Kehidupan anak tunggal

12tahun dahulu, perempuan itu tidak mempunyai seorang pun adik-beradik. Hanya mempunyai seorang ayah dan seorang emak. Kehidupannya terkadang penuh dengan kebosanan apatah lagi terpaksa bermain seorang diri tatkala tidak mempunyai teman bermain. Namun, dia agak gembira kerana sepenuh kasih sayang dilimpahkan kepadanya.

Tapi saat ibu dia mengandungkan seorang adik, dia mula berubah. Menjadi seorang yang suka memberontak, padahal pada dia lah ibunya menaruh harapan dan bantuan.

Setelah adik perempuannya lahir, dia mula menjadi seorang yang pemarah. Apa saja yang disuruh akan dibentak dahulu.

Selepas hampir 13tahun, perempuan ini sudah boleh mengatasi pemikirannya untuk lebih terbuka menerima kehadiran adiknya. Walaupun terkadang lahir juga rasa yang tidak sepatutnya, pendekatan yang diambil oleh perempuan ini adalah dengan mengatasi mindanya sendiri dan cuba meletakkan dirinya di tempat adiknya.

Akhirnya, perempuan ini bersyukur bahawa dia sepatutnya sedar kehidupan dengan mempunyai seorang adik itu lebih bermakna dengan hidup seorang sebagai anak tunggal kepada ibu bapanya.

Dan perempuan itu adalah seseorang yang menulis ketika ini. Benar kehidupan sebagai anak tunggal itu memang menyeronokkan terutamanya ketika masih anak kecil dahulu. Namun setelah kini dewasa, barulah perempuan ini mengatahui tiada yang lebih bermakna daripada kehidupan berkeluarga yang bahagia dan hati yang senantiasa ikhlas meneruskan hidup untuk ke hadapan.

Dan entri kali ini juga kelihatannya seperti agak skema.AngryFace

5 comments:

  1. huhu..kakak ni..janganlah begitu..sekurang-kurangnya kakak tersedar skrg..baguslah kakak tersedar skrg..kalo terlambat buruk padahnye..(^_^)

    ReplyDelete
  2. bile dah bergelar kak long, lambat laun naluri ke'kak long'an itu pasti timbul jua.

    lagi pon adik beradik kan. sepak terajang cammane sekalipon, last2 bile die sakit, kite jgk yg susah hati... kan?

    ehem... saya cuma anak bongsu, harap maklum.

    ReplyDelete
  3. bekeluarga memang camtu. beza umur adik aku dengan aku 5 tahun. memang aku jd jeles masa kecik2 dulu. tapi skang yg paling aku rapat adalah adik aku jugak

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan