Lelaki manja

Pada petang hari raya kedua yang hening dan Cik Nazra pun sudah separuh pening akibat makan daging yang melampau-lampau.

Ringtone handset Cik Nazra berbunyi. Sekali.
Cik Nazra jawab.
Berbunyi lagi. Dua kali.
Cik Nazra jawab jua.
Lagi berbunyi. Tiga kali.
Cik Nazra jawab, pasti.
Sekian saat bercakap, talian diputuskan.

Kemudian senyap.
Tiada lagi bunyi ringtone handset.

Cik Nazra terus melantak asam laksa tanpa pedulikan dunia yang nyata. Hanya asam laksa dan dirinya. Nikmatnya tak terkira. Betul.

Kemudiannya pergi ke rumah tok dan tokwan. Nak melantak daging lagi ni. Parah betul Cik Nazra.

Ringtone tadi lagi-lagi berbunyi.
Suara cik Rain masih lagi manja.
Seperti sebelum-sebelum tadi.
Lelaki ni memang sudah kelihatan manjanya.
Akhirnya Cik Nazra terpaksa tertinggung di tepi jalan berhampiran rumah.
Melayani kemanjaan lelaki ini.
Sungguh manja.

Siapa tak mengaku lelaki itu manja. Anda semua harus mengaku kebenarannya.

Manjanya memang terkadang mengalahkan perempuan. Cik Nazra rasa Cik Nazra pun takda kot semanja itu. Atau adakah?

:sweet_5:


----------------
Now playing: Serenaide - Cameo Appearance
via FoxyTunes

7 Pemberi Komen:

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan