Doa Palestin

Aku rasa macam nak ke Palestin untuk sama-sama berjuang dengan mereka.
Hanya Allah mengetahui pedih hati melihat mereka berjuang.
Andai dapat ke sana, semoga aku dapat mati syahid berjuang di jalan Allah.
Continue Reading

Ke mana arah korang

New Year celebration semakin hampir. Mesti korang sudah plan nak sambut kat tempat yang korang suka kan. Aku dari lahir sampai sekarang sambut kat rumah ja. Selain daripada tak berkesempatan, kalau kat kampung takda nya sambut-sambut macam kat bandar.
Pasti korang suma berkecamuk memikirkan tempat-tempat nak celebrate. Aku ada 1 ja. Rumah.
Continue Reading

Fakta diri sendiri



Award ini sudah lama diberikan tapi baru hari ini berkesempatan untuk publish entri ini. Terima kasih buat Cik Nasri.

Sebelum menerima award daripada Cik Nasri, aku perlu menyertakan 10 fakta mengenai diri aku. Inilah antara fakta-fakta tersebut.

1. Nama sebenar ialah Umi Nazrah binti Ahliyasah.
2. Sedang bekerja di Kulim, Kedah. Pekan cowboy.
3. Blog 'Dunia Kepunyaan Nazra' telah diwujudkan pada Februari 2007 yang lepas.
4. Seorang yang suka memasak dan makan.
5. Sangat addicted pada blog.
6. Berumur 24 tahun. Bukannya 19 tahun.
7. Sedang mencari pekerjaan yang lebih baik daripada pekerjaan sekarang.
8. Suka bercakap sehingga kadang-kadang aku terasa seperti orang meluat nak dengar.
9. Memang suka mengambil gambar dari sebelah kiri muka.
10. Mempunyai tahi lalat di bibir kiri.

Award ini seterusnya diberikan kepada

1. Atok - Si adik chomel
2. Life - Si kekura chomel
3. Mr Coklat - Si coklat
4. Zaidon - Si empunya blog di tepi pantai
5. Pijah - Si girl yg best
6. Ery - Si adik angkat
7. Tirana - Sis yang best
8. Diktator Hatiku - Si blog aku lepak
9. Koi alif - Si tegar Pahang
10. Tazmania - Si pencinta haiwan
Continue Reading

Azam itu

Mohammad Azam pasti tidak tidak akan susah hati sesusah ini.
Nur Azam juga.
Muhammad Azam tidak terkecuali.

Tapi nama aku bukannya Azam, maka terpaksalah bersusah hati azam aku ini mengenai kerja. Pekerjaan. Karier.

~aku rasa nak hentak kepala kat screen pc. Apa yang ingin aku wujudkan ini...
Continue Reading

Me from China

Tengah sedap-sedap layan blog tadi, tetiba ada orang telefon ofis. Aku jawab dalam Malay, dia speaking English. Yang aku bendul ni terus la jawab dalam Malay jugak sebab aku dok ingat abang si bos aku. Sebelum ni kalau dia telefon, dia memang paham kalau aku jawab Malay pun. Ini pemanggil ni macam blur ja aku speaking Malay, dia letak dulu telefon. Pastu telefon semula, dia tanya banyak soalan dalam English. Parah dah la. Aku layan investor Singapore ka tadi?

Tanya punya tanya dan selepas berlakunya temubual dalam bahasa yang seolah-olah antara ayam dan itik walaupun kami speaking dalam English, rupanya pemanggil tu dari China! Dia tanya kalau bos aku yang Chinese Muslim tu ada Skype atau MSN untuk dia buat panggilan. Aduhhh, rasanya bos aku tu tak layan menda macam tu. Terpaksa la aku bagi aku punya YM id. Punya la susah untuk aku bagi YM id aku. Mungkin disebabkan sebutan aku tak cukup 'English' kot, orang tu pun sampai tak paham.

:sweet_2:
Continue Reading

Ke arah Johor yang bersih

Merujuk kepada langkah Kerajaan Johor untuk melaksanakan pembersihan sungai di sana yang tercemar teruk dengan menggunakan teknologi mikroorganisma berkesan (EM) itu memang sangat berkesan. Jangan kata kan sungai, parit yang ada di sana pun memang teruk. Macam kat Parit Raja, Batu Pahat tempat aku belajar dulu pun, naik muak jugak aku tengok warna parit yang kadang kala akan berubah warna menjadi teh ais, teh ais susu, kopi setiap hari. Dengan bau yang menyesakkan hidung lagi. Semoga pembersihan segala parit yang ada tu dilakukan secepat mungkin.

Sumber :

Selain tu, elok juga kalau teknologi EM tu dituangkan jugak kat sungai Sungai Petani yang berdekatan Central Square tu. Hijau bebenor warna airnya. Bila lah gamaknya nak jadi jernih.
Continue Reading

Check list 2008

Apa yang korang rancang awal tahun 2008 dulu terlaksana belum tahun ni? Atau ada yang tertunggak dan terpaksa ditunda ke tahun 2009? Aku punya perancangan untuk 2008 ada yang sudah terlaksana tapi banyak lagi yang tertunggak. Haha.

Sudah dapat kerja tapi masih banyak yang perlu diperbaiki.

Si lelaki itu sudah diketahui oleh keluarga. Masih menunggu ke tahap seterusnya.

Kewangan di dalam bank belum lagi pun kukuh. Bila lah gamaknya.

Hutang PTPTN pun belum bayar lagi. Tahun depan lah.

Lesen kereta belum pun ambil lagi tapi insyaAllah akan dicubakan jua. Lesen motosikal tu macam mustahil ja. Haha.

Alhamdulillah, sudah punya kekuatan untuk mengatakan apa yang ingin dikatakan pada seseorang individu.

Masih lagi mengalami fobia membawa motor.

Masih tak kurus jugak kat "satu" tempat tu. Haha.

Masih tak belajar Mandarin sampai pandai lg.

A beautiful smile starts in me, from me, to me.
Continue Reading

Sejarah paling hitam

Kau ni awat takut nak bawak motor?
Malas nak belajar bawak motor eh?

Sepanjang aku hidup, itulah yang aku dengar. Aku sebenarnya fobia bawak motor. Kadang-kadang teringin jugak bawak motor laju-laju macam semua orang. Aku cuma berani menjadi pembonceng setia sahaja. Tapi mengenangkan tahap fobia aku berada di tahap yang agak kronik, aku tak seberapa berani mengambil risiko.

Kisah 14 tahun dahulu masih aku ingat. Zaman kanak-kanak aku yang sepatutnya gembira dicalari oleh sedikit kemalangan ketika aku sedang menunggu kelas Fardhu Ain. Apapun, aku fikir itu semua sedikit sebanyak berpunca daripada kelalaian dan keghairahan aku untuk melintas jalan. Namun, aku memang yakin ketika aku nak melintas jalan menyeberangi jalan untuk ke sekolah semula daripada kedai runcit tiada satu pun kenderaan di sebelah kanan jalan. Tapi sebetulnya, itulah takdir aku.

Aku dilanggar oleh sebuah motor yang ditunggangi oleh sepasang suami isteri dan seorang anak kecil mereka. Orang sekeliling kata aku pengsan dan muntah darah. Aku memang tak dapat nak gambarkan keadaan tu. Sekelip mata semua berlaku. Yang pasti aku rasa gelap seketika dunia. Bila bangun, jangan katakan darah, aku rasa macam badan aku semuanya okay ja. Tapi aku dibawa juga ke hospital untuk pemeriksaan. Malang lagi buat aku. Oleh kerana baju sekolah aku koyak, aku disuruh menanggalkan baju sekolah tu untuk pakai pakaian hospital. Sebenarnya, ketika ini lah bencana menimpa. Tulang rusuk aku di bahu patah...Allah Maha Mengetahui. Memang ketika tu aku tak mempunyai perasaan sedih seperti aku menaip sekarang. Mungkin tempat patah tu takkan teruk kalau aku tak tanggalkan baju sekolah kan.....

Aku tak dimasukkan ke dalam wad pun walaupun aku patah tulang rusuk kat bahu. Ini semua disebabkan ustaz kat sekolah. Mentang-mentang lah suami isteri tu adik-beradik dia, aku jadi mangsa aniaya. Aku dengar 2 tahun lepas, si isteri tu hilang daya upaya kat badan dia. Wallahualam apa sebabnya. Aku serahkan pada Allah segalanya.

