikan dan cacian. Harapnya tiada lagi anonymous yang memberikan cacian. Sila berikan kritikan. Itu lebih afdal. Terima kasih.

Continue Reading

Mereka Orang Yang Terlebih Prihatin?

Entri ini adalah entri respons kepada satu ayat yang agak panjang yang saya terima bila saya log in StumbleUpon setelah hampir 5 bulan tak log in. Agak terkejut jugak baca ayat dalam inbox saya iaitu

I am sorry but I just have to say: a simple girl?!, are you trying to imply that you are "normal", there is no such thing as "normal"!, all people are unique, and we all have unique personalities, "normal" is the idea that everyone should be the same and that nobody should do something weird even when they find themselves in a situation where they have to, but what is wrong with being different? it doesn't mean you are a threat to society, it just means you have a clear definition of who you are, so who are you really?

Ayat yang saya dapat kat atas tu adalah daripada seorang ‘adik’ berusia 16 tahun yang asalnya dari Amerika Syarikat disebabkan status saya sebelumnya adalah

i am a simple girl.

Apapun terima kasih kerana ada jugak insan yang concern (bolehkah dianggap sedemikian?) terhadap ayat pendek saya.

Pelik jugak, dah berkurun guna status tu kat StumbleUpon iaitu sejak…err……lupa pulak sejak bila menggunakan StumbleUpon ni……

Agak fobia nak letak tajuk entri 'Mereka Orang Amerika terlebih prihatin'....walaupun hati mendesah-desah exicted nak letak ayat tu untuk tajuk.

Eye-rolling
Continue Reading

Seorang Emak Akan Tetap Setia Menunggu Anaknya..

Saya rasa sudah 2 jam rasanya seorang emak kat luar tempat kerja saya ni menunggu anaknya. Takda pulak makcik ni hiraukan awan gelap yang semakin lama semakin mengganas di langit. Memang bila-bila masa ja hujan boleh turun.
Tapi makcik ni tetap tunggu anaknya kat motosikal dia. Dah la riak muka dia pun takda sebarang reaksi tension atau pun marah. Rasanya kalau anak yang menunggu emak, mesti anak tu dah marah-marah kan...
Hampir 5 minit sebelum hujan turun, makcik dah beredar. Harapnya dia sempat ambil anak dia sebelum kedua-duanya basah.
makcik menunggu anaknya
Continue Reading

Apabila Lelaki Itu Suka Blog Chokilala [dot] com

L : Blog rainazra okay cuma template kurang menarik lah. Ayat dah okay la tu. Cuma perbaiki ayat lagi. Bagi menarik lagi. Tengok chokilala.com. Usaha lagi.

P : Baik.

***Diam………

 chokilala

Bukan entri geram mahu pun marah jauh sekali cemburu. Cuma ingin menyatakan rupanya menjadi blogger untuk disukai oleh orang bukan senang.

Continue Reading

Saya Dah Guna Mangga Ads. Anda Bila Lagi?

Perasan tak pada iklan di akhbar online tempatan kita? Kalau anda perasan, tahniah. Itulah Mangga Ads. Seangkatan dengan Nuffnang, Innity, Adverlets. Saya dah cuba. Hasilnya lambat sikit lah. 2 minggu lagi baru ada keputusan. Tapi tak salah mencuba untuk kepuasaan sendiri. Jom!!!! Klik pada gambar dibawah untuk mendaftar.
mangga ads
smile_teeth
Continue Reading

Rasanya Rakyat Malaysia Lebih Ramai Ulat Bulu Daripada Ulat Buku, Kan?

Setelah lama tak membaca majalah Mingguan Wanita, 2 malam lepas saya pinjam 12 buah majalah daripada makcik tuan punya rumah sewa. Agak janggal untuk kembali membaca majalah ini setelah lama saya tinggalkan. Dulu masa belajar kat UTHM, tiap-tiap minggu saya beli majalah ni dan ruangan yang saya paling suka semuanya mengenai motivasi diri terutamanya ruangan Dr. HM Tuah Iskandar. Sayang jugak memikirkan majalah ni yang bertimbun-timbun saya tinggalkan saja di pangsapuri dulu. Sedih mengenangkan ruangan motivasi yang berlambak-lambak ada untuk manfaat diri dan jiwa saya.

Tapi malam ni (malam entri ni ditulis tangan 15hb Jun), minda kembali meneroka diri. Betapa pentingnya membaca bahan ilmiah setelah lama nya saya tinggalkan minda tak terisi dengan motivasi. Dalam merenungi majalah Mingguan Wanita tu saya tertarik dengan ayat yang Dr. HM Tuah keluarkan iaitu peristiwa yang dialaminya di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 di PWTC. Menurut beliau, sekumpulan warga asing datang membeli buku beliau, meminta autograf dan mahu bergambar dengan beliau.

Mereka ini tentunya buruh kasar tetapi datang ke pesta buku serta dapat mengenali diri saya bermakna mereka juga adalah golongan yang gemar membaca meskipun hanya bekerja sebagai buruh kasar. Kehadiran mereka sesungguhnya membeduk kita semua. Kita yang selalu memandang rendah pada golongan ini sebenarnya jauh ketinggalan sebab kita tidak pernah dekat dengan buku, apalagi membeli dan membacanya meskipun mereka hanya sekadar buruh.

Pada saya sendiri, rasanya majalah ilmiah dan intelek jarang sangat untuk diterima dengan ‘mesranya’ oleh rakyat Malaysia. Lihat saja jumlah buku yang dibaca oleh rakyat kita.

Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002. Walaupun statistik terbaru belum dilakukan, namun profil kajian terdahulu itu masih relevan dengan situasi hari ini. Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia juga mengesahkan kajian profil membaca di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.

Rata-rata rakyat kita lebih suka untuk membeli majalah hiburan omongan artis padahal untungnya tak ke mana. Saya paling setuju kalau dikatakan majalah hiburan tak lain dan tak bukan telah menerapkan hukum wajib adanya adegan isu lurah dendam bukit yang ketara pada gambar artis. Oh lupa! Namanya pun sudah majalah hiburan omongan artis. Mungkin itu sebabnya lelaki lebih ke arah ulat bulu berbanding menjadi ulat buku? Susah juga ya ingin mencipta minda kelas pertama walaupun teknologi di Malaysia sudah hampir ke taraf negara kelas pertama.

Perancangannya nak menghadiahkan diri sebuah buku motivasi karya terbaru Dr. HM Tuah iaitu ‘Cipta Syurga Hati’ tapi sayangnya buku tu tak ada kat Popular Sg Petani. Tapi gembira dapat beli novel karya Ramlee Awang Murshid ‘9 Nyawa’ dan sebuah teen novel PTS bertajuk ‘Karipap Karipap Cinta’.

majalah

Continue Reading

Jalur Lebar dan masyarakat pedalaman.

Semalam genap sebulan saya bekerja di Pusat Jalur Lebar Komuniti merangkap cyber cafe penuh peraturan; kata bebudak yang mai guna internet kat sini. Apa nak buat adik-adik, kalau tak dilaksanakan sangat peraturan, makan gaji buta lah pulak akak korang sorang ni.

Selama sebulan saya kerja dalam bidang ni, saya rasa penduduk pedalaman ni amat susah untuk mendekati bidang internet dan serba sedikit mengenai teknologi. Mungkin cara pendekatan yang saya gunakan untuk pendedahan mengenai internet apatah lagi jalur lebar yang bagi mereka sangatlah asing. Jangankan kata kelas untuk belajar Word, Excel mahu pun Power Point, saya suruh isi borang kaji selidik untuk mengetahui samada mereka berminat untuk mengetahui mengenai jalur lebar pun agak susah.

Saya bukan bermaksud nak menjatuhkan air muka penduduk pedalaman. Saya sendiri berasal dari pedalaman. Cuma bezanya zaman saya dulu, internet dan komputer ni sangatlah asing sekali. Sekarang amat mudah nak dapatkan komputer dan internet apatah lagi laptop. Sayangnya kalau ada kemudahan tapi tak ramai yang nak mencuba malahan untuk mendekati pun payah sekali. Tapi penduduk kat sini, nak kata pedalaman pun macam tak layak ja. Ya lah, Kuala Pegang dekat ja dengan bandaraya Baling.

Apapun saya akan terus mencuba kerana kerjaya ini yang boleh buat saya tweeting dan blogging serta tak lupa facebooking adalah kerjaya yang saya dapat setelah 5 bulan mengganggur. Tak nak lepaskan peluang yang saya dapat sekarang. Gambate ne Umi Nazrah!

pakcik berbasikal 3

Gambar diambil daripada Phalinn Oii sebelum diedit.

Continue Reading

Saya Dah Tak Tahan!!!!

Ye dah sebulan saya tahan. Hari ini adalah kemuncak segalanya. Saya dah tak sanggup nak tahan dalam hati. Maka pukul 2.08 petang tadi, saya meletup dan kalau tengok status Twitter saya pun dah tau yang saya sangat dah tak boleh tahan dengan karenah budak-budak yang tak reti-reti nak dengar nasihat orang. Sudah la tu, penyapu kat luar pun depa guna untuk main aci ligan (kejar-kejar). Haish..

 

Akhirnya setelah meletup, jenuh pulak saya nak tenangkan hati sendiri. Puas beristighfar untuk hati saya tenang semula. Sapa suka marah-marah. Sakit kepala dibuatnya. Tapi best jugak saya meletup tadi, sekurang-kurangnya saya dah kurangkan sedikit geram dalam hati sendiri.

Sick

Continue Reading

Dulu Saya Seorang Perempuan Buli!

P : Bagi aku 4 kupang.
L : Aku tak mau bagi.
P : Aku cakap aku nak 4 kupang! Duit kelas bulan ni. Ang tak mau bagi ka? Takpa..
Dussssshhhhhh....aku tampar pipi dia, budak lelaki itu..
Kejadian 16 tahun dulu. Pada Mohd Helmi (saya dah lupa samada Mohd atau Muhammad atau Mohammad tapi saya pasti ianya adalah Helmi), saya mintak maaf kerana menampar awak pada tahun 1994 sewaktu kita di darjah 4 Kenanga (kalau mengikut ingatan saya). Hanya kerana 4 kupang untuk duit kelas bulan tu..
Memori daun pisang ini menggamit kenangan setelah saya selesai membaca novel bingkisan Ain Maisarah bertajuk Aku Mahu Buli. Hidup buli!!! Eh silap…Jangan hidupkan budaya buli. Tu yang betoi..
aku_mahu_buli

4 kupang tu 40 sen ye..

Continue Reading