Tapi tiada kaedah yang paling azab selain tangan aku direnjat oleh tok bomoh untuk memperbetulkan tulang rusuk kat bahu tu ke tempat asal. Ketika ni memang aku menangis sesungguh hati. Aku dah takda rasa malu walaupun pada anak-anak tok bomoh tu.

Mengenangkan hampir setahun aku terlentang di atas tilam, tangan kanan berbungkus, hilang anugerah Allah sebentar. Persekolahan aku tergantung. Setiap hari aku makan sup gamat. Mak mesti akan bagi nasihat setiap kali nak makan sup gamat, "memang rasanya tak sedap tapi tempat patah tu akan cepat sembuh"

Sekarang pun, bila aku teringat kisah tu terutamanya bila aku balik ke Sik, aku memang rasa fobia semacam kat tangan sebelah kanan aku. Dan kesan kecacatan tulang rusuk bahu aku masih ada. Berbonjol di tulang rusuk bahu tu. Aku takkan lupa kisah hitam ni setiap kali aku tengok benjolan sebelah kanan tu.

Continue Reading

Lelaki & boyfriends mereka


Lelaki sangat pentingkan boyfriends mereka. Mengapa aku gunakan ayat 'boyfriends'? Aku merasakan begitu mudah untuk menulis 'boyfriends' berbanding kawan lelaki yang kedengaran agak tidak best.

Undecided Undecided Undecided Undecided

Ada sesetengah lelaki yang ekstrem akan melebihkan boyfriends berbanding awek sendiri. Kalau para lelaki sedang lepak chill bersama-sama boyfriends mereka itu, sebarang SMS atau panggilan telefon oleh awek sendiri akan dijawab secara berbeza daripada ketika lelaki itu sedang keseorangan. Golongan lelaki ekstrem tidak akan membenarkan awek mereka menghantar sebarang SMS atau membuat panggilan ketika mereka sedang lepak chill dengan boyfriends mereka sambil mata mereka pula sedang sibuk usha perempuan yang ada depan mata.

Benarkah begitu wahai lelaki?


----------------
Now playing: BitterSweet - Come On
via FoxyTunes
Continue Reading

Enjoy failures

As I said previously, failure is not an option. That doesn’t mean that you’re not going to fail! What i meant was that you should not allow a failure to stop you. I’m personally a very fortunate person as I learned to enjoy failure. Every time I failed, I tried to uncover the cause of it and get around it. You want to become an experienced person in your field? The more you fail, the more experienced you become. Benefit from failures!

Di ambil daripada http://www.ekhoury.com/

Kalau lah hati dan minda aku dapat menerima kegagalan dengan langkah yang terbuka, pasti aku akan rasa hidup ini indah kerana aku akan lebih bersemangat untuk mengorak langkah ke hadapan...

FrownFrownFrownFrown
Continue Reading

Aku suka baby itu, tapi....

Perasan kah korang yang kebanyakan baby kecik (semestinya lah diaorang kecik, itu yang dipanggil baby kan, ish2) didukung, dibawa oleh ayah diaorang. Terkadang aku memang geram sangat nak mengusik usik baby2 chomel tu semua, tapi bila mengenangkan si ayah yang mendukung diaorang tu, aku terpaksa memberhentikan niat hati itu. Nanti apa pula pemikiran si ayah. Tambah-tambah lagi si ibu itu pula. Takut kang nanti si emak fikir aku ni seolah-olah macam dok gedik-gedik pulak dengan si ayah. Padahal aku berminat dengan si baby itu saja. Lebih-lebih lagi si baby lelaki, hehe.

HeartHeartHeartHeartHeartHeart

Apapun itu semua bergantung kepada kadar keramahan aku terhadap si baby chomel. Kadang tu hentam jua mengusik mereka dari jauh bila mereka memandang aku.



Daripada : http://britsattheirbest.com/
Continue Reading

Mari menjawab

Selalu pasti korang akan kena marah dengan mak ayah korang kalau korang menjawab balik kat depa tu suma kan. Tapi yang ini korang tak payah kisah. Korang boleh menjawab kat poll yang aku sediakan ni sesuka hati korang.



Poll lama yang mengenai nombor IC awek/pakwe korang tu dah terpaksa di-delete-kan demi kerana template hijau membina minda ini, maka terpaksalah digantikan dengan poll baru.
CryingCryingCryingCrying

----------------
Now playing: Hujan - DugaanNya
via FoxyTunes
Continue Reading